Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST PENAT MENEGUR Saudara Pengarang, SUDAH beberapa kali teguran disiarkan di ruangan ini berkenaan longkang besar bersebelahan Pejabat Penerangan Daerah Segamat, namun hingga kini tidak nampak mana-mana pihak yang berkenaan membaiki sistem perparitan tersebut. Bau busuk teramat sangat dari longkang berkenaan mengundang rasa tidak selesa bagi pejalan kaki yang melalui jalan berkenaan yang merupakan laluan pintas dari Bandar Segamat ke Terminal Bas Awam serta sebaliknya. Masalah bau busuk itu turut terpaksa ditanggung oleh petugas-petugas Pejabat Penerangan berkenaan. Pada hari biasa bau busuk itu berpunca daripada aliran air dari pasar awam berkenaan dan bau semakin kuat setiap kali hujan. Batu-batu besar yang dibiar 'menghuni' longkang tersebut secara tidak langsung menjadi penghalang kepada sampah-sarap dan turut menjadi punca bau busuk di longkang berkenaan. Amat mengejutkan, terdapat beberapa ikan bersaiz besar turut didapati terdapat di longkang berkenaan. Justeru, sampai bila masalah ini harus berlarutan dan hendak diselesaikan? Hendak menunggu menteri datang melawat baru hendak mengambil tindakan? Diharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini, usah dicemari nama Segamat yang asal usulnya daripada perkataan 'segar amat' dengan membiarkan permasalahan alam sekitar tidak diambil peduli. |
Penduduk berterima kasih kerajaan turap jalan Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST PENDUDUK KAMPUNG PARIT SAKAI, Jalan di Kampung Parit Sakai, Muar, Johor, sudah dinaik taraf sejak Jun lalu dan keadaan itu memberi keselesaan penduduk setempat menjalankan urusan harian. Saudara Pengarang, SEBAGAI penduduk Kampung Parit Sakai, Muar kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menurap jalan di kampung ini selepas masalah tersebut disiarkan dalam ruangan Suara Rakyat Johor pada awal Julai lalu. Jalan itu yang menghubungkan antara Jalan Dato' Haji Kosai dan Jalan Temenggong Ahmad amat penting bagi penduduk setempat kerana bukan sahaja menjadi laluan utama, malah menempatkan Masjid Jamek Al-Manar, Tanah Perkuburan Al-Manar, Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab, inap desa serta hampir 10 lorong kecil selain rumah-rumah penduduk. Laluan sepanjang kira-kira tiga kilometer itu sebelum ini mendatangkan bahaya kerana tidak rata, sebahagiannya mendap di tengah jalan selain terdapat lubang-lubang yang menakung air apabila hujan. Sebelum ini kami sudah berputus asa kerana malu untuk bertemu ketua kampung dan mendesaknya membawa masalah itu kepada pihak berkaitan, tetapi kini bersyukur kerana masalah itu telah diselesaikan demi keselesaan dan keselamatan penduduk. Dalam kesempatan ini saya mewakili penduduk setempat merakamkan setinggi terima kasih atas keprihatinan kerajaan walaupun kawasan itu berada di bawah wakil rakyat pembangkang, tetapi kebajikan kami tidak pernah diabaikan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |