{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


74 kanak-kanak hayati al-Quran

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada anak-anak ahli Kimma Johor gembira setelah mengikuti kelas Program Penghayatan Dan Fahami Bahasa Al-Quran di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor Bahru, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 28 Dis. - Seramai 74 anak ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri ini mengikuti Program Penghayatan dan Fahami Bahasa al-Quran (Faba) selama tiga hari di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, dekat sini baru-baru ini.

Program yang julung kali dianjurkan Kimma negeri dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) itu bertujuan memupuk budaya membaca dan meningkatkan motivasi serta memahami bahasa al-Quran dalam kalangan anak-anak.

Pengerusi Kimma negeri, Mohammad Raffi Beran berkata, pihaknya mahu memupuk budaya membaca dan menghayati al-Quran yang merupakan antara khazanah paling berharga yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.

"Betapa baik sekalipun anak kita kalau tidak dicipta dengan sahsiah diri yang lebih baik, sudah tentu tidak akan membawa kebaikan kepada keluarga.

"Justeru, Kimma telah membuka ruang dan sejarah baharu kepada ibu bapa supaya kepentingan anak dari segi akademik dan keagamaan juga perlu diambil kira serta dijadikan titik permulaan agar mereka membesar bersama al-Quran," katanya selepas merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Kimma Bahagian Tebrau, Sulaiman Mohd. Kutty.

Mohammad Raffi memberitahu, para peserta didedahkan dengan kaedah membaca, menulis dan memahami al-Quran menerusi surah-surah lazim di dalam Juz Amma.

Sementara itu, seorang peserta, Khairun Afeefah Basir, 16, mengakui teruja dan seronok dapat mempelajari dan memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

"Kaedah yang diajar mudah dipelajari dan difahami," kata anak sulung daripada tiga beradik dari Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Nur Hanisah Mahmud, 15, pula memberitahu, kini dia boleh menghafal dan membaca al-Quran dengan lebih baik.

Banjir: JPAM sedia hadapi gelombang kedua

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

JOHOR BAHRU 28 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini sentiasa bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Pengarahnya, Kolonel Ghazali Abdul Rahman berkata, antara persediaan yang dibuat termasuk memastikan bilik gerakan yang dibuka sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

"Kita telah bersiap sedia sebelum banjir melanda beberapa daerah di negeri ini baru-baru ini. Begitu juga kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Selain memastikan anggota mencukupi, kita juga sentiasa memastikan peralatan menyelamat sentiasa berada dalam keadaan yang baik," katanya dalam Majlis Penghargaan JPAM negeri 2013 di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Ghazali berkata, kira-kira 400 anggotanya ditugaskan ketika banjir melanda beberapa daerah baru-baru ini dan jumlah anggota itu mencukupi bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana berkenaan.

Mengulas tentang majlis tersebut, beliau berkata, program itu diadakan bagi menghargai pelbagai pihak dan individu yang banyak membantu jabatan berkenaan sepanjang tahun ini, termasuk ketika operasi banjir kali ini.

Beliau berkata, antara yang mendapat penghargaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi yang menyertai badan beruniform jabatan berkenaan dan agensi berita di negeri ini yang sering membuat liputan sepanjang program dan aktiviti yang dijalankan pihaknya.

21,000 daftar ahli Parlimen Belia

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

SEGAMAT 28 Dis. - Langkah kerajaan mewujudkan Parlimen Belia terus mendapat sambutan golongan tersebut di negeri ini dan setakat ini, sebanyak 21,000 orang mendaftar menjadi ahli, menghampiri sasaran 23,000 yang ditetapkan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

Presidennya, Anuar Abdul Manap berkata, hanya kira-kira 20 peratus belia di negara ini yang menjadi ahli pelbagai persatuan belia dan selebihnya tidak mendaftar dengan persatuan.

"Sebelum ini telah wujud Majlis Perundingan Belia bagi tujuan tersebut, namun kita lihat skopnya tidak begitu meluas dan hanya menjadi saluran golongan belia yang berpersatuan menyuarakan pandangan serta keperluan mereka kepada pihak berwajib.

"Diharapkan dengan wujudnya Parlimen Belia ini, suara golongan muda yang tidak berpersatuan dapat didengar dengan lebih menyeluruh," katanya selepas menyertai 11 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Segamat membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa menyekat Himpunan Guling Kerajaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD ) Segamat petang semalam.

Beliau berkata, majoriti yang mendaftar ialah kaum Melayu dan berharap penyertaan belia kaum lain dapat ditingkatkan kerana keperluan serta pandangan mereka tidak sama mengikut kaum dan ketiadaannya amat merugikan kerana kehendak dan keperluan tidak dapat disuarakan.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang menyeru golongan belia yang masih belum mendaftar sebagai ahli Parlimen Belia segera berbuat demikian di pejabat daerah masing-masing atau dalam talian di www.parlimenbelia.gov.my.

Menurutnya, negeri ini bakal mempunyai 40 ahli Parlimen Belia yang akan dipilih oleh ahli berdaftar secara dalam talian dan persidangan akan diadakan bagi memberi peluang kepada mereka menzahirkan pandangan kepada kerajaan.

"Ramai yang masih kurang jelas tentang Parlimen Belia dan ada yang berpendapat ahli Parlimen Belia mendapat kemudahan seperti yang dinikmati oleh ahli Parlimen. Sebenarnya mereka tidak diberikan kemudahan seperti ahli Parlimen biasa termasuk kemudahan elaun.

"Bagaimanapun saya harap ini tidak melemahkan ahli Parlimen Belia untuk berjuang menyuarakan kehendak dan keperluan bagi memastikan suara golongan tersebut dapat terus didengar dan difahami pihak berwajib demi kebaikan mereka," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat