{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Bekalan makanan, sayur cukup

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh Muhammad Zikri
utusanjohor@utusan.com.my

Faridulatrash Md. Mokri (tengah) menyampaikan insentif Kukuh kepada seorang petani di Dewan Mesyuarat PPK Pontian Selatan, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN 27 Dis. - Bekalan sayur-sayuran dan bahan makanan lain di negeri ini dijamin mencukupi walaupun berlaku sedikit kenaikan harga disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Faridulatrash Md. Mokri berkata, pengguna tidak perlu panik dan bimbang kerana bekalan masih diterima walaupun berlaku banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, masalah kenaikan harga barangan juga masih terkawal dan pengguna dinasihatkan tidak membeli barangan melebihi keperluan bagi mengelakkan kekurangan bekalan.

"Antara barangan yang menunjukkan peningkatan harga ketara adalah cili serta sayur-sayuran hijau seperti kacang buncis, kacang panjang dan sawi," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif Kukuh dan Program Ladang Kontrak kepada petani dan peserta pasar tani di Dewan Mesyuarat PPK Pontian Selatan di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu sebanyak 10 petani dan dua peniaga pasar tani menerima bantuan berjumlah RM5,000 di bawah Skim Insentif Kukuh bagi meningkatkan pengeluaran sayur- sayuran dan bahan makanan.

Yang turut hadir, Penyelaras Ladang Kontrak FAMA negeri, Farid Abu; Pegawai FAMA Daerah Pontian, Daud Mohd. Nor dan PPK Pontian Selatan, Azahari Abdullah.

Faridulatrash berkata, FAMA sentiasa memantau perkembangan tersebut supaya isu kenaikan harga tidak membebankan orang ramai dengan memperkenalkan skim harga istimewa di pasar tani.

"Skim tersebut membolehkan peniaga menjual barangan keperluan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga berpatutan, sekali gus memberikan keuntungan kepada pembeli," katanya.

Mengenai ladang kontrak beliau memberitahu, setakat ini sebanyak 700 petani telah menyertai skim tersebut bagi memberikan mereka peluang untuk memasarkan pengeluaran menerusi FAMA.

"Kedua-dua insentif kukuh dan ladang kontrak mampu menambah nilai para petani di negeri ini yang tidak lagi perlu bergantung kepada orang tengah bagi memasarkan pengeluaran mereka," katanya sambil berharap aktiviti pertanian akan terus menjadi sumber utama sesuai dengan slogan 'Pertanian adalah perniagaan' yang boleh memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.

300 murid terima beg sekolah, alat tulis

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Adham Baba (tengah) menyampaikan beg sekolah kepada seorang kanak-kanak sempena Program Back To School di Balai Raya Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

KOTA TINGGI 27 Dis. - Sebanyak 300 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Tenggara menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis sumbangan Biro Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Tenggara, di sini semalam.

Majlis penyerahan bantuan yang diadakan di Balai Raya Taman Kota Jaya itu turut mendapat kerjasama Sekretariat Anak Johor Darul Takzim (Sejati) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Kelab Berkereta Royal Star Johor.

Pengerusi program itu, Nor Hasrul Akmal Ngadiman berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban yang ditanggung ibu bapa bagi menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka tahun depan.

"Kami mengenal pasti penerima dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Sumbangan ini diharap dapat menyuntik semangat mereka supaya belajar dengan lebih tekun dan seronok untuk memulakan sesi persekolahan minggu depan," katanya.

Beliau juga berharap murid-murid berkenaan dapat memanfaatkan bantuan itu dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib dan masa depan keluarga masing-masing.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Dr. Adham Baba yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja. Yang turut hadir timbalannya, Datuk Suhaimi Khalid dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Adibah Safar.

Program itu turut dimeriahkan dengan bengkel motivasi dan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma oleh mahasiswa Sejati UTM dan pelatih Kolej Komuniti Pasir Gudang manakala Kelab Berkereta Royal Star Johor berkonvoi menghantar peralatan sekolah tersebut ke rumah murid-murid yang terpilih.

Sementara itu Adham Baba berkata, pihaknya akan memperhebatkan lagi program seperti itu dalam usaha mendekati golongan muda supaya terus menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa hadapan.

"Sokongan golongan muda amat diperlukan kerana mereka merupakan generasi pewaris kepada kepimpinan negara pada masa depan," katanya.

Choral speaking dapat tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

LEDANG 27 Dis. - Lebih 10,000 pelajar dari 10 buah sekolah rendah dan 32 sekolah menengah di daerah ini akan diberi pendedahan pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) bermula tahun depan.

Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, kaedah yang digunakan adalah menerusi penganjuran program berbentuk pertandingan seperti choral speaking yang dilihat dapat membina keyakinan diri pelajar.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang penting dan pelajar yang mampu menguasainya dengan baik mempunyai peluang masa depan yang lebih cerah.

"Memang setiap sekolah sudah ada program pertandingan sebegini tetapi kita mahu lakukan lebih kerap. Apabila pertandingan seperti ini dianjurkan mereka akan lebih bersedia dengan latihan dan akhirnya pelajar mahir dan fasih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian beg sekolah kepada pelajar miskin dan anak yatim sumbangan Nasmir Holdings Sdn. Bhd. dan Yayasan Pelajaran Mara anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Ledang di Sekolah Kebangsaan Ledang di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ledang berkata, usaha itu perlu mendapat sokongan semua pihak supaya agenda kecemerlangan pendidikan di kawasan Parlimen berkenaan mencapai matlamatnya.

Menurutnya, secara keseluruhannya penguasaan Bahasa Inggeris pelajar di kawasan Parlimen tersebut masih berada pada tahap kurang memuaskan berdasarkan keputusan peperiksaan yang diumumkan.

"Hanya ada sekelompok kecil pelajar cemerlang dan mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Untuk itu kita bertekad mahu meramaikan kumpulan tersebut," katanya.

Mengenai program tersebut, Hamim berkata, seramai 850 pelajar miskin menerima sumbangan beg sekolah sebagai persediaan memulakan sesi baharu persekolahan tidak lama lagi.

"Ini fasa pertama dan sumbangan fasa seterusnya akan dibuat tidak lama lagi. Kita akan pastikan pelajar yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan sewajarnya.

"Kita minta semua guru mengenal pasti pelajar yang telah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) supaya dapat menerima bantuan tambahan sebagai galakan kepada mereka untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat