Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
74 kanak-kanak hayati al-Quran Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST Oleh FARIK SALLEH SEBAHAGIAN daripada anak-anak ahli Kimma Johor gembira setelah mengikuti kelas Program Penghayatan Dan Fahami Bahasa Al-Quran di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor Bahru, baru-baru ini. KOTA TINGGI 28 Dis. - Seramai 74 anak ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri ini mengikuti Program Penghayatan dan Fahami Bahasa al-Quran (Faba) selama tiga hari di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, dekat sini baru-baru ini. Program yang julung kali dianjurkan Kimma negeri dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) itu bertujuan memupuk budaya membaca dan meningkatkan motivasi serta memahami bahasa al-Quran dalam kalangan anak-anak. Pengerusi Kimma negeri, Mohammad Raffi Beran berkata, pihaknya mahu memupuk budaya membaca dan menghayati al-Quran yang merupakan antara khazanah paling berharga yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. "Betapa baik sekalipun anak kita kalau tidak dicipta dengan sahsiah diri yang lebih baik, sudah tentu tidak akan membawa kebaikan kepada keluarga. "Justeru, Kimma telah membuka ruang dan sejarah baharu kepada ibu bapa supaya kepentingan anak dari segi akademik dan keagamaan juga perlu diambil kira serta dijadikan titik permulaan agar mereka membesar bersama al-Quran," katanya selepas merasmikan program tersebut. Yang turut hadir, Pengerusi Kimma Bahagian Tebrau, Sulaiman Mohd. Kutty. Mohammad Raffi memberitahu, para peserta didedahkan dengan kaedah membaca, menulis dan memahami al-Quran menerusi surah-surah lazim di dalam Juz Amma. Sementara itu, seorang peserta, Khairun Afeefah Basir, 16, mengakui teruja dan seronok dapat mempelajari dan memahami al-Quran dengan lebih mendalam. "Kaedah yang diajar mudah dipelajari dan difahami," kata anak sulung daripada tiga beradik dari Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Nur Hanisah Mahmud, 15, pula memberitahu, kini dia boleh menghafal dan membaca al-Quran dengan lebih baik. |
Banjir: JPAM sedia hadapi gelombang kedua Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST JOHOR BAHRU 28 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini sentiasa bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir. Pengarahnya, Kolonel Ghazali Abdul Rahman berkata, antara persediaan yang dibuat termasuk memastikan bilik gerakan yang dibuka sentiasa berada dalam keadaan siap siaga. "Kita telah bersiap sedia sebelum banjir melanda beberapa daerah di negeri ini baru-baru ini. Begitu juga kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir. "Selain memastikan anggota mencukupi, kita juga sentiasa memastikan peralatan menyelamat sentiasa berada dalam keadaan yang baik," katanya dalam Majlis Penghargaan JPAM negeri 2013 di Dewan Jubli Perak di sini semalam. Ghazali berkata, kira-kira 400 anggotanya ditugaskan ketika banjir melanda beberapa daerah baru-baru ini dan jumlah anggota itu mencukupi bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana berkenaan. Mengulas tentang majlis tersebut, beliau berkata, program itu diadakan bagi menghargai pelbagai pihak dan individu yang banyak membantu jabatan berkenaan sepanjang tahun ini, termasuk ketika operasi banjir kali ini. Beliau berkata, antara yang mendapat penghargaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi yang menyertai badan beruniform jabatan berkenaan dan agensi berita di negeri ini yang sering membuat liputan sepanjang program dan aktiviti yang dijalankan pihaknya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |