{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Daerah Mersing semakin pulih

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Sebahagian mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan mengemas barang mereka selepas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam.

MERSING 5 Dis. - Keadaan di daerah ini semakin pulih apabila paras banjir semakin surut dengan kebanyakan mangsa sudah dibenarkan pulang.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Endau dan SK Mersing Kanan di sini mendapati kebanyakan penduduk sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa banjir, Zalini Zailani, 24, dari Kampung Seri Lumpur berkata, dia ingin segera pulang ke rumahnya bagi melakukan kerja pembersihan.

Dalam masa sama, dia melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh ditempatkan di pusat penempatan banjir tidak berlaku sebarang masalah seperti kekurangan bekalan makanan kerana bantuan tiba tepat pada waktunya.

"Saya ingin segera pulang ke rumah kerana saya dapat tahu rumah saya kini dipenuhi lumpur akibat banjir yang berlaku," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SK Mersing Kanan di sini.

Sehingga kini, sejumlah 17 pusat pemindahan banjir di daerah ini ditutup dan hanya empat daripada 21 pusat pemindahan yang masih aktif iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Endau, SK Labong, Sekolah Agama Pangkalan Batu dan Kompleks Taman Negara Endau-Rompin.

Sementara itu, kanak-kanak, Mohamad Syahmi Rahmat Sadri, 10, berkata, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas beberapa hari ditempatkan di pusat pemindahan banjir memandangkan baru sahaja berkhatan Ahad lalu, sebelum terpaksa dibawa ke pusat pemindahan SK Bandar Endau.

"Rumah di Kampung Bahagia dinaiki air awal pagi sehari selepas saya berkhatan. Seronok apabila dapat tahu saya sudah boleh pulang ke rumah kerana saya memang mahu cepat pulang," katanya.

Rakannya, Mohamad Zakri Afnan Zuhaili, 10, juga ingin pulang segera dan berehat di rumah selepas turut berkhatan Ahad lalu.

"Memang waktu itu air naik dengan cepat sampai paras pinggang menyebabkan saya bersama keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan. Waktu itu saya memang rasa sakit tetapi saya perlu selamatkan diri," katanya.

Jambatan runtuh jejas pekebun kecil Segamat

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Yusuf Abd. Hamid menunjukkan bahagian jambatan di Sungai Hulu Segamat berhampiran Kampung Sekijang yang runtuh pada Isnin lalu kerana hakisan tebing berikutan hujan lebat yang turun beterusan selama tiga hari.

SEGAMAT 5 Dis. - Kira-kira 4,000 pekebun kecil di Felda Pemanis, Kampung Sekijang, Felcra Sekijang dan Felda Kemelah terjejas apabila sebuah jambatan di Sungai Hulu Segamat berhampiran Kampung Sekijang runtuh sejak Isnin lalu.

Seorang penduduk, Rahmat Jaafar, 81, berkata, kejadian berlaku ketika dia memungut biji getah di kebunnya tidak jauh dari jambatan tersebut sebelum kedengaran tiga bunyi seperti letupan kuat kira-kira pukul 9 pagi Isnin lalu.

"Saya pergi menyiasat dan mendapati terdapat rekahan selebar kira-kira 15 sentimeter pada lantai jambatan tersebut lebih kurang tujuh meter dari tebing menghala Felda Pemanis. Dalam masa sama saya lihat kedudukan bahagian hujung jambatan tersebut semakin rendah akibat hakisan tanah pada tebing.

"Saya segera beredar kerana bimbang keselamatan sekiranya jambatan tersebut runtuh dan tidak sampai 10 minit kemudian, lantai jambatan terjunam ke dalam sungai walaupun tiada arus air yang kuat ketika itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rahmat yang tinggal kira-kira 100 meter dari jambatan tersebut berkata, sebelum ini, jambatan yang dibina dengan belanja RM350,000 pada tahun 2002 itu pernah rosak disebabkan hakisan tebing sungai pada tahun 2006 dan dibaik pulih tidak lama kemudian, namun faktor serupa dipercayai menjadi punca.

Rakannya, Yusuf Abd. Hamid berkata, runtuhnya jambatan itu memberi kesan besar kerana itu adalah laluan untuk mengeluarkan hasil kebun dan terpaksa melalui jalan lain dengan jarak hampir 45 kilometer meter berbanding laluan tersebut sekitar 15 kilometer.

"Pihak berwajib telah pun maklum dengan kejadian tersebut dan tinjauan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat; Pegawai Daerah Segamat, A. Rahim Nin serta pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kelmarin," katanya.

Sementara itu, A. Rahim ketika dihubungi berkata, keadaan struktur tanah yang mudah terhakis terutama pada musim hujan sekarang ini menjadikan usaha baik pulih sia-sia dan pihaknya bercadang membina jambatan sementara dengan peruntukan RM500,000.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat