{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Penduduk mahu UTC di Batu Pahat

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 18 Dis. - Penduduk sekitar daerah ini memohon kerajaan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi memudahkan masyarakat menjalankan urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang kini didakwa berjauhan antara satu sama lain.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat, Mohd. Hamidi Md. Tap berkata, permohonan bagi mewujudkan UTC merupakan hasrat penduduk daerah itu yang berjumlah lebih 400,000 orang.

Menurutnya, penduduk kini merungut apabila pejabat agensi dan jabatan kerajaan terletak berjauhan dan tidak berpusat di daerah ini sehingga menyukarkan penduduk menyelesaikan urusan mereka sebaik mungkin.

"Dalam pertemuan yang diadakan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat bersama penduduk mendapati, mereka memohon kepada Kerajaan Pusat sekiranya kesemua jabatan dan agensi kerajaan dapat disatukan di bawah satu bumbung seperti UTC.

"Ini kerana kedudukan pejabat-pejabat kerajaan yang ada sekarang terletak berjauhan dan terdapat penduduk yang tidak dapat menyelesaikan urusan mereka dalam masa sehari jika ditambah dengan kekangan waktu bertugas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu, kekurangan tempat meletak kenderaan di kawasan pejabat kerajaan di daerah ini juga menyukarkan urusan masyarakat khususnya bagi orang kurang upaya (OKU).

Permohonan itu turut disokong oleh Biro Kebajikan dan Komuniti Pemuda UMNO Sri Gading yang melihatnya sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk masyarakat.

Pengerusinya, Wahyu Hidayat Jaapar memberitahu, ketika ini penduduk terpaksa menghabiskan masa bagi menyelesaikan sesuatu urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan, sehingga menyebabkan banyak perkara tertangguh sekali gus menyulitkan keadaan dalam tempoh jangka panjang.

"Oleh itu, mewujudkan UTC adalah tindakan terbaik oleh kerajaan dalam meletakkan kebajikan rakyat sebagai perkara pokok dalam pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau negeri," katanya.

IKS mesti rebut peluang Rapid, Iskandar Malaysia

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Aida Syukrena Mohd. Idris (dua dari kanan) dan Shahidin Mohd. Noor (kanan) mencuba produk yang dijual di pusat jualan utama Kubijo di Taman Lagenda Putra, Kulaijaya, semalam.

KULAIJAYA 18 Dis. - Para usahawan termasuk yang terlibat dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) perlu bersiap sedia dan bijak merebut peluang perniagaan hasil pembangunan pesat di negeri ini pada masa hadapan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) negeri, Aida Syukrena Mohd. Idris berkata, projek seperti Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Kota Tinggi sudah pasti membuka ruang perniagaan yang lebih luas untuk diteroka oleh para usahawan.

"Para usahawan perlu meneroka peluang perniagaan sampingan yang bakal wujud hasil daripada projek yang dibangunkan di Rapid dan Iskandar Malaysia pada masa akan datang.

"Antaranya, mereka boleh membuka kedai dobi, katering, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain kerana projek besar ini juga memerlukan perkhidmatan seumpama itu untuk beroperasi," katanya pada majlis pelancaran pusat jualan utama Koperasi Usahawan Groom Big Johor Berhad (Kubijo) di Taman Lagenda Putra di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kubijo, Shahidin Mohd. Noor.

Menurut Aida Syukrena, setakat ini terdapat 68,874 usahawan IKS di negeri ini dan golongan tersebut sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada MITI Johor dan agensi-agensi di bawahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar usahawan IKS menyertai persatuan dan koperasi bagi memperluas dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

"Jika bergerak sendirian, mungkin produk yang dihasilkan hanya tertumpu kepada sesuatu kawasan sahaja tetapi dengan adanya persatuan dan koperasi, perniagaan mereka boleh dikembangkan lagi.

"Ini sekali gus bukan sahaja dapat menambah pendapatan para usahawan malah dapat meningkatkan lagi perniagaan mereka menerusi pelbagai program dan kursus yang dijalankan sama ada menerusi koperasi atau agensi berkaitan," katanya.

Gapet Johor Bahru bantah kehadiran 'teksi biru'

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

JOHOR BAHRU 18 Dis. - Sebanyak 19 wakil daripada setiap persatuan teksi yang mewakili 4,000 ahli di bawah Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar (Gapet) Johor Bahru membantah kemasukan syarikat teksi eksekutif yang berdaftar dari luar Johor beroperasi di daerah ini.

Difahamkan lebih 300 pemilik teksi eksekutif berwarna biru beroperasi di bandar raya ini sejak Oktober lalu dan jumlahnya dijangka bertambah pada masa depan terutama di kawasan tumpuan sekitar bandar raya, taman tema Legoland Malaysia, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour dan Johor Premium Outlets.

Pemandu teksi, Wahid Mohd. Yasin, 63, berkata, keadaan itu menyebabkan sebahagian pemandu teksi tempatan sepertinya kehilangan 50 peratus punca pendapatan kerana kawasan berkenaan dimonopoli kumpulan teksi eksekutif biru.

"Pendapatan kami susut berbanding dulu, kini kami tidak dibenarkan mengambil penumpang di kawasan berkenaan. Malah kami menerima aduan penumpang bahawa pemandu teksi eksekutif tidak memahami jalan di daerah ini hingga menyebabkan tambang dikenakan dua kali lebih tinggi berbanding perkhidmatan teksi tempatan.

"Malah penumpang terbeban dengan caj meter dikenakan iaitu RM6 sebaik sahaja menaiki teksi tersebut dan 20 sen setiap kilometer berbanding teksi tempatan caj meter hanya RM3 dan 10 sen setiap kilometer," katanya ketika menyertai Gapet Johor Bahru menghantar memorandum bantahan di Pejabat UMNO Johor Bahru di sini hari ini.

Memorandum berkenaan bakal diserahkan kepada, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd. Samad yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.

Pengerusi Gapet Johor Bahru, Raja Mohd. Nor Mohamed merayu kerajaan campur tangan bagi menangani isu berkenaan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pemandu teksi tempatan.

"Lambakan teksi luar memberikan kesan besar kepada pendapatan kami malah menyebabkan pemandu teksi tempatan seolah-olah seperti dianaktirikan. Kami cukup kecewa dan terkilan dengan pihak berkuasa kerana permohonan untuk mendapatkan permit dibekukan dengan alasan kuota teksi di daerah ini telah mencukupi," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat