{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Ops Warta kutip RM148,520

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pameran cegah jenayah di Tesco Tebrau sempena Hari Kesedaran Pencegah Jenayah di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 8 Dis. - Polis negeri ini berjaya mengutip sebanyak RM148,520 hasil bayaran saman tertunggak pesalah trafik dalam Ops Warta yang dijalankan bermula 25 November lalu sehingga kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 351 waran dan 286 kompaun telah diselesaikan oleh pesalah trafik terbabit.

Beliau berkata, pemandu warga Singapura juga tidak terkecuali dalam Ops Warta ini apabila sebanyak 10 waran tangkap dikeluarkan dalam tempoh operasi diadakan.

"Ops Warta ini akan diteruskan bagi memburu pesalah trafik lain dan kita juga akan bekerjasama dengan polis Singapura untuk mengesan pesalah trafik warganegara berkenaan supaya melunaskan bayaran saman mereka.

"Selain itu kita akan giat jalankan usaha mengesan pesalah trafik di negeri ini dengan mengadakan sekatan jalan raya bukan sahaja di lebuh raya tetapi jalan-jalan biasa," katanya selepas merasmikan Hari Kesedaran Pencegahan Jenayah di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen (Perkep) Johor, Datin Bibi Zakiah Meraslam, ketua-ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Ketua-Ketua Polis Daerah dan pegawai-pegawai polis negeri.

Mengenai program pencegahan jenayah yang dianjurkan bermula pukul 11 pagi itu, Mohd. Mokhtar mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada orang ramai dalam memerangi jenayah.

Beliau berkata, masyarakat perlu sentiasa menjadi mata dan telinga polis dan jangan sesekali memberi ruang serta peluang kepada para penjenayah untuk melakukan kesalahan.

"Memerangi jenayah adalah tanggungjawab bersama dan senjata paling canggih dalam menangani jenayah adalah kerjasama erat polis dan masyarakat," katanya.

Kerajaan akan nilai kerugian mangsa banjir di Johor

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

NUSAJAYA 8 Dis. - Kerajaan Johor akan membuat penilaian bagi mengenal pasti jumlah kerugian yang ditanggung semua mangsa banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak seminggu lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Obet Tawil berkata, kaedah berkenaan juga akan digunakan untuk mengenal pasti tindakan susulan bagi menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan ketika menghadapi bencana itu.

Beliau berkata, penilaian berkenaan juga akan mengambil kira semua aduan mangsa berkaitan bencana berkenaan termasuk mengenai perkhidmatan yang disediakan agensi terbabit.

"Melalui maklumat yang kita dapat, banjir di negeri ini boleh dikatakan semakin pulih, bagaimanapun masih terdapat beberapa kawasan seperti Segamat, Batu Pahat dan Pontian masih dilanda banjir.

"Seperti tahun-tahun lepas, selepas banjir pulih satu siasatan akan dijalankan. Kita akan kenal pasti jumlah kerugian bagi kerosakan rumah, tanaman dan ternakan dan setiap agensi terlibat akan buat tindakan susulan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Iskarnival 2013 anjuran tiga syarikat gergasi tempatan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dan Iskandar Investment Berhad (IIB) di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Ujar Obet lagi, kerajaan negeri masih belum mendapat laporan penuh mengenai jumlah kerugian yang ditanggung semua mangsa dan pihaknya kini sedang giat mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.

"Sehingga kini, jumlah kerugian itu masih belum ditentukan ekoran masih ada lagi mangsa banjir di pusat penempatan dan sekiranya semua pulih sedia kala, kita akan lakukan postmortem segera," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat