Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 22 Dec 2013 04:38 AM PST Koleksi musim percutian 2013. SAYA melihat kecantikan'. Itulah tema pameran seni fotografi oleh Danny Lim yang menggabungkan fotografi, fesyen dan kecantikan. "Sebelum ini saya berkecimpung dalam dunia peragaan sebagai model. Hari ini, minat baru ini membuka pandangan saya dengan lebih luas. Apa yang menarik minat saya ke bidang fotografi adalah keupayaan mendapatkan hasil fotografi yang berbeza-beza termasuk menggunakan teknik yang jarang dilakukan pada zaman ini," terangnya. Kali ini Danny tampil dengan potret foto selebriti dengan kerjasama jenama cermin mata antarabangsa, ic!berlin dan produk kecantikan, Authent Cream Menard. |
Posted: 22 Dec 2013 04:38 AM PST APAKAH anda merasakan hidup kita hari ini terlalu susah? Saya rasa tidak, jika kita mengamalkan cara hidup serba sederhana dan ikut kemampuan. Tetapi ada suami dan isteri zaman sekarang sanggup 'jual diri' semata-mata untuk kemewahan hidup. Jual diri bukan jadi pelacur tetapi sanggup menggadaikan maruah asalkan apa yang dicitakan tercapai.'' Itu kata Iffahazani dalam e-melnya. ''Kisah jual diri saya saya maksudkan ini berlaku kepada suami saya sendiri, Hans. Suami yang berusia 46 tahun rela jadi pak sanggup kepada Zanita - gadis yang bukan pun kekasihnya, cuma kenalan biasa yang pernah kerja sepejabat. ''Tiga hari Hans balik rumah asyik termenung. Bila ditanya tidak menjawab, malamnya resah tak boleh tidur. Saya yang bimbangkan kesihatannya, maklumlah dia ada darah tinggi tawarkan diri bawa dia ke hospital tapi dia kata tak sakit. "Biasanya dia paling lewat bersiap pergi kerja tetapi dalam tempoh itu, awal-awal lagi sebelum anak-anak mandi untuk ke sekolah, dia sudah bergegas kononnya nak cepat ke pejabat. ''Kerana sibuk bekerja saya terlupa bertanyakan keadaannya hinggalah masuk hari ketiga, saya desak lagi apa yang mengganggu fikirannya? "Akhirnya Hans beritahu dia nak kahwin seorang lagi. Terkejut besar saya kerana tak menduga itu jawapannya. ''Pengakuannya buat saya hampir diserang sakit jantung. Saya terduduk dan tanpa sedar menangis. Dalam sedan saya tanya Hans apa salah saya? Apa kurang diri saya hingga dia nak kahwin lagi? Sejak bila dia bercinta? Dengan siapa? Orang mana? Hans hanya diam membisu. "Saya minta diceraikan kerana itulah perjanjian awal kami ketika bercinta dahulu. ''Bila sebut soal cerai barulah Hans buka mulut bercerita. "Katanya gadis itu hamil ditinggalkan kekasihnya. Majlis kahwin sepatutnya berlangsung sebulan dua lagi tetapi mereka tak jadi kahwin. Emaknya malu dan desak mesti kahwin juga. ''Menurut Hans, seorang kawan tolong carikan lelaki yang sudi menjadi suami Zanita. Zanita akan tanggung segala perbelanjaan kahwin dan tak kisah sama ada lelaki itu masih bujang atau suami orang. Asalkan segera kahwin. ''Kawan Zanita itu yang kebetulan kawan baik Hans cadangkan dia jadi pak sanggup. Zanita pun setuju sebab dia memang kenal Hans dan tawarkan pelbagai hadiah untuk jadi suaminya. ''Cerita Hans lagi yang lebih menarik hati, Zanita sanggup diceraikan setelah anaknya genap berusia setahun. Alasan Zanita berkahwin hanya untuk jaga maruah keluarganya. Dia langsung tidak bercadang untuk berkahwin dengan Hans selamanya kerana dia juga tak mahu bermadu. ''Selain tawaran wang, Hans boleh tinggal di kondonya sementara dia melahirkan. Menurut Hans lagi, Zanita memang tidak berhasrat berkahwin dengannya kerana dia amat mencintai kekasihnya. Tetapi hubungan mereka terputus disebabkan perkara yang tidak boleh dielakkan. ''Bermacam-macam cerita Hans tetapi pada saya, semuanya rekaan semata-mata. Hati saya percaya dia memang ingin berpoligami. ''Bila saya tak bersetuju dan masih desak Hans berpegang pada janji kami sebelum kahwin dulu, Hans jadi bingung. Seminggu lamanya kami perang dingin. Saya nekad mahu menguruskan hidup sendiri bersama tiga anak kami yang sedang membesar. ''Nak jadikan cerita, lepas seminggu saya terima panggilan daripada seorang wanita mengaku ibu Zanita. Dia marahkan saya kerana menghalang Hans berkahwin dengan anaknya. Katanya Hans mesti bertanggungjawab atas perbuatannya. Lebih menyedihkan, dia sumpah saya dan harap bala akan menimpa diri saya satu hari nanti, mungkin ditakdirkan anak gadis saya pula mengandung. ''Sakit hati saya. Ini sudah lebih... main ugut-ugut pula. Kerana geram, saya cabar dia paksa Hans nikah segera dengan anaknya. Saya mahu lihat kejujuran Hans dan kekuatan duit ibunya dalam situasi ini. "Bila balik ke rumah, saya beritahu Hans apa yang berlaku dan ulangi syarat agar ceraikan saya terlebih dulu, jika mahu menikah dengan Zanita. ''Oleh kerana tempoh tawaran berlaku dalam masa yang singkat, Hans buat keputusan nikah dengan Zanita. Dia setuju jadi pak sanggup anak yang Zanita kandung. "Kami bercerai secara baik. Sebab itu perjanjian awal. Saya dan anak-anak tetap tinggal di rumah yang kami sama-sama beli kerana Hans telah melepaskan haknya kepada anak-anak. Dia juga sanggup bayar ansuran rumah yang berbaki 15 tahun lagi sebagai ganti kepada nafkah anak-anak yang dia terpaksa bayar di samping perbelanjaan sekolah dan hari raya setahun sekali. Selain itu dia beri saya kereta miliknya. "Perceraian kami memang mengejutkan kaum keluarga saya. Mereka tuduh Hans zalim kepada saya terutama pada anak-anak, sebaliknya sanggup pikul biawak hidup untuk tutup aib orang lain. ''Saya ingin tanya apa pandangan pembaca tentang tindakan Hans? Apakah dia diperangkap oleh Zanita? Adakah dia kejar kekayaan yang diberikan oleh Zanita dan keluarganya ataupun memang dia ayah kepada anak yang Zanita kandung? ''Walaupun peristiwa ini sudah enam tahun berlalu dan kini anak-anak sudah dewasa, saya masih tidak tahu jawapan sebenarnya. Tetapi pada pengamatan saya, Hans jadi pak sanggup sebab mahu hidup senang, sebab dia tahu siapa Zanita dan latar belakang keluarganya. ''Sehingga kini masih ada kawan Hans memuji tindakannya. Kata mereka, Hans banyak pahala sebab bantu orang tengah susah. Lebih penting Hans boleh hidup senang-lenang. ''Doa saya janganlah ada anak lelaki saya atau adik beradik saya yang jadi seperti Hans. Sanggup jual maruah diri, jadi pak sanggup dan lebih teruk tergamak meminggirkan anak sendiri demi mengejar kemewahan hidup,'' demikian cerita Irfahazani tentang bekas suaminya yang sanggup menjual maruah demi kesenangan hidup. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |