Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 04 Dec 2013 11:46 PM PST Oleh NOOR FAZRINA KAMAL MEMANG ilmu keibubapaan amat penting. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kemahiran ini perlu disesuaikan dengan situasi terkini supaya ibu bapa tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak-anak. Ini berikutan isu pengabaian, penderaan, penganiayaan emosi semakin menular dalam kalangan remaja hari ini menjadi satu situasi yang amat membimbangkan. Perkara ini diakui oleh Pakar Keluarga dan Kasih-Sayang, Profesor Dr. Rozieta Shaary yang lebih suka dikenali sebagai Ibu Rose ketika bertemu dengannya di pejabat beliau di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Menurut Ibu Rose, beliau sendiri baru saja saja menonton video tentang sekumpulan remaja di Amerika Syarikat yang menumbuk orang yang lalu lalang seperti dalam permainan video Knock-Out tanpa rasa simpati. "Ini jelas menunjukkan remaja di negara tersebut semakin terhakis nilai-nilai murni. Mangsa diperlakukan sesuka hati mungkin dengan niat si pelakunya sengaja ingin menunjukkan kehebatan kepada rakan-rakan lain. "Sebenarnya jika dikaji pengabaian terhadap perlakuan remaja itu sendiri sebenarnya telah bermula sejak mereka kecil. Kekangan masa ibu bapa dengan anak-anak, anak dihantar ke pusat asuhan yang tidak mementingkan pendidikan positif dan tidak menggunakan masa berkualiti dengan anak-anak dikenal pasti antara puncanya. "Sebenarnya untuk membesarkan anak-anak memerlukan bukan hanya ibu bapa malah komuniti juga," katanya. Atas sebab itu juga beliau terpanggil menganjurkan sebuah Konvensyen Ibu Bapa Penyayang 2013 bertajuk Bina Kemahiran Keibubapaan, Didik Anak Jadi Cemerlang, Elak Anak Derhaka. Menurut Ibu Rose, ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu digunakan sejak dari anak itu kecil dengan mengajar nilai dan prinsip murni kepada anak-anak menerusi contoh teladan yang baik. "Situasi anak-anak memaki hamun ibu bapa memanglah tidak berlaku sewaktu anak itu kecil. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak ramai ibu bapa gagal membina emosi dan akal anak dengan baik. Lantaran anak yang dilahir hebat tersasar menjadi sampah masyarakat. "Atas dasar ini saya terpanggil menganjurkan seminar keibubapaan ini yang bakal berkongsi ilmu dan pengalaman bersama barisan panel pakar terkemuka seperti Profesor Dr. Muhaya Mohamed, Dr. Irfan Khairi, Dr. Lawrence Walter Ng. selaku pengasas program Luar Biasa Mental Warrior, Pengasas program Law Of Universal Attraction, Zuhairi Nopiah dan ramai lagi. Konvensyen dua hari bermula 28 hingga 29 Disember ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, Kuala Lumpur. Antara topik yang akan dibentangkan ialah Anda Adalah Penting Kepada Dunia dan Serlahkan Kehebatan Anda, Membina Keluarga Yang Berjaya dan Bahagia Melalui Hukum Tarikan, Bagaimana Ibu Bapa Boleh Mendidik Anak Menjadi Luar Biasa dan pelbagai topik lagi. "Satu sesi yang tidak harus dilepaskan ialah perkongsian kisah ibu berkarier, Sharmini Hensen pengasas SistasNetwork. Dimana anak-anaknya dididik dengan baik walau dirinya itu ibu tunggal dan berkerjaya," tambah Ibu Rose. |
Posted: 04 Dec 2013 11:46 PM PST Oleh NOOR FAZRINA KAMAL BERUNTUNG ibu bapa dan anak-anak di Malaysia tidak perlu lagi ke luar negara untuk mendapatkan mainan berkualiti dari gedung mainan terkemuka dunia, Hamleys. Selama lebih 250 tahun, Hamleys yang diasaskan di London akan membawa kegembiraan dan pengalaman yang ajaib kepada kanak-kanak Malaysia di semua peringkat umur. Sejarah Hamleys bermula dengan pengasasnya, William Hamley seorang berbangsa Cornishman dari Bodmin, England. Pada tahun 1760, kedai Hamleys yang pertama telah dibuka di Holborn, London dan berpindah ke Regent Street pada tahun 1881. Kini, gedung utama Hamleys di London mempunyai lebih 40,000 jenis mainan di kesemua tujuh tingkat gedungnya. Sebagai sebuah jenama yang dipercayai di seluruh dunia, Hamleys berjaya memupuk kesetiaan pelanggan menerusi pendekatan dalam strateginya tersendiri. Hamleys bukan sahaja menjual mainan malah merangkumi hiburan, demonstrasi mainan, reka bentuk kedai yang berwarna-warni, digabungkan dengan mainan hebat jenama Hamleys itu sendiri. Konsep kedai mainan ini juga menarik apabila dipintu masuk premis lagi, pengunjung akan disambut oleh patung beruang Hamley dan Hattie. Pada masa tertentu pengunjung dapat menonton persembahan boneka atau mengambil bahagian di dalam silap mata. Inilah cara Hamleys yang ingin memastikan pelanggan-pelanggannya mengalami sendiri hiburan yang unik. Antara yang hadir pada majlis pembukaan Hamleys di Malaysia baru-baru ini ialah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Ludendo, Rudolph Hidalgo; Ketua Pegawai Eksekutif Hamleys, Gudjon Reynisson; Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ray Kyles dan Pengerusi GRV Toy Store Sdn. Bhd., Datuk Ishak Osman. Ishak berkata, permainan kanak-kanak yang terdapat di kedai tersebut bukan hanya untuk generasi muda, tetapi juga untuk pengumpul dan penggemar permainan tradisional yang moden seperti set kereta api, anak patung Barbie dan permainan papan di Hamleys. Ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk bermain bersama-sama dan mengembangkan lagi sifat-sifat kepimpinan, penyelesaian masalah dan mewujudkan ikatan yang lebih kukuh antara keluarga melalui penyertaan dan pembelajaran dengan permainan-permainan tersebut. "Pada 2013, Hamleys mula melangkah jauh dari kedai mainannya di London. Kini, Hamleys merupakan jenama global dan mempunyai 30 buah kedai di 12 buah negara dan wilayah termasuk India, Rusia, Emiriyah Arab Bersatu dan Scandinavia. "Di samping memberi pengalaman dalam kedai yang unik dan menyeronokkan kepada pelanggan, populariti kedai mainan Hamleys juga disumbang oleh komitmen mereka terhadap keselamatan mainan. "Semua mainannya berfungsi dan diuji di makmal untuk memastikan yang mainan Hamleys mematuhi Arahan Keselamatan Mainan," kata Ishak. Kualiti iktiraf Hamleys Ujar Ishak, bukan calang-calang pembekal mainan yang boleh masuk ke dalam Hamleys. Pembekal mesti bersetuju dan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Majlis Antarabangsa Industri Mainan (ICTI). "Ini adalah langkah yang diambil oleh Hamleys dalam memenuhi komitmen mereka terhadap mempromosi piawaian keselamatan mainan dan memenuhi tanggungjawab sosial seperti kepekaan terhadap alam sekitar, undang-undang pekerjaan yang saksama dan keselamatan di tempat kerja," katanya. Sebagai ahli Persatuan Hobi dan Mainan British (BTHA), Hamleys memastikan yang pembungkusan dan pelabelan adalah mengikut fakta, tepat dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. Kedai Hamleys di luar UK dan Ireland, dikendalikan oleh rakan-rakan francais dengan dibantu oleh pusat Hamleys UK. "Kami amat gembira dengan minat yang ditunjukkan oleh pusat membeli-belah terhadap Hamleys dan akan terus bekerjasama dengan pemilik pusat membeli-belah untuk memastikan yang kita dapat membawa pengalaman Hamleys kepada rakyat Malaysia di seluruh Negara," kata Pengarah GRV Toy Store (GRV), Noor Azlin. "Setiap hari adalah hari yang ajaib di Hamleys dan kami mahu pelanggan sentiasa teruja dengan pelbagai aktiviti, pertandingan, watak dan lawatan dunia hiburan. Jika pelanggan kerap melawati kedai Hamleys, pasti tidak akan terlepas apa-apa acara yang diadakan," katanya. Pelbagai jenis mainan Jenis-jenis mainan yang terdapat di Hamleys adalah seni dan kraf, aksi, binaan, anak patung, alatan permainan luar, prasekolah dan kenderaan. Jenama-jenama yang terdapat di Hamleys adalah dari jenama Hamleys sendiri, Marvel, Star Wars, Transformers, Nerf, Hotwheels, Max Steel, Disney Planes, Disney Princess, Megablocks dan Sylvanian Families. Begitu juga My Little Pony, Littlest Pet Shop, Baby Alive, Monster High, Barbie, Teenage Mutant Ninja Turtle, Playskool, Fisher Price, Furby, Leap Frog, Thomas & Friends, Tomica, Play-doh, Hornby, Hasbro Gaming, Upin & Ipin dan banyak lagi. Kedai utama Hamleys terletak di Lot F319, Tingkat 1, 1Utama Shopping Mall, No 1, Bandar Utama, Petaling Jaya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |