{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Sihat bersama Rachael Newsham

Posted: 09 Dec 2013 10:11 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NASIRRUDIN YAZID

RACHAEL Newsham menunjukkan antara rutin percgerakan Sh'Bam dan Bodycombat.

Rachael Newsham bukan bintang filem mahupun pelakon, namun wanita ini mampu mengumpul peminat dari seluruh dunia terutama dalam kalangan mereka yang begitu prihatin dan obses dalam dunia kecergasan.

Namanya mula memuncak apabila dia antara jurulatih kecergasan terawal yang tampil dengan rutin kecergasan diberi nama Sh'Bam dan Bodycombat, yang akhirnya menjadi 'fenomena' bagi pengunjung tetap pusat kecergasan bertaraf antarabangsa.

Justeru kesempatan bertemu dan mengikuti rutin kecergasan bersama Newsham tidak dilepaskan apabila dia berkunjung ke Malaysia baru-baru ini atas undangan pusat kecergasan terkenal, Fitness First.

Kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada siri jelajahnya ke Asia Tenggara mempromosi program yang diberi nama Fight For Your Right To Party with Rachael Newsham.

Dia yang juga pengarah program Sh'Bam dan pengarah bersama Bodycombat itu meluangkan masa lebih tiga jam bersama lebih 700 peserta melakukan kedua-dua rutin kecergasan tersebut yang berlangsung di ruang legar Life Centre, Kuala Lumpur.

Wanita ceria berasal dari Auckland, New Zealand ini turut berkesempatan bercerita mengenai rutin kecergasaan Sh'Bam dan Bodycombat.

Bagi yang jarang ke pusat kecergasan, Sh'bam mungkin pertama kali anda dengari.

Ia sebenarnya satu bentuk senaman yang meriangkan menggabungkan unsur tarian dari budaya pop, hip hop dengan penggunaan muzik yang pantas dan bertenaga.

Di Malaysia, ia telah mula diperkenalkan oleh Fitness First hampir seetahun lalu dan telah dimasukkan sebagai pakej senaman di seluruh cawangan pusat kecergasan itu di seluruh negara.

"Sh'Bam dalam koreografinya memang umpama senaman dan pergerakan tertentu yang diulang beberapa kali hingga menjadikannya satu rentak yang mudah diikuti.

" Ada persamaan dengan tarian baris (line dance)," kata Newsham.

Katanya lagi, Sh'bam seperti satu ungkapan slanga atau mungkin seperti sebuah efek bunyi bagi memberi refleksi perlakuan di dalamnya.

"Dalam hanya 45 minit melakukan Sh'Bam, badan akan berpeluh dan tubuh sekali gus dapat merasakan kegembiraan dalam satu aktiviti yang menyihatkan," kata Newsham yang turut mempelajari sukan Muaythai di Thailand dan menguasai pelbagai jenis seni pertahanan badan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fitness First Malaysia, Kurt Stocks berkata program Fight For Your Right To Party with Rachael Newsham i merupakan sebahagian daripada projek amal pusat kecergasan tersebut.

"Istimewanya, program ini juga merupakan sebahagian daripada program kebajikan apabila RM10 daripada jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Kebajikan Kanser Rotary

"Bukan sekadar mendapat pengalaman bersama Racheal, peserta turut berpeluang mendapat cenderahati dan minuman Gatorade serta pisang untuk menambah tenaga. Baju T juga diberikan kepada peserta," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat