Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 22 Dec 2013 04:38 AM PST Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Soalan 1 Mengapakah buku lali dan jari kaki saya mengalami bengkak ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak tersebut? * Rosiah, Johor. Jawapan Apabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. Anda boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi. Anda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman. Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak. |
Posted: 22 Dec 2013 04:38 AM PST SEMUA orang mengimpikan bukan sekadar kecantikan luaran tetapi juga kesihatan dan kecantikan dalaman. Bayangkan, dengan pengambilan hanya satu sacet yang mengandungi 20 milimeter (lebih kurang tiga sudu besar) jamu setiap hari anda mampu memiliki kecantikan luaran dan dalaman ini. Wajah berseri dan tidak kusam lagi. Badan terasa lebih bertenaga walaupun baru beberapa hari mengamalkannya. Kulit semakin licin dan nampak segar. Kalau anda pernah mengambil jamu sebelum ini, maka Jamu Ratus Warisan Plus ini bakal menukar apa yang anda tahu dan percaya selama ini. Percayakah anda jika diberitahu adanya jamu yang apabila dimakan badan tidak panas? Malah ia membantu membanyakkan susu badan si ibu, kedatangan haid mula teratur, menyuburkan rahim, keintiman hubungan suami isteri meningkat dan banyak lagi. Bayangkan anda memiliki jamu yang siap sedia untuk diminum sebagai sumber tenaga harian. Segala apa yang anda mahukan untuk kekal sihat, ceria, awet muda, akhirnya dalam bentuk cecair yang telah siap disacetkan. Menurut pengasas produk Jamu Ratus Warisan, Tun Nurul Huda, 30, penjagaan kesihatan dalaman penting untuk wanita khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga. "Apabila bercakap tentang jamu , pastinya isu yang sering dibangkitkan ialah tentang hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, masalah dalaman lelaki, ibu mengandung, ibu menyusukan dan sebagainya. "Jamu yang saya hasilkan merupakan resipi turun-temurun keluarga saya," ujarnya. Berdasarkan pengalaman Nurul, jamu membantunya melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah. Istimewa jamu yang dimakan tersebut merangsang pengeluaran susu badan dan memberi tenaga. "Ada yang berkata, menjadi ibu pada usia muda sangat mencabar. Mungkin dari segi persediaan ibu muda itu sendiri tidak cukup. "Amalan berpantang sangat penting untuk wanita yang baru bersalin. Selain pengambilan jamu dan herba, pelbagai rawatan seperti urutan, bertungku dan bertangas turut menjadi pilihan," ujarnya. Jamu Ratus Warisan adalah jamu resipi keluarga zaman-berzaman yang terdiri daripada gabungan berpuluh herba dan rempah-ratus. Ia mengandungi campuran herba asli seperti manjakani, kacip Fatimah, lemuju, habatussauda, ibu kunyit, akar angin dan pelbagai herba terpilih yang menjadi rahsia kemujaraban Jamu Ratus Warisan kepada pengamalnya. Ramuan ini diadun dengan air zam-zam, madu dan zaffaran yang sudah diterapikan dengan al-Quran. Bahkan, jamu ini telah diestrak dan hanya pati herba sahaja diambil manakala hampas dibuang. Produk ini sangat bagus untuk ibu-ibu lepas bersalin kerana ia boleh membantu merapatkan vagina dengan pantas. Insya Allah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |