{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


JPSPN janji selesaikan segera

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN dan MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

LORI mengangkut sampah beratur di tepi JLT2 untuk memasuki Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Taman Beringin, Kepong di ibu negara sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya pada waktu puncak di kawasan itu.

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) berjanji akan menyelesaikan masalah teknikal yang berlaku di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal, Taman Beringin, Kepong dekat sini dengan segera.

Berikutan masalah teknikal itu, lori-lori sampah terpaksa beratur berjam-jam lamanya untuk masuk ke stesen tersebut sekali gus menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan tersebut sehingga ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2).

Ketua Pengarah JPSPN, Datuk Nadzri Yahya berkata, tempat meletak sampah di stesen berkenaan mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan kerja-kerja pembuangan sampah mengalami kelewatan.

"Kami akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan perkara ini memandangkan operator yang ada kini merupakan operator yang dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Biarpun kontrak mereka hingga Mac tahun depan namun kami akan cuba untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai lori-lori sampah yang beratur panjang untuk memasuki stesen berkenaan hingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya telah mengarahkan JPSJN untuk melantik operator dan kontraktor baharu bagi menguruskan stesen pemindahan sisa pepejal tersebut.

"Perkara itu dibuat setelah mendapati operator dan kontraktor yang dilantik tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Diharap melalui pelantikan yang baharu, tiada lagi masalah teknikal yang berlaku di stesen tersebut," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di stesen tersebut mendapati pada pukul 5 petang tadi, keadaan kesesakan kembali terkawal tetapi masih terdapat beberapa buah lori yang menunggu giliran untuk memunggah turun muatan.

Pihak pengurusan stesen berkenaan menyatakan kesesakan berlaku bermula pukul 12 tengah hari tadi yang melibatkan sebanyak kira-kira 80 buah lori beratur menunggu giliran di susur masuk stesen itu.

"Kesesakan hanya berlaku sebelum susur masuk stesen ini. Masalah ini berlaku kerana berikutan pihak kami sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk tujuan penyenggaraan dan selepas itu keadaan kembali terkawal," menurut seorang kakitangan di stesen tersebut yang tidak mahu dikenali.

1,096 pembeli terima skim pembiayaan penjualan PPR, PA

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kanan) melihat dokumen penjualan rumah PPR dan PA yang diterima oleh pemohon selepas majlis penyerahan rasmi dokumen berkenaan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sebanyak 1,096 pembeli menerima dokumen penjualan rumah mengikut skim pembiayaan khas penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah itu terdiri daripada pembeli fasa satu membabitkan 3,043 pembeli dari 37 PPR dan PA sekitar Kuala Lumpur.

"Baki 1,947 pembeli akan menerima dokumen mereka dalam bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan dokumen penjualan rumah itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikhsan; Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar; dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Tengku Adnan berkata, Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan Sdn. Bhd. yang ditubuhkan bagi menguruskan penjualan rumah itu sedang memproses permohonan untuk fasa kedua yang dijangka bermula Mac 2014 membabitkan 4,000 pembeli.

"Secara keseluruhannya kita ingin menjual 45,358 unit rumah berkenaan. Sebanyak 21,850 unit pula tidak mahu dibeli oleh penyewa sedia ada," katanya.

Tengku Adnan berkata, skim itu merupakan inisiatif dan janji daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya untuk membantu penyewa unit rumah PPR dan PA memiliki hartanah di ibu negara.

Harga yang ditawarkan ialah antara RM21,500 hingga RM35,000 dengan kemudahan tempoh pinjaman hingga 25 tahun bagi memudahkan pembeli membuat bayaran bulanan yang rendah.

Menurut Tengku Adnan, pihaknya dan DBKL telah memudahkan pembeli unit perumahan tersebut untuk mendapatkan pinjaman menerusi bantuan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi diguna pakai oleh syarikat perumahan di Wilayah Persekutuan.

"Peruntukan boleh diguna pakai sehingga kira-kira RM1.5 billion tetapi KWSP akan menunggu kaedah-kaedah pembayaran yang dilakukan oleh peminjam. Kami berharap peminjam dapat menjelaskan pembayaran secara berterusan supaya tidak menyusahkan pelbagai pihak.

"Kita bersyukur kerana pihak BSN tidak mengenakan caj yang tinggi, tiada faedah dan hanya caj minimum sebanyak RM1.50 bagi satu transaksi yang jelas tidak akan membebankan syarikat perumahan selain mengatasi masalah pembeli yang tiada pekerjaan tetap tinggal di perumahan itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan supaya pihak-pihak tertentu yang mahu mengadakan bantahan berhubung kenaikan kadar cukai pintu agar tidak mengadakan demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan masalah atau kekecohan.

Katanya, setakat ini sebanyak 37,000 surat bantahan telah diterima oleh DBKL dan tarikh tutup adalah pada Selasa ini.

DBKL lancar belon amaran banjir

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Ahmad Phesal Talib (dua dari kanan) menunjukkan belon amaran banjir yang dilancarkan di Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Penduduk Kampung Kasipillay di sini kini boleh bersedia awal jika kawasan itu bakal dilanda banjir.

Ini kerana di kampung itu kini telah mempunyai sistem amaran banjir yang merupakan sebiji belon yang dipasang di tebing Sungai Batu yang merentasi kampung tersebut.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, belon amaran banjir itu dibuat bagi menambah baik Sistem Amaran Banjir sedia ada.

Menurutnya, melalui pemasangan belon itu penduduk akan mendapat amaran awal jika paras air Sungai Batu berada pada tahap bahaya.

"Pada tahap bahaya, siren akan berbunyi dan belon akan naik secara berperingkat iaitu setinggi 50 meter dan akan naik ke 70 meter jika mencapai tahap kritikal.

"Diharap melalui belon amaran ini penduduk dapat bersiap sedia menyelamatkan harta benda dan kepada pengguna jalan raya pula diharap dapat menjauhi kawasan dinaiki air agar tidak terperangkap di dalam banjir," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pemasangan belon itu hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan Kampung Kasipillay, Ahmad Phesal berkata, lokasi itu dipilih kerana kampung tersebut sering dilanda banjir kilat.

"Jika belon amaran ini berfungsi dengan baik, sistem ini akan dipasang di kawasan-kawasan lain yang mengalami banjir kilat," katanya.

Tambahnya, sistem baharu yang menelan kos sebanyak RM120,000 itu dan pemasangannya mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurut beliau, sistem amaran itu hampir sama dengan yang digunakan sebagai alat pengesan tsunami dan mengesan tempat-tempat yang menjadi tumpuan ikan yang dimanfaatkan oleh nelayan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPS Malaysia, Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan belon amaran tersebut berfungsi dengan baik.

"Dengan adanya belon amaran awal ini sedikit sebanyak membantu penduduk untuk membuat persiapan awal jika berlakunya banjir kilat," katanya.

Dalam majlis sama, Ahmad Phesal turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JPS yang diwakili Ahmad Husaini bagi memeterai kerjasama dalam menjayakan projek belon amaran banjir tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat