Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Arab Saudi hukum mati lelaki sabit penyeludupan dadah Posted: 17 Dec 2013 09:40 AM PST RIYADH 18 DIs. - Pihak Berkuasa Arab Saudi semalam, menjatuhkan hukuman mati kepada seorang penduduk tempatan kerana disabitkan kesalahan penyeludupan dadah, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 66 yang telah dihukum mati di negara ini. Lelaki tersebut, Hassan Muhammad al-Bash, ditangkap ketika sedang melakukan penyeludupan dadah tersebut, kata Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan Arab Saudi juga mengenakan hukuman mati kepada beberapa kesalahan yang lain, termasuk pembunuhan, rogol, rompakan bersenjata dan berkelakuan jahat. - DPA |
Tiga pelarian Syria terbunuh akibat letupan gas Posted: 17 Dec 2013 09:37 AM PST AMMAN 18 DIs. - Dua kanak-kanak pelarian bersama bapa mereka terkorban semalam selepas sebuah dapur gas meletup di khemah pelarian Syria di Jordan, semalam. Letupan itu berlaku di Kem Zaatari, kira-kira 10 kilometer dari bandar Mafraq yang menempatkan lebih 100,000 buah khemah pelarian. Yasin al-Hariri, 40, bersama seorang anak lelaki yang berusia lapan tahun dan anak perempuan yang berusia tiga tahun meninggal dunia akibat kecederaan serius, selepas dapur gas meletup kelmarin dan menyebabkan khemah mereka terbakar," kata ketua pengarah hospital di Mafraq, Samir Mashaqbeh. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |