Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Pekerja Zoo Shanghai maut dibaham harimau Posted: 18 Dec 2013 10:52 AM PST SHANGHAI 19 Dis. - Seorang pekerja zoo di sini terbunuh akibat dibaham oleh seekor harimau ketika membersihkan sangkar kelmarin. Menurut kenyataan Zoo Shanghai yang dikeluarkan menerusi laman sosial Sina Weibo, harimau yang berusia tiga tahun itu membaham lelaki yang berusia 53 tahun tersebut sehingga mati. Menurut Shanghai Daily, lelaki tersebut yang dijangka bersara tiga tahun lagi dibaham oleh harimau itu sebelum binatang tersebut diberi makanan. - AFP |
Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST Gambar yang dikeluarkan oleh Republik Selatan Sudan menunjukkan penduduk berlindung di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Juba, semalam. - AFP JUBA 18 Dis. - Lebih 500 orang terkorban, manakala 800 lagi cedera dalam pertempuran membabitkan penyokong Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan penyokong bekas Naib Presiden, Riek Machar sejak Ahad lalu. Pertempuran turut dilaporkan berlaku di Pibor, salah satu kawasan di Jonglei. Pertempuran itu juga disifatkan sebagai persengketaan antara etnik Dinka (penyokong Kiir) dan etnik Nuer (penyokong Machar). Presiden Kiir berkata, pertempuran bermula apabila penyokong Machar melepaskan tembakan pada mesyuarat parti pemerintah, Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM) Ahad lalu. "Ia terus berlarutan pada hari Isnin dan tentera kerajaan kemudian telah berjaya mengawal keadaan. "Namun, tembakan terus berlaku pada hari Selasa berhampiran istana presiden dan beberapa lagi kawasan di Juba," katanya. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki- Moon, semalam menggesa Kiir mengadakan dialog dengan pihak pembangkang bagi menghentikan konflik berkenaan yang semakin meruncing. Presiden Majlis Keselamatan PBB, Gerard Araud pula berkata, antara 15,000 dan 20,0000 penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan sekitar Juba ekoran pertempuran itu. "Majlis Keselamatan PBB menggesa kedua-dua pihak menghentikan permusuhan serta-merta bagi mengelakkan lebih ramai penduduk yang terkorban," katanya. Amerika Syarikat juga mengarahkan kakitangan diplomatiknya supaya keluar dari Sudan Selatan sebagai langkah keselamatan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |