Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Isu mengintip: Israel minta penjelasan Amerika Syarikat Posted: 22 Dec 2013 03:05 PM PST TEL AVIV 23 Dis. - Israel semalam meminta Washington supaya menjelaskan tentang pendedahan berhubung pemantauan emel pegawai kanan Israel termasuk bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak oleh Amerika Syarikat (AS). Menurut maklumat terbaharu yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA), Edward J Snowden dan dikongsi oleh akhbar The New York Times, The Guardian dan Der Spiegel, agensi risikan AS dan sekutunya dari Britain, GCHQ mengintip sebanyak lebih 1,000 sasaran termasuk pegawai Israel. Menteri Risikan Israel, Yuval Steinitz semalam menganggap perbuatan mencuri dengar perbualan ke atas Perdana Menteri Israel adalah `tidak sah sedangkan Israel tidak mencuri dengar perbualan Presiden AS, White House mahupun Setiausaha Pertahanan Amerika. - DPA |
Isu diplomat: India tingkatkan tekanan ke atas Amerika Posted: 22 Dec 2013 03:02 PM PST NEW DELHI 23 Dis. - India terus meningkatkan tekanannya ke atas Amerika Syarikat (AS), semalam berhubung kegemparan penahanan dan arahan menanggalkan pakaian membabitkan satu daripada diplomat wanitanya di New York, baru-baru ini. Menteri Luar India, Salman Khurshid sedang berusaha untuk mengurangkan masalah itu dengan menyifatkan kemelut tersebut tidak sepatutnya dibenarkan untuk merosakkan hubungan berharga" antara kedua negara. Mereka (AS) perlu melakukan sesuatu. Menyambut baik (keputusan) tidak cukup," katanya kepada agensi berita India, Press Trust. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |