Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Republik Afrika Tengah: Keganasan ragut sekurangnya 12 nyawa Posted: 26 Dec 2013 09:52 AM PST BANGUI 27 Dis. - Sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh sejak Rabu lalu dalam kejadian keganasan antara penduduk Islam dan Kristian, di sini. Menurut laporan pihak hospital di sini, seramai 46 orang lagi turut mengalami kecederaan di dalam konflik keagamaan yang melanda bandar terbesar di Republik Afrika Tengah itu, dan mendapatkan rawatan di hospital terbabit. - AFP |
Arafat tidak diracun - Agensi Forensik Russia Posted: 26 Dec 2013 09:43 AM PST MOSCOW 27 Dis. - Agensi forensik Rusia semalam melaporkan, kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat bukan berpunca daripada keracunan radiasi namun pegawai kanan Palestin, Wasel Abu Yousef mendakwa penemuan itu dipolitikkan dan penyiasatan perlu diteruskan. "Arafat meninggal dunia secara semulajadi dan bukannya disebabkan radiasi, kata ketua badan forensik tempatan, Vladimir Uiba, kepada agensi berita Interfax. Tetapi hal tersebut disangkal Wasel yang berkata, laporan forensik itu dipolitikkan seperti yang pernah dikeluarkan pasukan forensik Perancis sebelum ini. Penyelidikan tentang kematian Arafat dilaksanakan oleh pakar forensik Switzerland, Perancis dan Rusia selepas agensi berita al-Jazeera melaporkan tentang penemuan bahan radioaktif, Polonium-210 di pakaiannya baru-baru ini. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |