Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Gempa sederhana landa Mindanao, tiada tsunami Posted: 03 Dec 2013 07:27 PM PST KUALA LUMPUR 4 Dis. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada Skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 7.58 pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 55 kilometer (KM) tenggara Davao, Filipina dan 885 KM timur laut Kinabatangan, Sabah. Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA |
Lagi parti tarik diri sertai pilihan raya Bangladesh Posted: 03 Dec 2013 11:39 AM PST DHAKA 4 Dis. - Krisis politik Bangladesh semakin meruncing apabila sebuah lagi parti politik utama menarik diri daripada terlibat dalam pilihan raya umum pada awal tahun depan, ketika tujuh lagi kematian dicatatkan di sini, semalam ekoran bantahan antikerajaan yang berlarutan. Hussain Muhammad Ershad yang memimpin Parti Jatiya, parti ketiga terbesar dan sekutu penting dalam gabungan Liga Awami yang memerintah kerajaan berkata, partinya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada 5 Januari depan atas sebab situasi politik di negara ini yang tidak stabil. Pengumuman Hussain dilakukan sehari selepas gabungan pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh dan sekutunya mengambil langkah sama. Disebabkan banyak parti tidak bertanding, saya dan Parti Jatiya juga tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya pada awal tahun depan," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |