Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 06 Dec 2013 12:21 PM PST LAHORE, Pakistan 7 Dis. - Seorang lelaki bersenjata membunuh seorang pemimpin wilayah kumpulan Sunah di sini hari ini, dengan pihak polis cuba untuk mengurangkan keganasan selepas puak anti Syiah dipanggil untuk melakukan tunjuk perasaan. Seorang pegawai polis, Mahmmed Rafiq berkata, pemimpin Punjab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Maulana Shamsur Rehman telah ditembak ketika sedang berjalan meninggalkan masjid. Sementara itu, Pemimpin kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Maulana Ahmed Ludhianvi dalam Twitternya berkata, pembunuhan Maulana Shamsur merupakan satu kehilangan besar dan keadaan semasa di sini sudah tidak lagi terkawal. - REUTERS |
Nelson Mandela meninggal dunia Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST Gambar fail bertarikh 11 Februari 1990, menunjukkan Nelson Mandela (kiri) yang ditemani isterinya ketika itu, Winnie, menyambut sorakan para pengikutnya selepas dibebaskan daripada tahanan penjara selama 27 tahun di Cape Town, Afrika Selatan. - REUTERS JOHANNESBURG 6 Dis. - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, 95, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya semalam, selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru. Berita pemergian Mandela diumumkan Presiden, Jacob Zuma dalam ucapannya menerusi stesen televisyen negara itu yang meminta semua pihak mengibarkan bendera kebangsaan separuh tiang sempena pemergian tokoh demokrasi tersebut. "Pengasas negara demokrasi Afrika Selatan, Nelson Rohlihla Mandela telah pergi meninggalkan kita dan beliau meninggal dunia dengan aman di kediamannya," kata Zuma. Zuma turut memaklumkan Mandela akan disemadikan dalam satu upacara pengebumian penuh istiadat. Jelas beliau, majlis pengebumian pemimpin tersebut akan diadakan pada 15 Disember ini di Qunu, wilayah Cape Timur, Afrika Selatan. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Gwede Mantashe berkata, pihak berkuasa akan memastikan majlis pengebumian Mandela di Qunu akan kekal sebagai acara keluarga dan tidak akan diadakan secara besar-besaran. "Kita bimbang kerana kawasan ini tidak mempunyai kemudahan infrasturuktur yang baik. Kita tidak mahu berlaku insiden bersesak-sesak," katanya. Menurut Mantashe, Afrika akan berkabung selama 10 hari, dan pada hari kesembilan, dijangkakan ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan dan negara jiran akan hadir ke rumah Mandela untuk memberi penghormatan terakhir. Mandela merupakan pemimpin yang paling dihormati kerana keberaniannya mencabar dasar aparteid yang dilaksanakan oleh minoriti kulit putih ke atas golongan berkulit hitam. Sementara itu, dua anak perempuan Mandela mengetahui berita kematian bapa mereka ketika hadir untuk tayangan perdana filem Mandela: Long Walk to Freedom di London semalam. Zindzi dan Zenani dilaporkan baru sahaja bertemu dengan beberapa orang kenamaan termasuk Putera William dan isterinya, Catherine sebelum bergegas keluar daripada panggung wayang sejurus menerima satu panggilan telefon yang memaklumkan berita sedih itu. - REUTERS/BERNAMA/AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |