Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Israel dan Palestin semakin hampir untuk berdamai. Posted: 07 Dec 2013 10:15 AM PST TEL AVIV, Israel 8 Dis. - Israel dan Palestin kini semakin hampir untuk memeterai perjanjian damai selepas beberapa tahun perbincangan diadakan bagi melaksanakan matlamat tersebut. ``Saya yakin kita semakin hampir untuk mencapai keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang sudah menjadi hak kepada penduduk di rantau berkenaan, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kepada pemberita ketika berada di Lapangan Terbang Ben Gurion. Kenyataannya itu dibuat selepas Israel dan Palestin melakukan perbincangan selepas beberapa rundingan langsung diadakan sejak akhir Julai lalu, walaupun tidak menunjukkan kemajuan yang memberansangkan. Kerry juga dilaporkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk kali ketiga dalam masa 24 jam semalam, dalam membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan. - AGENSI |
Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST BANGKOK 7 Dis. - Kawalan keselamatan di Bangkok hari ini kembali ditingkatkan dengan lebih banyak anggota polis ditempatkan di beberapa kawasan terutamanya di kompleks kerajaan selepas penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul semula untuk mengadakan demonstrasi. Pihak berkuasa turut membina semula sekatan di sekitar bangunan-bangunan utama kerajaan di sini. Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional (NSC), Paradorn Pattanatabut hari ini berkata, langkah itu diambil bagi memastikan keadaan terkawal. "Polis akan membina semula sekatan terutama di Bangunan Kerajaan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dan bangunan Parlimen. "Saya yakin bahawa keadaan akan terkawal pada minggu depan, namun pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. "Saya juga berharap tunjuk perasaan itu akan berakhir dalam tempoh terdekat," katanya. Selain itu, Paradorn menjangkakan bahawa bandar raya ini akan tenang sehingga esok. Semalam, ketua kumpulan antikerajaan yang juga bekas Senator dari Parti Demokrat, Suthep Thaugsuban mengisytiharkan bahawa penunjuk perasaan akan 'berjuang habis-habisan' untuk melumpuhkan kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra pada Isnin depan. "Sekiranya kami gagal (melumpuhkan kerajaan), saya akan menyerah diri kepada polis," katanya ketika berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan, di sini. Suthep turut menggesa penunjuk perasaan untuk berarak dan berhimpun di kompleks kerajaan pada pukul 9.30 pagi (10.30 waktu Malaysia) pada hari tersebut. "Kami akan berhimpun di jalan-jalan utama di Bangkok sebelum berarak ke kompleks kerajaan," jelasnya. Bagaimanapun, Suthep memberi jaminan bahawa kumpulan penunjuk perasaan tidak akan menyerbu masuk ke dalam pejabat-pejabat kerajaan sebagai menghormati pasukan keselamatan yang dikerah berkawal di kawasan tersebut. - BERNAMA/AFP/AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |