Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Ekonomi Iran melonjak selepas meterai perjanjian nuklear Posted: 08 Dec 2013 10:30 AM PST TEHERAN 9 Dis. - Presiden Iran, Hassan Rohani menegaskan perjanjian nuklear yang termeterai bersama negara-negara kuasa dunia pada bulan lalu telah berjaya meningkatkan ekonomi negara tersebut, ketika beliau cuba meyakin ramai pihak akan kesan baik yang bakal diterima hasil daripada persepakatan itu. Hassan dalam sesi perbahasan di Parlimen berkata, selepas kejayaan perbincangan tersebut, banyak pelabur berminat untuk menanam modal di sini dan urusan bursa saham mula bergerak aktif. Aktiviti ekonomi kini sudah beralih kepada urus niaga bursa saham dalam aktiviti penjualan emas, pertukaran mata wang dan hartanah, kata Hassan. Namun begitu, beliau tidak menyatakan dengan jelas berapa nilai keseluruhan pembangunan ekonomi di Iran. - AGENSI |
Imej Jang Song-thaek dipadam dalam satu dokumentari Posted: 08 Dec 2013 10:29 AM PST SEOUL 9 Dis. - Imej bapa saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Jang Song-thaek telah dipadam daripada satu dokumentari televisyen tempatan, sekali gus mengesahkan dakwaan Korea Selatan tentang penyingkiran pegawai kedua paling berkuasa itu oleh Kim Jong-un. Minggu lalu, agensi penyiasat Korea Selatan memberitahu, Song-thaek berkemungkinan telah dilucutkan jawatan selepas dua sekutu rapatnya dijatuhkan hukuman bulan lalu atas kesalahan rasuah. Imej Song-thaek pernah muncul dalam dokumentari itu pada 28 Oktober lalu, namun dia tidak kelihatan dalam media tempatan sejak sebulan lalu. Sebelum ini, kerajaan Korea Utara bertindak memadam imej pegawai kerajaannya yang telah tersingkir daripada sebarang rakaman video serta penerbitan, menurut agensi kerajaan Korea Selatan. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |