Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Berhati-hati dengan penyimpan data murah Posted: 28 Dec 2013 04:44 AM PST BARU-BARU ini pelbagai aduan diterima berkenaan alat penyimpan data seperti USB drive, SD card dan cakera keras disk mudah bawa yang dikatakan tiruan dan tidak mempunyai nilai yang sama seperti ditulis. Ini disebabkan oleh lambakan alat penyimpan data tiruan yang terdapat di pasaran tidak kira di kaki-kaki lima mahupun di dalam gedung beli-belah ternama. Masalah yang dihadapi oleh pengguna biasanya tidak dapat membezakan antara yang tulen dan tiruan kerana kemasan bungkusan yang seakan sama sering mengaburi mata pengguna. Biasanya barangan tiruan ini akan dijual dengan harga yang sangat murah hingga tidak terfikir oleh akal. Mana tidaknya, penyimpan data USB 64G yang dijual dengan harga RM120 jika tulen hanya dijual dengan harga RM10 bagi yang tiruan. Ada juga penjual yang mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan itu dengan harga seakan tulen membuatkan pengguna tidak tahu sama ada ia benar-benar tulen atau tidak. Ia bukan sahaja berlaku kepada penyimpan data USB, bahkan juga kepada penyimpan cakera keras mudah alih, kad SD dan juga Powerbank. Sebagai contoh sebuah penyimpan data USB yang mempunyai setoran bersaiz 64G namun apabila digunakan fail yang cuma sebesar 2G tidak dapat disimpan. Kenapa? Ini disebabkan oleh pengkalan data yang sebenar jauh lebih kecil berbanding yang ditulis pada kotak bagi mengaburi mata pembeli. Masalah kehilangan data dan sebagainya pasti akan berlaku. Jadi, pilihan yang bijak perlu dibuat agar tidak tertipu dengan masalah yang dihadapi. Justeru pengguna perlu cerdik dalam memilih penyimpan data yang benar-benar tulen bagi memastikan data yang disimpan dapat digunakan serta selamat daripada sebarang masalah. - AMIRUL |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |