{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


MBM, GB4B sumbang RM10,000

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

SUKARELAWAN Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B dan MBM membantu mangsa banjir memilih pakaian di Masjid Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, semalam.
SUKARELAWAN Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B dan MBM membantu mangsa banjir memilih pakaian di Masjid Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, semalam.

KUANTAN 14 Dis. - Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Gerakan Belia 4B (GB4B) Pahang menyumbang bantuan berupa makanan, minuman dan pakaian berjumlah RM10,000 kepada mangsa banjir di Perkampungan Sungai Isap dan Bukit Rangin di sini semalam.

Selain bantuan tersebut, sebanyak 50 sukarelawan pertubuhan itu turut menawarkan diri membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka.

Bantuan itu dijalankan di bawah program Sukarelawan Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B yang turut dihadiri Naib Presiden MBM, Wan Salwati Abdullah dan Pengerusi GB4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail.

Menurut Ahmad Daniar, pihaknya memberi fokus terhadap bantuan makanan dan kebajikan tertentu bagi meringankan beban mangsa yang menghadapi bencana itu.

"MBM dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pahang terpanggil membantu mangsa banjir berkenaan dengan menyumbangkan bantuan ini termasuk meminta tenaga ahli terbabit membersihkan kediaman dan kawasan di sini," katanya di Sungai Isap di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua pertubuhan itu bekerjasama secara bergilir selama seminggu untuk bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa yang teruk dilanda banjir pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Salwati berkata, beliau mendapatkan maklumat daripada GB4B Pahang tentang kawasan yang paling terjejas dilanda banjir dan pihaknya menggerakkan ahli sukarelawan MBM untuk ke sana.

"Kita segera melaksanakan operasi bantuan makanan dan minuman untuk mangsa di beberapa lokasi di sini," ujarnya.

Mohon bantuan bina semula sekolah pondok

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

JERANTUT 14 Dis. - Lebih 100 penghuni pusat pengajian Pondok al-Imaniah di Kampung Jerantut Feri di sini merayu bantuan daripada kerajaan untuk membaik pulih kediaman mereka yang rosak akibat banjir.

Mudir pusat pengajian Islam itu, Ahmad Mohamad berkata, pihaknya memerlukan peruntukan daripada kerajaan bagi menyediakan kediaman lebih selesa kepada penghuninya.

"Semua blok kediaman penghuni di sini sudah tenggelam termasuk barang-barang milik mereka yang tidak dapat diselamatkan.

"Blok kediaman yang diperbuat daripada kayu sudah agak usang dan ada yang rosak disebabkan banjir, namun kita tidak ada peruntukan untuk membina yang baharu," katanya kepada pemberita selepas menemani Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris yang meninjau keadaan pondok tersebut baru-baru ini.

Ahmad berkata, kejadian banjir kali pertama itu membuatkan pihaknya rasa tidak selamat untuk terus mengekalkan blok kediaman di tapak sedia ada.

"Kami amat berharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan bagi membina blok kediaman baharu yang lebih selamat dan selesa kerana hampir 80 penghuni adalah warga emas dan selebihnya pelajar tahfiz," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Nazlan berkata, beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan 2014 untuk disalurkan ke pusat pengajian itu.

"Peruntukan lebih RM100,000 diperlukan bagi membina bangunan baharu untuk menempatkan penghuni di sini di atas tanah rizab yang terletak di tempat lebih tinggi dalam kawasan pondok ini.

"Sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan RM20,000 untuk membina sistem perparitan dan projek tersebut telah siap sepenuhnya sebelum banjir melanda," jelasnya.

Katanya, bantuan amat diperlukan kerana beliau terharu melihat ramai warga emas yang masih ingin menuntut ilmu terutama ilmu agama biarpun ada antara mereka berusia sudah mencecah 80 tahun.

"Mereka sudah menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yang mahu kita menuntut ilmu sepanjang hayat dan amat merugikan jika kita tidak dapat membantu sedangkan mereka sudah berada di sini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat