{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Koperasi perlu pemimpin muda

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Shahiruddin Ab. Moin (kanan) menyerahkan kutipan bantuan derma untuk media Pahang yang terlibat dengan banjir kepada Pengerusi Kelab Media Pahang, Nik Naizi Husin (tiga kiri) dalam majlis penutup Kursus Perundangan Koperasi Peringkat Negeri Pahang 2013 di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 17 Dis. - Koperasi di negeri ini memerlukan kepimpinan golongan muda bagi mempelbagaikan cabang perniagaan dan memberi pulangan berganda kepada ahli-ahlinya.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, setakat ini kebanyakan koperasi dipimpin oleh golongan veteran dan memerlukan mereka menceburi bidang itu.

Menurutnya, dalam usaha memperkasakan koperasi, penglibatan golongan muda amat diperlukan kerana mereka mempunyai idea baharu untuk membangunkan koperasi sekali gus meningkatkan pendapatan.

"Golongan muda yang terlibat dalam bidang profesional harus menyumbang kepada sektor koperasi kerana banyak cabang untuk menjana pendapatan wujud.

"Selain itu, pemimpin koperasi yang ada juga perlu memberi galakan dan pendedahan kepada anak masing-masing untuk memahami dengan mendalam mengenai peranan koperasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perundangan Koperasi Pahang di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Mohamad Zawawi Mahmud.

Dalam majlis itu, Shahiruddin turut melancarkan derma kilat untuk disumbangkan kepada mangsa banjir melibatkan media di negeri ini.

Menurutnya, kesedaran terhadap penubuhan koperasi semakin menggalakkan malah ada yang mempunyai sumber kewangan kukuh sehingga berjaya memiliki bangunan sendiri.

"Justeru, penglibatan anak muda mampu mengukuhkan lagi sektor koperasi di negeri ini dengan mencipta pelbagai cabang perniagaan dan memberi pulangan lumayan kepada ahli," katanya.

Ketika mengulas isu penyelewengan kuasa melibatkan koperasi, Shahiruddin berkata, hanya tiga daripada 833 koperasi di Pahang menghadapi masalah dalam soal salah laku kepimpinan berdasarkan laporan daripada SKM negeri.

Katanya, jumlah itu tidak membimbangkan walaupun berlaku perlakuan negatif di kalangan kepimpinan yang bertindak di luar batasan.

"Perlakuan negatif yang dilakukan pemimpin koperasi terbabit dapat ditangani dengan berkesan bagi memastikan ahli tidak terus menjadi mangsa keadaan.

"Kita harapkan masalah seperti ini tidak berlaku kepada koperasi lain kerana penubuhan koperasi bertujuan untuk membantu ahli menambah pendapatan," ujarnya.

Jaga kebersihan elak penyakit berjangkit akibat banjir

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

SHAHIDAN Kassim (dua, kiri), Mohd. Ariffin Awang Ismail (tengah) dan Nurhidayah Mohd. Shahaimi (kanan) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, Rogayah Abdullah di Kampung Nyak, Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 17 Dis. - Mangsa banjir daerah ini diminta mengikut arahan pegawai kesihatan tentang kebersihan bagi mengelak penyakit berjangkit akibat bencana itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail berkata, pegawai terbabit yang ditempatkan di pusat pemindahan sentiasa menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan kebersihan serta prosedur penjagaan diri semasa dan selepas banjir.

Menurutnya, bencana itu boleh membawa pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun dan leptospirosis atau kencing tikus jika mangsa terdedah dengan air tercemar.

"Lebih penting ahli keluarga perlu tahu simptom penyakit itu supaya mudah diberi rawatan awal bagi mengelakkan lebih parah.

"Banjir di Maran khususnya di kawasan Seberang Chenor semakin pulih tetapi timbul masalah untuk membersihkan rumah kerana diselaputi lumpur tebal.

"Usaha membersihkan kawasan berkenaan termasuk kemudahan awam seperti sekolah, surau, masjid dan lain-lain perlu dilakukan segera sebelum lumpur menjadi keras," katanya kepada Utusan Malaysia dalam majlis penyampaian bantuan mangsa banjir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di pekarangan Masjid Kampung Nyak dan Sembai di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, ADUN Luit, Nurhidayah Mohd. Shahaimi mengingatkan ketua keluarga memastikan ahli keluarga mereka meminum air yang sudah dimasak.

MDJ diminta kaji roboh rumah GB4B

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Sebahagian daripada anggota Belia 4B Jerantut membuat bantahan secara aman mengenai cadangan merobohkan pusat operasinya berhampiran Padang FA di Jerantut, Pahang, kelmarin.

JERANTUT 17 Dis. - Gerakan Belia 4B (GB4B) Jerantut meminta Majlis Daerah Jerantut (MDJ) mengkaji semula cadangan untuk merobohkan rumah Belia 4B bagi tujuan projek pembangunan lain.

Bekas Pengerusinya, Datuk Jalaluddin Ghazali berkata, biarpun sudah uzur, bangunan tersebut penuh dengan nostalgia kerana menjadi tempat membangunkan belia di daerah ini selain menjalankan pelbagai kegiatan sejak 1976.

"Rumah Belia 4B ini mempunyai banyak masalah seperti atap bocor, bangunan uzur dan sebagainya namun masih digunakan oleh belia di sini untuk bermain ping pong, bersilat dan riadah.

"Kawasan sekitar rumah ini kebanyakannya sudah dinaik taraf namun bangunan ini seolah-olah dipinggirkan terutama sistem perparitan yang sering mengakibatkan banjir kilat," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang juga Bendahari UMNO Bahagian Jerantut berkata, belia di sini mengambil inisiatif sendiri membina longkang bagi membolehkan aliran air mengalir dengan lancar apabila hujan.

Menurutnya, pihak belia 4B sudah memohon tanah di tapak rumah itu untuk bangunan belia tetapi ditolak.

"Bangunan ini juga menjadi lokasi perjumpaan Alumni Belia 4B dan kedudukannya strategik kerana terletak berhampiran masjid serta kawasan riadah bagi membudayakan belia dengan bersukan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat