{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Demam denggi di Pahang meningkat

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 28 Dis. - Kes demam denggi yang dicatatkan di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 21 Disember lalu adalah 706 kes dengan dua kematian.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 77 kes berbanding 629 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Pada minggu ke-51 iaitu pada 15 hingga 21 Disember lalu, selepas berlaku bencana banjir, terdapat peningkatan kes demam denggi dari 17 kes pada minggu ke-50 (8 hingga 14 Disember) kepada 25 kes pada minggu ke-51.

"Kejadian 25 kes demam denggi itu berlaku di kawasan berbeza dan hanya dua kes daripada kawasan terlibat banjir, namun tidak menyebabkan wabak aktif berlaku pada tempoh minggu ke-51 tersebut," katanya di sini hari ini.

Norhizan berkata, Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 433 kes diikuti Temerloh (104); Bera (30); Maran (38); Jerantut (31); Raub (15); Lipis (13); Bentong (11); Rompin (15); Pekan (13) dan Cameron Highlands (tiga).

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan di kawasan yang terlibat dengan banjir untuk mencegah penularan penyakit demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes, pemusnahan jentik jentik dan semburan kabus untuk membunuh nyamuk dewasa.

Menurutnya, sehingga 21 Disember lalu, sebanyak 287 lokaliti yang terlibat dengan musibah itu dan 215 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri ini telah dilaksanakan langkah pencegahan serta kawalan tersebut.

"Sebanyak 925,053 premis telah dilakukan semburan kabus untuk tujuan pencegahan dan kawalan kes, 372,664 (pemeriksaan pembiakan aedes) dan 94,204 premis telah diletak racun bagi pemusnahan jentik-jentik," katanya.

Katanya, di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000), penduduk atau penghuni rumah membiarkan jentik-jentik aedes di premis mereka jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 1,745 kompaun dengan nilai RM865,500 telah ditawarkan kepada penduduk seluruh negeri ini.

"Sebanyak 903 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes dan 12 tapak binaan ditutup kerana mempunyai pembiakan aedes yang tinggi," katanya.

20,000 borang bantuan banjir diterima

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Muhammad Safian Ismail (kiri) menerima replika cek bantuan mangsa banjir berjumlah RM100,000 daripada Nik Fauzi Nik Hussein di Wisma Negeri, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 28 Dis. - Jawatankuasa Bencana Pahang menerima sebanyak 20,000 borang permohonan bantuan sebanyak RM250 yang dihantar oleh mangsa banjir sejak dibuka pendaftarannya seminggu selepas kejadian itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, jumlah itu hanya melibatkan mangsa di daerah ini dan dijangka terus meningkat kerana masih lagi menerima permohonan dari daerah lain yang turut terjejas dalam bencana itu.

Menurut beliau, pengagihan bantuan kepada mangsa terlibat yang layak akan dilakukan secara berperingkat-peringkat tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan negeri sedaya upaya memastikan mangsa banjir menerima bantuan dan berharap mereka bersabar untuk sementara waktu ini.

"Sehingga kini kerajaan negeri masih menerima sumbangan daripada badan korporat dan swasta yang ingin membantu mangsa banjir yang melanda Pahang baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir daripada AlloyMtd di sini semalam.

Pengarah Kumpulan AlloyMtd, Nik Fauzi Nik Hussein menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Muhammad Safian berkata, ketika ini kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Bencana menerima bantuan daripada pelbagai pihak dalam dua bentuk iaitu barangan dan kewangan.

"Bantuan berbentuk kewangan akan dimasukkan ke dalam Tabung Bencana dan diagihkan kepada mangsa.

"Bagaimanapun ada pihak yang lebih suka memberi bantuan secara terus kepada mangsa dan pergi ke kawasan banjir terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Nik Fauzi berkata, sumbangan itu diserahkan berikutan bencana kali ini amat teruk sehingga melibatkan ribuan kediaman dinaiki air.

Menurutnya, sebanyak 500 set pakaian dan kelengkapan persekolahan turut diberikan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan.

"Pihak kami bersimpati dengan mangsa yang terlibat dalam bencana ini dan tampil menghulurkan sumbangan pakaian dan kelengkapan persekolahan kepada mereka," katanya.

Perarakan Piala Malaysia singgah di Maran

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (empat kanan) memegang piala berprestij Piala Malaysia sambil diperhatikan Ismail Abdul Muttalib (tiga kanan) dalam majlis meraikan pasukan Pahang di Dataran Teksi Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 28 Dis. - Perarakan Piala Malaysia yang dimenangi Pahang bulan lalu diteruskan apabila singgah ke daerah ini untuk tatapan peminat bola sepak yang setia menyokong skuad Tok Gajah baru-baru ini.

Program itu dimulakan dengan perarakan piala tersebut bermula dari Kelab Golf Maran diiringi Kelab Berbasikal Maran, Kelab Pacuan Empat Roda Maran serta Kelab Bola Sepak Maran mengelilingi bandar Maran sehingga ke Dataran Teksi di sini.

Kehadiran ribuan peminat bola sepak tempatan di dataran itu bukan sahaja untuk menemui skuad Tok Gajah tetapi ingin melihat piala tersebut dengan lebih dekat.

Yang turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Yang turut serta Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail; ADUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Menurut Ismail, pada majlis itu, Tengku Abdul Rahman turut menyampaikan bonus kepada pemain Pahang yang bukan sahaja merampas piala tersebut tetapi juga melonjakkan momentum rakyat negeri ini terhadap bola sepak.

"Ini merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Pahang kerana penantian selama 21 tahun akhir tercapai dan diharap skuad Tok Gajah meneruskan kecemerlangan pada musim depan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat