{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Sampai bila DAP mahu ingkari ROS?

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
pengarang@utusan.com.my

TIDAK sudah-sudah dengan DAP yang terus berperilaku seolah-olah kebal undang-undang sehingga arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) seringkali diingkari sehingga keputusan berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam Kongres Khas pada 29 September lalu masih lagi tergantung.

Terbaru, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula melenting apabila ROS mengeluarkan perintah melarang kesemua ahli CEC parti yang baru dilantik membuat sebarang keputusan sehingga kemelut itu selesai disiasat yang turut dibayangi pelbagai tuduhan serta dakwaan dari ahli parti itu sendiri.

Seperti yang dijangka, Karpal turut mengugut akan menyaman ROS sekiranya pertubuhan itu enggan mendengar arahan DAP yang mahu sekatan itu segera dibatalkan sebelum parti itu mengambil sebarang tindakan drastik pada sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.

Namun demikian, permintaan ROS dari awal lagi adalah kerjasama DAP khususnya lampiran dokumen berhubung pemilihan semula pada September lalu, tempoh diberikan 60 hari dari tarikh pemilihan namun tidak tahu mengapa permintaan itu begitu sukar untuk dipenuhi. Walaupun ROS sudah berkali-kali memberi mereka peluang, parti itu masih berkepala besar untuk mematuhi arahan

Isnin lalu, ROS telah menghantar surat kepada DAP meminta parti itu mengemukakan laporan lengkap, antaranya senarai cawangan yang mengambil bahagian dan perwakilan berkaitan pemilihan semula itu.

Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat berkata, walau bagaimanapun sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada DAP.

Pada masa ini, perkembangan tentang pemilihan semula CEC ini masih dalam proses siasatan. Kita tidak dapat membuat sebarang keputusan tentang kesahihan CEC yang dipilih semula ekoran DAP menghantar laporan tidak lengkap. Sehingga itu, ahli CEC tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam parti.

Malah, pihak kami telah menghantar surat kepada DAP pada Isnin lalu meminta mereka mengemukakan laporan penuh, namun sehingga hari ini, tiada maklum balas diterima," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli seumur hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Goh Swee Huat turut mempertikaikan isu ini dengan menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC baharu itu kerana didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

Tidak cukup dengan itu, dua minggu lepas, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mendakwa bahawa beliau adalah Pengerusi DAP negeri yang sah berdasarkan surat daripada pihak ROS yang telah menjalankan siasatan dengan mengambil CEC DAP belum diiktiraf sebagai sah oleh ROS dan disebabkan itu, beliau adalah Pengerusi DAP yang sah mengikut perlembagaan parti.

Katanya, disebabkan itu, CEC DAP tidak mempunyai kuasa untuk melantik Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah dan kesemua cawangan baharu diwujudkan oleh pihak Ahli Jawatankuasa Interim pimpinan Zairil sebelum ini adalah haram.

Baru-baru, ini bekas Pengerusi Cawangan DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa beliau dimaklumkan bahawa laporan yang diberikan hanya tiga muka surat bagi menjelaskan keseluruhan perjalanan pemilihan tersebut dihadiri 2,576 perwakilan CEC dalam Kongres Khas di sebuah hotel September lepas.

Dakwanya, laporan tidak lengkap itu dipercayai bagi membiarkan ROS bertindak dan mungkin terpaksa membatalkan sekali lagi CEC yang dibuat atau parti.

Laporan lengkap amat penting supaya ROS dapat membuat penilaian sebelum memberi pengiktirafan kepada CEC dan ini merupakan hari terakhir dalam tempoh 60 hari diberikan.

Sikap tidak profesional Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke amat memalukan parti. Kaum Cina perlu sedar bahawa mereka ini pembohong besar dan tidak kompeten," katanya.

Tuan Tat turut mendedahkan tindakan DAP yang belum mengeluarkan senarai penuh kesemua 985 cawangan yang dijemput hadir dalam pemilihan semula CEC lalu.

Dalam pemilihan CEC awal iaitu pada 15 Disember tahun lalu, hanya perwakilan daripada 865 cawangan yang berhak hadir. Jadi, bagaimana tambahan 120 cawangan boleh wujud dalam pemilihan semula CEC pada 29 September lalu?" soalnya.

Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan pula menuduh Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook adalah punca mengapa CEC masih belum diiktiraf ROS kerana mereka berdua tidak mahu mengikut perlembagaan parti dan peraturan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 dan 29 September lalu.

ROS tidak perlu takut gertakan Karpal

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak perlu takut dengan gertakan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, DAP seharusnya mengikut peraturan yang ditetapkan ROS berkaitan keadilan dalam isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:

l Karpal sepatutnya beri arahan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk mengemukakan segera segala dokumen yang diperlukan ROS.

Laporan tiga helai kertas ternyata terlalu ringkas bagi ROS membuat siasatan atas aduan dari ahli-ahli DAP tentang penipuan, penyelewengan dan manipulasi senarai perwakilan semasa pemilihan tetapi Karpal bertindak di sebaliknya iaitu buat gertakan terhadap ROS.

l Permohonan ROS amat munasabah dan penting untuk menjalankan siasatan atas pemilihan serta kita semua pun amat hairan mengapa Karpal dapat undi yang tinggi walaupun tidak popular.

ROS hanya meminta Guan Eng mengemukakan senarai nama 2,576 perwakilan sah yang berhak hadir, senarai nama 1,740 perwakilan yang hadir dan mengundi serta senarai nama 2,985 cawangan yang berdaftar sebagai 'certificate A'.

l Persoalan sekarang ialah mengapa Karpal dan Guan Eng takut hendak beri kepada ROS semua dokumen yang dikehendaki untuk membuat siasatan atas aduan ahli DAP sendiri bahawa wujud 450 orang perwakilan haram semasa pemilihan semula pada 29 September lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat