{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Dasar populis pembangkang helah tutup kelemahan

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Mohamad Ezam, Tan Chew Wah

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan negeri pakatan pembangkang hanya menggunakan dasar-dasar populis untuk menutup kegagalan mereka menyelesaikan masalah rakyat.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, dasar-dasar populis yang diamalkan pakatan pembangkang juga hanya untuk meraih undi daripada rakyat secara murahan.

Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang berupaya membentuk satu dasar yang benar-benar memberi manfaat dan menyelesaikan masalah rakyat.

Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentu tidak akan membiarkan dasar populis menjadi asas utama kepada kerajaan kerana hal itu tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang menegur kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu supaya menghentikan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka.

Chang Khim berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu berpandangan jauh mengenai kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.

Sementara itu, Ezam berkata, dasar populis pakatan pembangkang tidak mengejutkan kerana itu adalah gaya politik mentor mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar hanya pandai memperkenalkan dasar populis untuk kekal menjadi pemimpin. Malah, apakah dasar yang dilaksanakan Anwar sewaktu menjadi Menteri Kabinet dahulu yang telah memberi manfaat kepada rakyat pada hari ini.

Pemimpin-pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang lain juga tidak berupaya untuk membentuk dasar yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka terikut dengan telunjuk Anwar," jelasnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha DAP Cawangan Kampung Baru Balakong, Tan Chew Wah mempersoalkan mengapa pemimpin pakatan pembangkang Selangor mahu menarik balik dasar yang diamalkan selama ini.

Kerajaan Selangor mempunyai banyak wang dan sering memperjuangkan isu populis seperti pemansuhan caj tol dan sebagainya.

Ini semua mungkin disebabkan mereka mahu mencari publisiti sama seperti isu cukai pintu, apabila mereka cuba bantah bagi melihat sama ada mendapat sokongan atau tidak," tegasnya.

Salleh Man digugur, Mat Sabu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Mohamad Sabu, Mohd. Salleh Man

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pucuk pimpinan parti mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan akar umbi.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan pelantikan Mohamad itu mempunyai kaitan dengan prestasi Mohd. Salleh semasa menerajui Pas Pulau Pinang.

Mohd. Salleh tak gagal, mungkin ada hikmah di sebalik keputusan parti tidak melantik semula beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Kita juga yakin Mohamad boleh buat kerja itu dan beliau dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengumuman pelantikan Mohamad sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu dibuat oleh Mustafa dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Mustafa turut mengumumkan pelantikan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Asmuni Awi sebagai Bendahari manakala Datuk Takiyuddin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaakob sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Pelantikan Mohamad itu mencetuskan persoalan berikutan kemelut yang berlaku di antara Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang dan kerajaan DAP Pulau Pinang bulan lalu.

Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang secara terbuka pernah mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Tuntutan-tuntutan itu adalah tiada campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah.

Selain itu, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat