{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Proses pemilihan sayap Pemuda MCA bermula

Posted: 18 Dec 2013 09:29 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Proses pemilihan Pergerakan Pemuda MCA kebangsaan bermula pagi ini dengan para perwakilan membuat pengundian untuk barisan kepimpinan baharu.

Mereka mula mengundi sebelum tengah hari untuk memilih jawatan ketua Pemuda, timbalan ketua, empat naib pengerusi (tiga daripada kategori terbuka dan satu daripada kategori wanita), 12 anggota jawatankuasa pusat (CC) (40 tahun ke bawah) dan lima anggota CC (30 tahun ke bawah) serta lapan anggota CC (kategori wanita).

Pemilihan untuk sayap Pemuda menyaksikan 69 calon merebut 34 jawatan.

Jawatan ketua Pemuda menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ketua Biro Pendidikan MCA, Chong Sin Woon dan Ketua Pemuda Bahagian Batu, Datuk Goh Gaik Meng.

Sejumkah 1,515 atau 77.1 peratus daripada 1,966 anggota perwakilan yang layak mengundi, mendaftar untuk membuat pemilihan, di sini hari ini.

Keputusan dijangka diumumkan paling lewat dalam pukul 7 malam.

Mereka yang dipilih akan menghadiri perhimpunan agung tahunan parti yang dijadual berlangsung pada 22 Disember di ibu pejabat MCA di sini. - BERNAMA

Perwakilan bahas 17 resolusi

Posted: 18 Dec 2013 11:29 AM PST

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
badrul.isa@utusan.com.my

Wee Ka Siong menunjukkan teks ucapan dasar yang akan disampaikannya sempena Perhimpinan Agung Pemuda MCA dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Sebanyak 17 resolusi dan usul dikenalpasti untuk dibahas dalam Perhimpunan Agung Pemuda MCA yang berlangsung di Wisma MCA di sini esok.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, 17 resolusi itu antara lain merangkumi isu berkaitan parti, politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraman awam dan anti rasuah.

"Kita akan serahkan kepada perwakilan untuk menentukan apakah topik yang akan dibahaskan oleh mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Pergerakan Pemuda MCA Ke-31 hari ini.

Menurut Ka Siong, dalam aspek pendidikan, antara perkara yang akan dibahaskan termasuklah mengenai pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Menengah Persendirian Cina serta isu pengambilan pelajar.

"Dalam aspek ekonomi pula, antara perkara yang akan dibincangkan adalah tentang kenaikan tarif elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta perumahan mampu milik.

"Turut akan disentuh adalah berkenaan kadar kenaikan gaji atau elaun melibatkan Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, ahli Exco serta ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu jelasnya, seramai 1,966 perwakilan Pemuda MCA layak untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda MCA.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 567 merupakan perwakilan pemudi ataupun golongan wanita muda yang berusia di bawah 40 tahun.

"Jumlah tersebut merupakan perkembangan yang baik kerana kehadiran golongan pemudi mencakupi 29 peratus perwakilan berbanding 30 peratus yang disasarkan oleh Pemuda MCA," katanya.

Sementara itu, menyentuh pertembungan satu lawan satu antara beliau dan Datuk Donald Lim Siang Chai bagi menduduki kerusi Timbalan Presiden MCA, Ka Siong menyifatkan peluangnya untuk menang adalah 50-50.

"Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri, jadi saya menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat pilihan terbaik bagi jawatan berkenaan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat