{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Bekas ADUN Kuala Perlis, Ahmad Osman meninggal dunia

Posted: 20 Dec 2013 10:08 PM PST

KANGAR 21 Dis. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis Ahmad Osman, 70, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di sini malam tadi kerana komplikasi pernafasan.

Menurut anaknya, Mohammad Anwar, 37, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pukul 10.20 malam setelah dirawat di hospital berkenaan sejak lima hari lepas.

Allahyarham menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi dan pernah diserang angin ahmar ringan dua tahun lepas.

Beliau menjadi ADUN kawasan Kuala Perlis dua penggal dari 1982 hingga 1990.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Puteh Ahmad, 61, dan tujuh

anak.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Oran dekat sini hari ini. - BERNAMA

Empat langkah bagi MCA kukuhkan kedudukan - Najib

Posted: 20 Dec 2013 08:34 PM PST

NAJIB Razak bersalaman dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-60 di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini. Soi Lek tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan pucuk pimpinan MCA kali ini. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat langkah yang perlu diambil oleh MCA bagi memperkukuhkan semula kedudukannya dalam arena politik negara sekali gus mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap parti tersebut.

Perdana Menteri berkata, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah kesemua pemimpin dan ahli MCA mesti bersatu semula sebaik sahaja pemilihan parti kali ini selesai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberitahu, langkah kedua memerlukan MCA menyusun semula strateginya dengan menilai segala kekuatan dan kelemahan parti itu.

"Langkah ketiga melibatkan proses menaikkan semangat MCA dan kita memerlukan viagra politik untuk tujuan ini.

"Bagi langkah terakhir, MCA hendaklah membina semula kekuatannya sekali gus menjadikan parti itu sebagai pilihan kaum Cina di negara ini," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-60 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan kepimpinan MCA yang lain. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat