{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Himpunan 31 Disember: Pembangkang perlu jelaskan pendirian

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Pakatan pembangkang perlu menyatakan pendirian mengenai Himpunan Guling Kerajaan yang didakwa akan diadakan pada 31 Disember ini sekiranya mereka benar-benar menentang sebarang usaha memperjuangkan nasib kerajaan yang digulingkan di luar negara.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata, penjelasan pakatan pembangkang kepada rakyat mengenai perjuangan mereka yang sering membantah usaha-usaha penggulingan kerajaan di luar negara adalah perlu bagi membuktikan kebenaran.

"Di Parlimen mereka minta isu penggulingan kerajaan Mesir dibahaskan dan sekarang apabila isu itu timbul di negara sendiri, mereka hanya berdiam diri.

"Kita minta mereka menyatakan pendirian apakah mereka merestui perhimpunan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rancangan penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Menurut Reezal Merican, beliau melihat tidak ada mana-mana negara mampu bangkit selepas mengalami proses penggulingan kerajaan sama ada yang pernah berlaku di Mesir atau Libya.

"Oleh itu, apakah penggulingan kerajaan ini merupakan jalan keluar untuk membentuk kerajaan? Mereka seharusnya meletakkan kestabilan sebagai agenda penting untuk kebaikan rakyat bersama," jelasnya.

Tidak munasabah, bertentangan amalan Malaysia

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Rancangan pihak tertentu untuk mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini dianggap tidak munasabah dan bertentangan dengan amalan demokrasi negara.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, rakyat mesti mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menimbulkan huru-hura.

"Apabila pengundi telah membuat keputusan dalam pilihan raya, rakyat kena patuh kepada kerajaan yang dipilih walaupun masa mengundi mereka tidak bersetuju.

"Amalan demokrasi di Malaysia adalah sistem first past the post, iaitu mengikut kepada majoriti mudah, walaupun dengan kelebihan satu kerusi, parti politik itu jadi pemerintah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat