{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tiada Pengerusi, Setiausaha Agung DAP

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
utusanpenang@utusan.com.my

Zulkifli Mohd. Noor

PULAU PINANG 26 Dis. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor meminta semua pihak tidak menggunakan sebarang jawatan bagi merujuk kepada mana-mana ahli DAP kerana pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang diadakan September lalu belum diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurutnya, sehingga kini DAP sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang sah di semua peringkat, malah arahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka juga dianggap tidak sah.

''Pemilihan yang diadakan masih belum diiktiraf dan ini menunjukkan tiada individu dalam parti ini yang telah disahkan jawatannya.

"Tidak sepatutnya ada pihak menggunakan jawatan tertentu termasuk Pengerusi dan Setiausaha Agung DAP bagi merujuk mana-mana individu dalam parti memandangkan status semua ahli adalah sama ketika ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Norliza Abdul Rahim baru-baru ini yang mahu Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana melabel Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid sebagai 'nenek rasis' baru-baru ini.

Zulkifli memberitahu, desakan Norliza itu juga tidak tepat dari segi teknikal memandangkan jawatankuasa disiplin parti yang dibentuk juga dilihat tidak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana ahli DAP selagi ROS tidak memberikan mandat sepatutnya.

"Malah sebarang keputusan yang dibuat parti ketika ini juga tidak boleh diiktiraf kerana keputusan itu dibuat oleh mereka yang belum disahkan jawatannya termasuk arahan mengadakan Konvensyen DAP negeri," tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut mencabar DAP supaya membawa ROS ke mahkamah sekiranya merasakan wujud perkara yang tidak betul dilakukan badan berkenaan terhadap pemilihan DAP.

"DAP mempunyai ramai ahli dalam kalangan peguam, jadi mengapa selama ini hanya berdegar-degar di akhbar.

"Kalau rasa diri sendiri betul mengapa tidak berani bawa ROS ke mahkamah seperti yang sering didakwa melalui akhbar," katanya.

Rafizi berbohong lagi - TIBAI

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Zahid Md. Arip

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Dakwaan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung penjualan dan pembelian aset kerajaan bernilai RM5.6 bilion adalah siri pembohongan terbaharu Ahli Parlimen Pandan itu.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sehingga hari ini, Rafizi masih gagal mengemukakan bukti senarai nama pembeli aset berkenaan.

"TIBAI menganggap Rafizi seorang manusia yang kuat berbohong serta mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Mengapa sehingga kini beliau gagal mengemukakan senarai pembeli aset negara seperti didesak oleh banyak pihak. Ini jelas menunjukkan satu lagi siri pembohongan daripada pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menjelaskan dakwaan Rafizi berhubung penjualan dan pembelian aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan sebagai tidak berasas.

Muhammad Zahid berkata, pembohongan itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini pembangkang mendakwa wujud pengundi warga Bangladesh selain isu pembentukan kerajaan pada 16 September 2008.

Beliau turut mencabar Rafizi membuat laporan polis bagi membuktikan kesahihan dakwaannya.

Katanya, tindakan itu amat perlu kerana dakwaan beliau boleh mengundang suasana huru-hara serta merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, Rafizi perlu bertindak mengikut lunas undang-undang serta fakta yang sahih.

Katanya, semua tuduhan tersebut mesti disertakan dengan bukti yang jelas.

"Kita menantikan segala bukti yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Jika tidak ada, sudah pasti tindakan beliau ini boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau sebagai wakil rakyat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat