{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Segerakan pemilihan DAP Kedah

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

Lee Guan Aik

ALOR SETAR 28 Dis. - Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mendesak Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP segera mengadakan pemilihan di negeri ini bagi melantik kepemimpinan baharu.

Jawatankuasa itu kata Guan Aik, perlu segera melakukan pembersihan kepemimpinan bagi menyelesaikan konflik yang melanda pentadbiran DAP di Kedah.

"DAP Kedah kini berdepan konflik yang seolah-olah tidak ada kesudahannya kerana kewujudan dua kepemimpinan iaitu jawatankuasa yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ditadbir oleh saya dan satu lagi yang membabitkan Jawatankuasa Interim ditubuhkan CEC.

"Kita mahu konflik yang timbul antara kedua-dua jawatankuasa ini segera diselesaikan. Malah, pemilihan ini juga penting untuk membawa suara akar umbi bagi menyingkirkan pemimpin yang bermasalah dalam DAP Kedah,'' katanya di sini.

Menurut Guan Aik, sudah sampai masanya CEC mengadakan pemilihan untuk mewujudkan jawatankuasa pentadbiran parti yang baharu berikutan DAP Kedah kini terbahagi kepada dua pihak dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Sementara itu, Guan Aik mencabar Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Ahli CEC, Thomas Su Keong Siong, supaya membuktikan dakwaan wujud kepincangan dan masalah dalaman kepemimpinan DAP Kedah, sehingga membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Interim.

"Saya percaya kenyataan Thomas Su bersifat pembohongan untuk menutup kelemahan sendiri, pemimpin seperti ini kalau ada dalam parti hanya menjejaskan imej dan nama baik DAP, sekali gus menimbulkan masalah kepada parti," katanya.

Kuasa kewangan: Tekad Bendahari Agung MIC

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
pengarang@utusan.com.my

PEMILIHAN Datuk R. Ramanan sebagai Bendahari Agung MIC merupakan pilihan tepat berikutan peranan yang bakal dimainkan olehnya untuk memartabatkan parti selain secara terus mendekati golongan muda sepertinya.

Dalam satu kenyataan pelantikan, Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel turut menekankan peranan Ramanan yang dipertanggungjawabkan dalam memperkasakan ekonomi parti. Tanggungjawab yang diberikan kepadanya bukan hanya sekadar memegang jawatan tertinggi dalam parti sebaliknya untuk membawa perubahan.

Ramanan, 32, bukanlah ahli politik 'setahun jagung'. Kehadiran beliau sudah lama dalam arena politik. Walaupun muda, sikap yang dipamerkan cukup matang serta berkaliber. Manakan tidak, DAP yang boleh dianggap parti 'gergasi' dalam pembangkang sering menjadi kritikan Ramanan.

Beliau tidak pernah gentar dalam membidas mana-mana pemimpin tertinggi dalam parti itu setiap kali berlaku sesuatu yang tidak betul. Beliau sentiasa lantang mempersoalkan kredibiliti DAP sejak 2008.

Pengamatan penulis mendapati bekas Naib Pengerusi Strategik MIC ini yang juga cucu Tan Sri Dr. Devaki Krishnan - wanita pertama di negara ini yang dilantik dalam pejabat awam setelah memenangi kerusi majlis perbandaran pada 1952 - memiliki aura tersendiri.

Siapa yang tidak kenal dengan Devaki, wanita besi yang berani melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan, sesuatu yang dianggap melawan arus dalam era 50-an dan 60-an. Sejumlah 72 persatuan dalam satu masa bukanlah satu perkara yang mudah. Juga, Devaki merupakan wanita India Malaysia pertama mendapat gelaran Tan Sri pada 3 Jun 1995.

Ibu Ramanan merupakan doktor pakar yang sangat terkenal manakala bapanya pula jurutera. Tidak cukup dengan itu, Ramanan sendiri merupakan pelajar cemerlang lulusan kejuruteraan dari tiga benua.

Walaupun muda, pengalaman yang ada padanya sudah diasah sejak lahir lagi berikutan latarbelakang keluarga yang berpengaruh.

Keupayaan beliau yang fasih bercakap dalam pelbagai bahasa juga menjadi ukuran kerana selain bahasa Tamil, Inggeris dan Melayu, beliau mampu berinteraksi dalam bahasa Cina. Rakan-rakan seperniagaan beliau majoritinya dalam kalangan orang Cina juga merupakan satu kelebihan buatnya.

Ramanan juga pernah menjadi anak didik bekas ahli politik veteran MIC, Tan Sri K. S. Nijhar yang pernah menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet dan parti. Beliau diasuh dengan baik oleh Nijhar dalam mendalami dunia politik yang penuh pancaroba itu.

Tidak cukup dengan itu, Ramanan juga merupakan pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional dan UMNO. Pengalaman bekerja dengan Tengku Adnan juga merupakan aset tidak ternilai Ramanan yang boleh dipraktikkannya demi pembaikan dalam MIC sendiri.

Dengan semua keupayaan dan latar belakang seperti itu, siapa lagi yang boleh menyangkal kredibiliti Ramanan yang sukar ditandingi atau dipersoal oleh mana-mana pihak. MIC memerlukan ahli politik seperti beliau bagi membantu Palanivel merelevankan parti tersebut. Malah untuk mampu membawa MIC ke peringkat lebih tinggi. Kaum India khususnya golongan muda boleh mendapat maanfaat besar dengan pelantikan beliau dalam MIC Pusat.

Ketika dihubungi penulis baru- baru ini, Ramanan menyifatkan pelantikan sebagai Bendahari Agung MIC suatu tanggungjawab berat yang harus digalasnya dengan penuh tanggungjawab.

"Masa depan kaum India sebenarnya merangkumi aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan, pertanian dan isu-isu semasa. Saya tidak mahu kenyataan ini sekadar menjadi 'teks ucapan' untuk melengkapkan artikel anda. Saya mahu beri jaminan, ungkapan ini akan membawa bisikan dan suara hati kaum India di negara ini," katanya.

Menurutnya, perkara pertama yang akan dibuatnya adalah memastikan kedudukan kewangan parti menjadi lebih kukuh.

"MIC mahu melakukan banyak lagi perkara dan mendekati kaum India di seluruh negara. Walaupun kita mempunyai tenaga manusia, kita juga perlu kekuatan kewangan untuk melaksanakan program dalam jangkauan lebih luas," katanya.

Ramanan yang mengambil alih jawatan Bendahari Agung daripada Datuk Jaspal Singh berkata, beliau ketika ini dalam proses mengkaji aset MIC sebelum membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya.

"MIC berjalan dengan baik dari segi kewangan. Ia mempunyai aset dan hartanah tetapi kita boleh melakukan lebih lagi untuk mengoptimumkan dana kami.

"Sebagai contoh, kami mempunyai beberapa tingkat yang tidak berpenghuni di ibu pejabat MIC yang boleh disewakan kepada orang lain," kata Ramanan.

Selain itu, kata beliau, ahli parti perlu diberi kuasa kewangan dan mahu lebih banyak peluang pekerjaan dan pendidikan kaum India.

"Untuk membantu mereka, kita perlu bermula dengan memberi kuasa kepada ahli kita sendiri, kemudian barulah kita boleh turun padang dan membantu orang lain," ujarnya.

Beliau berkata, Palanivel membawa perubahan dengan membawa masuk pasukan yang terdiri daripada pemimpin yang segar dan berpengalaman.

"Saya ingin melihat ahli lebih muda yang profesional menyertai parti ini dan menyumbang idea untuk kebaikan masyarakat kita.

"Kita perlu bangkit dan menjadi juara yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak selepas ini.

"Kaum India meletakkan harapan tinggi untuk melakukan pembaharuan bagi menjamin masa depan lebih sejahtera. Saya sedia pikul tugasan berat ini," tegasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat