{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Kazim tolak jawatan MT UMNO, hargai keikhlasan PM

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

SUNGAI PETANI 4 Dis. - Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan keputusannya menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria di sini, malam tadi.

Ustaz Kazim berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai pendakwah bebas dan tidak berhajat meneruskan perjuangannya melalui platform politik.

"Ramai hari ini tunggu kenyataan saya berkenaan MT. Saya tak pernah minta jawatan ini, tapi tak apalah, malam ini juga saya nak umum. Saya memilih untuk tidak terima jawatan yang ditawarkan kepada saya sebagai Ahli MT UMNO," katanya.

Tambah Ustaz Kazim, adalah lebih sesuai bagi beliau bergerak secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Saya sebelum ini ada berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendengar penjelasan panjang lebar berhubung keperluan melantik saya jadi Ahli MT. Namun, saya mempunyai alasan tersendiri untuk bergerak secara bebas.

"Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya ini adalah seperti harta awam, jadi tak elok saya dimiliki satu parti sahaja," katanya.

Sementara itu di IPOH, Kazim ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi hari ini memberitahu bahawa keputusan itu bukan dipengaruhi atau desakan pihak tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata, keputusan itu diambil kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik, selain lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.

''Walaupun saya menjadi ahli Pas, saya tidak pernah memegang apa-apa jawatan. Apabila ditawarkan untuk memegang jawatan sangat tinggi dalam UMNO, saya takut tidak boleh buat kerja kerana tiada pengalaman langsung dalam bidang ini,'' katanya.

Mohammad Kazim berkata, walaupun berat hati mengambil keputusan tersebut, namun perlu juga dilakukan selepas melihat komitmen besarnya terhadap sekolah dan pelajar di Al-Barakah.

''Keputusan ini muktamad walaupun merasa berat kerana penjelasan yang diberi Perdana Menteri tempoh hari sangat menarik hati.

''Oleh sebab itu, saya beritahu kepada Perdana Menteri untuk mencari ilmuan agama yang boleh menyambung niat murni beliau dan saya nampak keikhlasan serta sikapnya yang sangat terbuka,'' ujarnya.

Soi Lek tidak pertahan jawatan

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti 21 Disember ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai menerima tanggungjawab atas kekalahan teruk MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selain memberi laluan kepada generasi baharu untuk menerajui parti.

"Sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-13, saya pernah menyatakan perkara yang sama... sekarang sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan bertanding jawatan presiden.

"Namun, saya masih merupakan anggota parti seumur hidup dan akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pemimpin baharu yang dipilih kemudian jika diperlukan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan para penyokongnya di Wisma MCA, di sini hari ini.

Dr. Chua mengakui mengalami desakan terutamanya menjelang pemilihan parti apabila ada dalam kalangan anggota yang mahu beliau bertanding lagi bagi jawatan tertinggi itu.

"Ramai penyokong saya mencadangkan supaya bertanding jawatan presiden kerana mereka melihat saya lebih 'winnable' daripada tiga calon lain.

"Namun saya perlu mematuhi janji bahawa kekalahan teruk parti memerlukan saya untuk tidak lagi campur tangan dalam kepimpinan parti pada masa depan," katanya.

Beliau meminta anggota MCA supaya menilai calon yang akan bertanding dalam pelbagai jawatan tinggi pada pemilihan parti kali ini berdasarkan potensi mereka dan bukan berdasarkan puak yang diwakili mereka.

"Tidak dapat dinafikan wujudnya budaya puak dalam hampir kesemua parti politik, namun jika mahu memilih pemimpin yang sesuai perlu melihat dari segi pengalaman, potensi serta keupayaan mereka dalam memimpin parti," katanya.

Ditanya mengenai hasrat anaknya yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bertanding dalam pemilihan kali ini, Chua berkata: "Biarlah dia membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertanding jawatan mana.

"Beliau (Tee Yong) ada meminta pandangan saya mengenai perkara ini dan saya mencadangkan supaya mengumpul (mendapatkan) cadangan daripada anggota-anggota parti terlebih dahulu sebelum mengumumkannya," katanya.

Sehingga kini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden Gan Ping Sieu dan bekas presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan hasrat mereka merebut jawatan tertinggi parti itu.

Naib Presiden, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Pemilihan kepimpinan tertinggi MCA ditetapkan pada 21 Disember dengan pencalonan diadakan pada 16 Disember manakala pemilihan sayap Pemuda dan Wanita masing-masing pada 19 dan 20 Disember. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat