Utusan Online - Rekreasi
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Rekreasi |
Posted: 30 Nov 2013 04:39 AM PST PENGLIBATAN dalam sukan lasak pastinya memerlukan pengorbanan dari pelbagai segi termasuklah dari masa, tenaga dan wang ringgit. Tidak terkecuali dengan sukan pacuan empat roda atau 4x4 yang kian menjadi kegilaan golongan yang gemarkan cabaran dan aktiviti rekreasi lain daripada lain. Minat dalam sukan 4x4 bukan sahaja menjurus kepada mengubahsuai kenderaan dan menguji kehebatan jentera bergelumang dalam lumpur, malah dari sudut rekreasi, ia menjadi medan untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga di hujung minggu. Tidak dinafikan aktiviti seumpama ini mampu menyatukan peminat sukan 4x4 dari pelbagai latar belakang. Justeru itu, menyedari hakikat ini Tourism Malaysia Terengganu terpanggil untuk menjadikan landasan sukan 4x4 dalam mempromosikan lokasi-lokasi eko-pelancongan menarik di negeri Terengganu khususnya di daerah Dungun bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Acara bermula pada pukul 8.00 malam di mana penulis bersama-sama rakan media, artis dan peminat sukan 4x4 berkumpul di Taman Melawati, Kuala Lumpur untuk sesi pandaftaran dan taklimat keselamatan. Sejurus selesai, konvoi bermula dengan lebih 30 jentera 4x4 pelbagai jenama menyusuri Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Dungun. Rancangan untuk tidur tergendala dek perbualan pilot-pilot yang berkongsi cerita dan bersembang melalui komunikasi radio VHF yang melengkapi kenderaan masing-masing. Terlelap mungkin dua hingga tiga jam sahaja, menjelang subuh konvoi tiba di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah. Daripada 30 buah kenderaan pada awalnya, jumlah jentera 4x4 semakin membanjiri kawasan parkir sehingga melebihi 100 buah. Rata-rata datang dari negeri-negeri pantai timur mewakili kelab masing-masing yang mana majoriti adalah ahli-ahli Ranggok diikuti kelab baru GT, Lang 4x4, Padat 4x4 dan Cukai Adventure Team (CAT). Pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Mohd Nasir Kushairi. Beliau diiringi pegawai khas ADUN Bukit Besi, Mohd Aluwi Ismail dan Penolong Pengurus Penguasa Tempatan, Ketengah, Zulkaimi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rekreasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |