Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- Melaka peruntuk RM600,000
- MPAG rampas ternakan jika dilepas tanpa kawalan
- Dua lori bantuan banjir ke Kuantan
Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM Pelajar bersama ibu bapa mereka menunggu giliran untuk memilih kasut sekolah selepas perasmian majlis penyampaian bantuan sekolah rendah peringkat DUN di Dewan Penjara Sungai Udang, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini. ALOR GAJAH 9 Dis. - Kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) memperuntukkan RM600,000 bagi memberikan bantuan kelengkapan sekolah secara berperingkat kepada kira-kira 4,000 pelajar terpilih di seluruh negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, setiap pelajar terbabit akan menerima kelengkapan sekolah berupa dua pasang uniform sekolah, beg, alat tulis dan kasut bernilai RM150. Katanya, pemberian bantuan itu adalah bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar berkenaan selain membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat terutamanya daripada keluarga yang kurang kemampuan. "Pemberian bantuan persekolahan ini diberikan setiap tahun kepada pelajar terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan dan sejak tahun 2000, seramai 54,689 orang telah menerima bantuan ini dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM7 juta. "Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dan bantuan ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan bagi memastikan setiap pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran walaupun daripada keluarga yang miskin," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Sazali Muhd. Din ketika merasmikan majlis penyampaian bantuan sekolah rendah peringkat DUN di Dewan Penjara Sungai Udang di sini baru-baru ini. Yang hadir sama, Pengurus Besar Tapem, Isnin Aman; ADUN Tanjung Bidara, Md. Rawi Mahmud dan ADUN Klebang, Lim Ban Hong. Pada majlis itu, seramai 432 pelajar daripada 31 buah sekolah dalam DUN Sungai Udang, Pantai Kundor, Klebang dan Paya Rumput menerima bantuan berkenaan. Idris dalam ucapannya berkata, dalam tempoh 12 tahun ini, kerajaan negeri turut memberikan bantuan lain seperti biasiswa sekolah menengah, pinjaman pengajian tinggi dan bantuan kewangan RM300 kepada pelajar yang mengikuti program diploma dan RM400 untuk ijazah. Menurutnya, daripada tahun 2000 hingga tahun lalu, seramai 11,232 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini menerima bantuan pinjaman pengajian tinggi dari Tapem dengan kos keseluruhan RM149.6 juta. |
MPAG rampas ternakan jika dilepas tanpa kawalan Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST ALOR GAJAH 9 Dis. - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengingatkan penternak di daerah ini supaya tidak melepaskan haiwan ternakan tanpa kawalan bagi mengelakkannya daripada dirampas penguat kuasa MPAG sebelum melelongnya jika tidak dituntut. Yang Dipertuanya, Datuk Abu Bakar Abdul berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana banyak aduan yang diterima MPAG mengenai pencerobohan haiwan ternakan di tempat-tempat awam sehingga mengganggu urusan orang ramai dan menjejaskan kebersihan kawasan berkenaan. Menurutnya, pemilik haiwan ternakan itu boleh dikenakan kompaun RM250 bagi setiap ekor yang ditangkap berkeliaran dan denda RM15 sehari untuk penjagaan. Namun katanya, sekiranya haiwan ternakan di bawah jagaan MPAG itu tidak dituntut dalam tempoh lima hari, haiwan berkenaan akan dilelong dengan harga pasaran semasa. MPAG mempunyai kuasa untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran ini di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-undang Kecil Perlesenan Haiwan Ternakan dan kita mohon supaya penternak tidak melepaskan haiwan ternakan mereka tanpa kawalan. Masalah ini mempunyai implikasi yang besar kerana selain menjejaskan urusan orang ramai dan kebersihan, pencerobohan haiwan ini ke kawasan tertentu mempunyai risiko menyebarkan penyakit," katanya ketika ditemui di pejabat MPAG, di sini semalam. Abu Bakar berkata, baru-baru ini MPAG telah menangkap empat ekor kambing yang menceroboh masuk ke kawasan Pusat Kesihatan Gadek di sini sehingga mengganggu urusan di pusat berkenaan. |
Dua lori bantuan banjir ke Kuantan Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST JELEBU 9 Dis. - Dua buah lori membawa muatan barang-barang keperluan telah berlepas ke Kuantan untuk membantu mangsa banjir di Pahang, semalam. Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Mohamed Roduan Ujang berkata, inisiatif itu diambil oleh Kelab Pejabat Tanah Daerah serta Pejabat Daerah di seluruh daerah di negeri ini bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu. Hari ini kita menghantar bantuan ke Kuantan bagi fasa pertama dan fasa kedua kemungkinan pada minggu berikutnya. Bantuan yang disalurkan adalah makanan, minuman, pakaian, alat-alat mencuci serta keperluan lain. Para petugas dari pelbagai daerah yang terlibat telah berkumpul di Simpang Durian dan berlepas ke Pahang dengan bantuan polis," katanya ketika ditemui selepas Program Olek Adat Jelebu di Muzium Adat di sini, semalam. Beliau memberitahu, di daerah ini tiada masalah banjir kerana pembinaan Empangan Triang telah membantu mengawal jumlah air yang datang secara banyak sekali gus dapat mengelakkan banjir. Dalam satu mesyuarat baru-baru ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan pada tahun ini kemungkinan tidak akan berlaku banjir di sini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |