Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- 4 taman didakwa diserang denggi
- Melaka prihatin keseimbangan psikologi
- Kemas kini borang BR1M secara atas talian
4 taman didakwa diserang denggi Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN Phoon Kow Chai (kanan) melihat keadaan longkang Kampung Pa Kah Choon bersama seorang penduduk ketika melawat kampung tersebut di Jempol, kelmarin. JEMPOL 26 Dis. - Seorang Ahli Majlis Daerah Jempol (MDJL) mendakwa seramai 60 orang dari empat kawasan perumahan di pekan Bahau telah menerima rawatan akibat demam denggi dalam tempoh dua bulan ini. Phoon Kow Chai yang juga Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jempol berkata, pihaknya menerima statistik berkenaan daripada penduduk terlibat dan jumlah itu dibimbangi meningkat sejak kebelakangan ini. "Pada awalnya, beberapa penduduk di kawasan Taman Pelating dekat pekan Bahau dimasukkan ke Hospital Jempol akibat demam denggi. "Kemudian beberapa hari selepas itu, penduduk bersebelahan taman itu iaitu Taman T Juara, Taman Melati serta Kampung Pa Kah Choon pula dimasukkan ke hospital akibat jangkitan demam yang sama," katanya di sini semalam. Tambah Kow Chai, apa yang mengejutkan ialah dari Kampung Pa Kah Choon sahaja seramai 20 orang penduduk telah dimasukkan ke hospital secara berperingkat. "Kita difahamkan kesemua mereka dari kampung ini dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan antara tiga hingga enam hari dalam wad," tegasnya. Beliau juga percaya jangkitan demam denggi itu berlaku disebabkan persekitaran di kawasan perumahan yang dipercayai menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. "Apa yang perlu dilakukan oleh penduduk terlibat ialah segera mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dan ia tidak boleh dipandang remeh, yang mana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa," jelasnya lagi. Dalam pada itu Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, dakwaan Kow Chai itu akan disiasat secara terperinci termasuklah meneliti kesemua kes denggi yang dilaporkannya. "Nasihat saya kepada mereka, segeralah mendapatkan rawatan jika demam di mana-mana klinik mahupun hospital supaya pencegahan dan rawatan dapat dibuat segera. "Menjadi harapan saya agar semua pihak dapat membersihkan kawasan perumahan dan jangan biarkan nyamuk aedes ini membiak. "Pemeriksaan akan dilakukan oleh pegawai dari jabatan ini dan jika didapati ada tanda pembiakan, tindakan boleh diambil ke atas mana-mana individu dan paling kita bimbang ialah kesihatan mereka yang mendiami perumahan itu boleh juga terjejas akibat nyamuk ini," katanya. |
Melaka prihatin keseimbangan psikologi Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST MELAKA 26 Dis. - Kerajaan negeri sentiasa memberikan penekanan terhadap aspek keseimbangan psikologi di kalangan penjawat awam negeri ini dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan berada di tahap yang terbaik. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, setiap penjawat awam harus memiliki kesihatan psikologi yang baik kerana golongan itu sering berhadapan dengan kerenah rakyat yang pelbagai. Menurutnya, dengan penekanan terhadap aspek psikologi juga selain dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan, hubungan di antara rakan sejawat dan majikan juga dapat diperkukuhkan. "Kerajaan negeri tidak melepaskan peluang untuk memastikan kesejahteraan psikologi di kalangan penjawat awam dan sentiasa berusaha merancang pembangunan perkhidmatan psikologi ke arah melahirkan pekerja yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik. "Pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi mencapai visi melahirkan penjawat awam yang dinamik, progresif dan berdaya saing melalui kecerdasan mental, emosi dan fizikal," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar ketika merasmikan Simposium Kebangsaan Psikologi Insan anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini baru-baru ini. Yang turut hadir, Naib Canselor Kuim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim dan penceramah dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Idris berkata, usaha pembangunan perkhidmatan psikologi di kalangan penjawat awam negeri telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu melalui Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Jabatan Ketua Menteri 2011-2020. Menurutnya, pelan di bawah kendalian Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia itu telah merangka dan melaksanakan pelbagai program antaranya kaunseling dan kursus berkaitan. "Kerajaan negeri memerlukan modal insan berketrampilan, berpengetahuan serta berkemahiran lengkap dengan keperibadian mulia selain memiliki minda kelas pertama dalam melaksanakan tugas dan menghadapi cabaran pada setiap masa," katanya. |
Kemas kini borang BR1M secara atas talian Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST JEMPOL 26 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian ini berhasrat untuk turun padang bagi mendekati masyarakat Orang Asli dan pekerja ladang untuk membantu mereka mengisi dan mengemas kini borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerusi atas talian Ketuanya, Norfasliza Mohd. Salleh (gambar) berkata, pihaknya yakin kaedah mengisi dan mengemas kini BR1M menerusi sistem secara online adalah lebih mudah berbanding kaedah konvensional pengisian borang. "Hanya dalam tempoh beberapa saat borang permohonan tersebut dapat dihantar malah mereka tidak perlu beratur dan mengguna cara kaedah untuk menghantar borang. "Namun tidak semua pihak mahir menggunakan sistem dalam talian. Oleh yang demikian Puteri UMNO Bahagian Jempol bercadang mendekati Orang Asli dan pekerja ladang bagi membantu mereka dalam urusan BR1M," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurutnya lagi, bagi melicinkan proses, Puteri UMNO akan membuka kaunter pendaftaran dan kemaskini BR1M di Pejabat UMNO Bahagian berdekatan dengan bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bahau. Katanya, kaunter itu akan dibuka pada 1 Januari ini iaitu pada hari Rabu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang itu terbuka kepada semua penduduk di Jempol yang layak memohon BR1M. "Saya berharap agar penduduk dapat menggunakan peluang ini dengan baik. Jangan risau segala urusan kita jalankan dengan percuma," katanya lagi. Dalam perkembangan lain Norfasliza turut memberitahu, pihaknya telah membuat satu laporan polis dan membantah penganjuran perhimpunan yang didalangi pembangkang bagi menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. Sambil menyifatkan tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab beliau menjelaskan perhimpunan itu lebih mendatangkan kemudaratan dan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan mengancam keselamatan orang ramai. "Rakyat perlu sedar kerajaan yang sedia ada adalah pilihan majoriti dan dipilih menerusi sistem demokrasi berparlimen," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |