{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


64 nelayan terima sagu hati

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

HASAN Rahman menyampaikan cek saguhati kepada nelayan di Auditorium Seri Negeri, Melaka, semalam.

MELAKA 27 Dis. - Sebanyak 64 nelayan Pantai Siring yang terjejas mata pencarian ekoran projek penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar menerima sagu hati daripada kerajaan negeri berjumlah RM82,600.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, nelayan terlibat menerima RM1,400 seorang manakala 10 awak-awak menerima RM700 setiap seorang.

Menurutnya, pemberian sagu hati itu adalah bagi meringankan beban kewangan golongan nelayan terlibat yang terjejas mata pencarian mereka akibat daripada projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menghantar bekalan elektrik ke Pulau Besar.

"Projek ini tidak boleh dielakkan kerana telah termaktub dalam dasar kerajaan negeri yang apabila siap kelak akan memberikan manfaat dalam sektor ekonomi kepada penduduk setempat dan nelayan serta kerajaan negeri dalam aspek pelancongan.

"Namun, kerajaan negeri tidak meminggirkan golongan nelayan yang terjejas mata pencarian mereka dan sentiasa berusaha mencari jalan mengurangkan beban golongan ini dan salah satunya adalah melalui pemberian sagu hati ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek sagu hati kepada nelayan terlibat di Auditorium Seri Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar TNB negeri, Badrul Sham Saad.

Hasan berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau kebajikan nelayan di negeri ini melalui persatuan nelayan dan juga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan segera.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Pantai Siring, Mohd. Piah Hashim berkata, beliau mewakili nelayan terlibat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana tidak meminggirkan golongan nelayan yang terlibat.

Menurutnya, dalam kerancakan kerajaan negeri mengejar pembangunan, golongan nelayan yang bergantung mata pencarian melalui hasil laut tidak dilupakan dan sagu hati yang diberikan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban golongan terbabit.

"Pertamanya saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin terhadap nasib nelayan ini dan sagu hati yang diberikan kepada kami ini sekurang-kurangnya dapat ringankan beban yang ditanggung," katanya.

345 pelajar saudara Muslim terima bantuan sekolah

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

MELAKA 27 Dis. - Sebanyak 345 orang pelajar saudara Muslim di negeri ini bakal menerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi memulakan sesi tahun 2014 pada minggu depan.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin berkata, bantuan itu diberikan kepada anak-anak saudara Muslim yang didaftarkan di bawah majlis itu bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa mereka.

Menurutnya, sejumlah RM62,249 akan diperuntukkan kepada mereka dalam bentuk barangan antaranya pakaian seragam sekolah lengkap serta sepasang kasut dan beg.

Bagi pelajar sekolah menengah, pihak MAIM menyediakan dua pasang pakaian sama ada lelaki dan perempuan manakala tiga pasang pakaian bagi penerima sekolah rendah.

"Bantuan ini juga diharap dapat menaikkan semangat pelajar dalam kalangan anak-anak saudara Muslim ini untuk terus tekun dan fokus dalam pendidikan sekali gus mencapai keputusan akademik yang cemerlang dan dapat mengubah nasib keluarga mereka terutamanya yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah Untuk Anak-Anak Saudara Muslim di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini semalam.

Yang turut hadir Setiausaha MAIM, Mohd. Yusof Abu Bakar.

Dalam pada itu, Yaakub turut menggesa ibu bapa supaya menerapkan penghayatan dan pendidikan agama dalam diri anak-anak mereka seiring kecemerlangan dalam bidang akademik.

"Kita mahu mereka ini membesar dengan didikan agama yang mampu membentuk akhlak yang baik di samping nilai-nilai murni yang menjadikan mereka generasi yang berilmu dan mempunyai jati diri yang kukuh," katanya.

Pekida tidak perlu daftar dengan YAS

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Jamaludin Yusof

TELOK KEMANG 27 Dis. - Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjelaskan pertubuhan berkenaan tidak perlu berdaftar di bawah Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS).

Presidennya, Jamaludin Yusof menegaskan, Pekida mempunyai kriteria dalam pemilihan ayahanda selain Perlembagaan sendiri.

"Kita sedar, walaupun niat baik YAS ingin membersihkan nama Ayahanda serta membuang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat, namun, kami berpendapat adalah tidak sesuai untuk berdaftar dengan yayasan berkenaan.

"Dari segi undang-undang pula Pekida adalah pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apatah lagi kami sendiri mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih kepemimpinan kami menerusi Perlembagaan sedia ada dan tidak molek jika kami mengenepikannya," katanya.

Jamaludin berkata demikian selepas program Pekida bersama Celcom di Dewan Taman Intan, Port Dickson dekat sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Hussain Al-Shahab yang meminta kerajaan hanya mengiktiraf Ayahanda di bawah naungan YAS dengan serta-merta.

Usaha itu bertujuan membersihkan nama baik Ayahanda serta membuang persepsi negatif masyarakat selain mengekang kewujudan ayahanda palsu yang terlibat dengan aktiviti jenayah seperti gangsterisme dan kongsi gelap.

Jamaludin turut memberitahu, sekiranya Ayahanda Pekida didapati berdaftar dengan YAS, mereka mungkin akan berdepan dengan tindakan selain keahlian terbatal secara automatik.

Jelasnya, tindakan tersebut terpaksa diambil kerana melanggar Perlembagaan persatuan itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat