{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Malaysia peroleh pingat pertama di Myanmar

Posted: 03 Dec 2013 11:07 PM PST

NAY PYI TAW 4 Dis. - Malaysia memperoleh pingat pertama dalam Sukan SEA Myanmar Ke-27 selepas memungut pingat gangsa bersama Laos dalam acara chinlone lelaki, tahap tiga di sini hari ini.

Sementara itu, perebutan pingat emas pertama Sukan SEA kali ke-27 bakal ditentukan antara Myanmar dengan Thailand yang bakal bertarung pada pertembungan akhir petang ini. - UTUSAN

Siap sedia keadaan buruk

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

Ong Kim Swee (dua dari kiri) dan Norihiro Satsukawa (dua dari kanan) pada sidang akhbar perlawanan persahabatan di antara Harimau Muda menentang FC Ryukyu di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Turut kelihatan, Irfan Fazail (kiri) dan kapten FC Ryukyu, Kazuya Kawabata. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

PETALING JAYA - Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee khuatir keadaan di Nay Pyi Taw, Myanmar bakal lebih buruk daripada di Jakarta 2011 sekiranya anak-anak buahnya berdepan tuan rumah dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA XXVII, bulan ini.

"Di Jakarta, kita berdepan ribuan penyokong fanatik Indonesia sampai kena naik Barracuda (kereta perisai) ke stadium, malah sehingga sukar keluar dari situ selepas perlawanan akhir.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pula keadaannya dengan penyokong fanatik Myanmar. Keadaan itu (lebih buruk) mungkin berlaku," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, menjelang persahabatan menentang Ryukyu FC, hari ini.

Anak-anak buah Kim Swee berkemungkinan untuk berdepan tuan rumah pada peringkat kalah mati (separuh akhir atau perlawanan akhir) Sukan SEA sekiranya berjaya melepasi Kumpulan A, yang turut dianggotaiVietnam, Singapura, Brunei dan Laos.

Selain itu, beliau menganggap jadual padat yang diatur penganjur apabila terpaksa bermain selama enam hari bagi perlawanan peringkat kumpulan bakal menguji ketahanan anak buahnya.

Namun Harimau Muda A katanya, terpaksa melupakan khidmat Nik Shahrul Azim Ab. Halim, Junior Eldstal, Fandi Othman, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor daripada Sukan SEA kerana kecederaan.

"Menentang Ryukyu ini saya akan jadikannya untuk memilih 20 yang terbaik ke Sukan SEA daripada 26 pemain yang dimiliki sekarang. Kami akan mencuba beberapa gandingan dan menentukan mereka yang boleh bermain dua posisi.

"Ada lima pemain boleh berbuat begitu, satu petanda baik. Saya tidak boleh terlalu bimbangkan kemungkinan ada lagi tercedera selepas ini.

"Kami perlukan perlawanan seperti menentang Ryukyu ini bagi pemain mendapatkan kecergasan dalam permainan.

"Kecederaan berlaku di mana-mana. Saya tidak boleh mengelaknya. Jika boleh kami berhati-hati dan berharap pemain mengelak terjahan yang tidak perlu (menentang Ryukyu di Stadium Petaling Jaya, malam ini," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Irfan Fazail yakin ramai pemain yang ada sekarang, mampu menampung kekosongan dalam pasukan akibat kecederaan lima tonggak Harimau Muda A.

"Kekuatan kami bukan bergantung pada seorang dua pemain kerana yang penting bermain sebagai sebuah pasukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih Ryukyu, Norihiro Satsukawa berkata, beliau akan memberitahu pihak pengurusan kelab jika berjaya mengesan pemain Malaysia yang bagus dalam perlawanan hari ini.

Ketika ini, kelab itu mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang direkrut awal tahun ini.

"Agak malang Wan Zack hanya dapat bermain dua perlawanan sebelum cedera sementara Nazirul Naim perlu diberi lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri corak permainan kami," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat