Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Sukan SEA Myanmar: Khairul Anuar sumbang emas pertama Posted: 15 Dec 2013 09:48 PM PST NAY PYI TAW 16 Dis. - Khairul Anuar Mohamad memberikan pingat emas pertama negara dalam sukan memanah di Sukan SEA Myanmar 2013 menerusi acara recurve individu lelaki hari ini. Pemanah negara itu menundukkan rakan senegara, Atiq Bazil 7-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di sini. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST NAY PYI TAW - Lebih separuh daripada sasaran 40 pingat emas telah menemui kejayaan apabila enam lagi emas mewarnai kem negara dengan keseluruhan kini mencapai angka 24. Olahraga mencuri tumpuan dengan menghadirkan keceriaan menerusi atlet lontar cakera, Mohd. Irfan Shamsuddin yang meraih emas di Stadium Utama Wunna Theikdi, semalam. Walaupun berusia 18 tahun, Irfan membuktikan bakatnya bukan kepalang apabila mencatat rekod baharu kebangsaan, 53.16 meter, memecahkan rekodnya sendiri iaitu 49.90 meter. Olahraga masih berpeluang meneruskan kecemerlangan hari ini dengan prospek akan tertumpu kepada Mohd. Jironi Riduan dalam acara 800 meter lelaki dan lempar cakera wanita menerusi Lee Casier Renee dan Nur Fariza Jalaluddin. Emas kedua hadir menerusi acara pencak silat, Mohd. Al Jufferi Jamari yang muncul juara dalam acara Putra Kelas E, dengan mengalahkan peserta Vietnam, Thang Dang Toan secara technical knockout (TKO). Ia menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi sukan pencak silat, dua pingat emas, melebihi satu daripada sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Karate yang cemerlang membutirkan empat pingat emas pada hari kedua kejohanan, menutup tirai cabaran mereka dengan meraih emas ketujuh menerusi berpasukan kumite wanita sementara berpasukan kumite lelaki sekadar meraih perak. Kemudian, snuker walaupun ketiadaan Sam Chong, masih mampu menghadiahkan emas pertama buat Malaysia melalui Rory Thor dalam acara 6 Red individu mengalahkan Sithideth dari Laos apabila bangkit daripada ketinggalan 1-4 untuk menang 5-4. Sukan bina badan tidak kurang cemerlangnya apabila kehampaan Sazali Samad, Sabtu lalu ditebus Wong Ngai Hoeng yang muncul pemenang pingat emas dalam acara 90 kilogram di Pusat Konvensyen Myanmar, Yangon. Christina Loh sewajarnya boleh diangkat sebagai ratu renang baru negara apabila menyambar pingat emas keduanya dalam acara 200 meter kuak dada dan turut memperbaiki rekod peribadinya. Sebelum ini, dia memenangi emas menerusi 100 meter kuak dada. Sandaran utama renang hari ini pada bahu Daniel Bego dan Lim Ching Hwang dalam acara 200 meter gaya bebas selain Khoo Cai Lin dalam 200 meter rampaian wanita untuk meneruskan kocakan emas di Pusat Akuatik Wunna Theikdi. Hari ini, satu emas sudah pasti berada dalam genggaman negara apabila dua atlet negara, Khairul Anuar Moahamd dan Atiq Basil Bakri akan bertembung sesama sendiri pada perlawanan akhir acara individu recurve lelaki. Selain itu, skuad berbasikal yang hampa pada hari semalam akan meneruskan cabaran dalam acara 100 kilometer ujian masa dengan Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Muhd. Fauzan Ahmad Lutfi, Muhd. Rauf Nur Misbah dan Muhd. Saufi Mat Senan akan membawa cabaran. Green Gavin Kyle yang muncul pendahulu hari pertama acara golf lelaki, akan meneruskan cabaran pada hari kedua bagi memastikan pemburuan pingat emas terus bernyala. Satu lagi prospek emas buat kontinjen negara adalah sukan pelayaran yang akan bermula hari ini di Pantai Ngwe Saung. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |