Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Josiah patah tulang rusuk, selangka Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK KEADAAN Josiah Ng ketika dirawat di Hospital CMQ MAC berhampiran Aguascalientes, Mexico semalam. KUALA LUMPUR - Sukan berbasikal negara sekali lagi digemparkan dengan berita kemalangan ngeri, kali ini melibatkan jaguh kebangsaan, Josiah Ng yang sedang bertanding pada kejohanan Basikal Trek Piala Dunia di Aguascalientes, Mexico, semalam. Kemalangan itu menyebabkan tulang selangka pelumba tersebut yang patah tertusuk ke paru-paru. Dia juga mengalami patah tulang rusuk hingga terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital CMQ MAC berhampiran Aguascalientes. Kejadian itu berlaku sewaktu saringan kedua dalam pusingan pertama apabila Josiah sedang memecut laju menghampiri pelumba Argentina dan secara tiba-tiba pelumba New Zealand menghimpitnya menyebabkannya dia terjatuh sebelum dilanggar pelumba Itali dari belakang. Kemalangan tersebut menyebabkan Josiah tidak sedarkan diri di tempat kejadian akibat hentakan kuat di kepala dan dia juga tertelan giginya yang patah. Isteri Josiah, Kim Ong bagaimanapun berkata, dia difahamkan suaminya berada dalam keadaan stabil. Namun, dia masih menunggu perkembangan lanjut daripada pegawai perubatan Mexico sebelum memutuskan untuk berlepas ke sana bagi melihat sendiri keadaan Josiah. "Saya ada menghubunginya. Suaranya agak lemah tetapi dia dalam keadaan stabil. "Saya sedang berkira-kira untuk ke sana, namun memandangkan penerbangan mengambil masa 38 jam, saya risau tidak sempat melihatnya sebaik tiba di sana nanti. "Jadi, saya masih menunggu maklum balas daripada Gillian (pegawai perubatan), sama ada wajar atau tidak untuk saya datang ke Mexico. "Josiah akan berada di sana selama seminggu dan buat masa ini, jurulatihnya, John Beasly akan menemani sehingga dia pulih," katanya ketika dihubungi di Australia, semalam. Tambah Kim, suaminya pernah patah tulang selangka pada 2007 semasa berlumba di Sepanyol dan mendapatkan rawatan daripada doktor di Amerika Syarikat, Howard Marans. "Beliau merupakan doktor yang pernah bedah Josiah selepas dia kemalangan di Sepanyol enam tahun lalu. Waktu itu, doktor yang merawatnya di Sepanyol kurang memuaskan. "Jadi, Josiah mungkin akan mendapatkan rawatan daripada Dr. Howard sekali lagi kerana dia pakar dalam bidang ini. Hampir 100 pembedahan pernah dilakukan, lagipun dia juga seorang pelumba basikal trek," ujarnya. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Mexico berkenaan perkara tersebut. "Kita sudah minta kedutaan Malaysia di Mexico City untuk membantu apa sahaja, supaya dapat memberi kemudahan dan perubatan terbaik untuknya," ujarnya ketika ditemui pada Proton Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) Cabaran Golf 2013 di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam semalam. |
Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemainnya selepas tamat latihan di Stadium Nay Pyi Taw Football Club semalam, menjelang pertemuan dengan Brunei esok. NAY PYI TAW - Turun dalam perlawanan sulung menentang Brunei bukan satu jaminan yang semua pemain perlu bersikap lewa seolah-olah merasakan tiga mata sudah berada di dalam genggaman. Itu amanat penting jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee, kepada semua pemain menjelang aksi pertama bola sepak Kumpulan B, petang esok di Stadium Zayyar Thiri. Jelasnya, apa yang berlaku pada Kejohanan BIDC di Kemboja, bulan lalu menjadi pengajaran paling penting bahawa mereka perlu menghormati setiap lawan yang ditemui tanpa mengambil kira sejauh mana kekuatan mereka. ''Soal jumlah jaringan ketika menentang Brunei tidak pernah berada dalam fikiran saya kerana apa yang mustahak adalah kita mesti mendapatkan kemenangan. ''Memang benar kalau boleh saya mahu menyaksikan anak-anak buah saya menjaringkan seberapa banyak gol tetapi itu tidak bermakna kita pandang rendah kepada keupayaan lawan. ''Jika kita terlalu cepat selesa dan berasa terlalu yakin boleh menang, kita pasti akan tercari-cari mendapatkan jaringan seperti mana kita pernah lalui semasa Kejohanan BIDC. ''Semua pasukan perlu dihormati namun itu tidak bermakna kita perlu takut kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pertama Malaysia di Stadium Nay Pyi Taw FC, semalam. Kim Swee juga melihat jadual perlawanan yang meletakkan pasukan Malaysia berehat terlebih dahulu memberikan sedikit kelebihan baginya memantau kekuatan pasukan lain yang akan turun lebih awal. ''Hari ini (semalam), saya akan turun ke stadium menonton perlawanan membabitkan lawan-lawan kita supaya saya boleh merangka strategi bersesuaian apabila bertemu mereka. ''Walaupun begitu, apabila berehat lebih awal, kita mesti tahu cara pemulihan kecergasan yang betul kerana kita akan bermain dalam waktu yang cukup rapat antara tiap perlawanan, " katanya. Selepas menentang Brunei, pasukan negara akan turun bertemu Laos (13 Disember), Singapura (15 Disember) dan menutup tirai Kumpulan B berdepan Vietnam (17 Disember). Skuad kendalian Kim Swee kali ini membawa tujuh pemain daripada pasukan Sukan SEA 2011 dan dia tidak melihat perkara itu boleh membantu aksi anak-anak buahnya secara keseluruhan. ''Memang saya masih ada tujuh pemain daripada skuad Sukan SEA yang lalu namun kebanyakan mereka beraksi selaku pemain simpanan. ''Hanya Mohd. Fadhli Shas sahaja yang bermain selaku pemain utama pada Sukan SEA lalu tetapi itu tidak menjadi kriteria utama saya untuk diturunkan dalam perlawanan sulung, " katanya. Selain Fadhli, enam lagi pemain tersebut adalah Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Izham Tarmizi, Muhd. Nazmi Faiz Mansor, Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan dan A. Thamil Arasu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |