{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Yusof Noor Pro Canselor UniSZA

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

Oleh Siti Airunnisa Alaui
utusanterengganu@utusan.com.my

Mohamad Yusof Mohamed Nor (tengah) beramah mesra dengan graduan cemerlang semasa Istiadat Perisytiharan Pelantikan Pro-Canselor dan Konvokesyen Ke-5 Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Terengganu semalam. Turut kelihatan Alimuddin Mohd. Dom dan Dr. Yahaya Ibrahim (belakang). - MINGGUAN/ Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU 30 Nov. - Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Yusof Noor dilantik secara rasmi sebagai Pro-Canselor UniSZA yang pertama sempena Istiadat Konvokesyen UniSZA Kali Kelima di Taman Tamadun Islam, dekat sini hari ini.

Pelantikan tersebut mendapat perkenan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UniSZA.

Yusof yang juga bekas Pengerusi Majlis Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) berkata, pelantikan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar baginya.

Menurutnya, penghargaan yang diberikan Tuanku Canselor itu amat dihargai dan beliau bersedia memberi komitmen sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti universiti berkenaan.

Tambah beliau, pelantikan itu juga ibarat sirih pulang ke gagang kerana sejarah penubuhan pusat pengajian tinggi tersebut bukan asing kepada beliau yang sebelum ini merupakan Pengerusi Kusza.

"UniSZA yang bermula dengan sebuah sekolah menengah dan kemudiannya menjadi sebuah kolej (Kusza) dan kini diiktiraf sebagai sebuah universiti merupakan satu rentetan sejarah yang amat unik.

"Dengan keunikan ini, saya berharap UniSZA dapat melakar lebih banyak kejayaan dan untuk itu, saya bersedia membantu pihak pengurusan universiti ini agar perancangan menjadikan UniSZA sebuah Universiti Islam ketiga di negara yang tersohor bukan sahaja di dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa tercapai," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis istiadat konvokesyen itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Sementara itu, dalam Majlis Makan Malam Sempena Istiadat Konvokesyen Kali Kelima UniSZA semalam, logo baharu UniSZA turut dilancar secara rasmi selepas logo itu diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut Yahaya, cadangan perubahan logo itu dibuat atas justifikasi untuk memperagakan kesinoniman dengan bentuk logo serta warna negeri Terengganu iaitu mengambil lambang Diraja dengan Daulah Kesultanan Zainal Abidin, simbol ketamadunan Islam dan lambang al-Quran sebagai kitab suci yang mengandungi ilmu tuntutan dunia dan akhirat.

Katanya, keberanian pihak pengurusan memperbaharui logo Universiti Darul Iman Malaysia (nama terdahulu UniSZA) dilakukan dengan penuh tanggungjawab.

"Perubahan logo yang kita buat selari dengan hasrat untuk membina imej baharu universiti ini dan bukanlah terhenti sekadar pada logo sahaja, tetapi kita juga ingin melihat perubahan positif meliputi kualiti tenaga akademik, pelajar, prasarana serta pelbagai lagi.

"Slogan 'Mesra dan Efektif' yang diperkenalkan sebaik sahaja saya memimpin UniSZA pada 1 Januari lalu mampu menambah baik aspek dalaman melalui perubahan budaya kerja, cara berfikir dan bertindak," katanya.

Abdul Jalil dilantik Ketua Polis Daerah Bachok

Posted: 30 Nov 2013 10:03 AM PST

BACHOK 30 Nov. - Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Asisten Supritendan Abdul Jalil Abdul Kadir dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Bachok yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani yang bertukar tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Krai.

Majlis serah terima tugas antara Ab. Rahim dan Abdul Jalil disaksikan Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Asisten Komisioner Aziz Salleh di Dewan Kelab IPD Bachok di sini semalam.

Ab. Rahim yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Bachok, sejak 16 Ogos 2011, turut dinaikkan pangkat kepada Supritendan.

Sementara itu, Ab. Rahim berkata, kerjasama secara berterusan polis dan masyarakat berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah di daerah tersebut sehingga 12 peratus sepanjang tahun ini.

"Saya bangga dengan ketekunan anggota dan keakraban komuniti dengan warga polis sehingga aspek ketenteraman awam ini berjaya dilaksanakan," katanya.

Diesel lebih RM80,000 dirampas

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

Oleh HAMZAH SARA
utusanterengganu@utusan.com.my

KEMAMAN 29 Nov. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman berjaya merampas 5,200 liter minyak diesel bernilai lebih RM80,000 dalam operasi di sekitar bandar Chukai di sini pagi kelmarin.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Syamsul Badrin Mohshin berkata, rampasan itu dilakukan dalam operasi khas di kawasan Perindustrian Jakar sejurus pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan itu.

Menurut beliau, pihaknya menahan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan ketika sedang mengisi minyak diesel di beberapa buah stesen minyak di kawasan terbabit kira-kira pukul 4.30 pagi.

Katanya, selepas pemeriksaan pihaknya mendapati pemilik dua lori berkenaan telah mengubah suai tangki minyak kenderaan itu selain mengesan beberapa tangki tambahan lain yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 liter minyak diesel.

"Semua tangki yang terdapat di dalam lori berkenaan ditutup dengan kanvas bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa dan bahan api itu dipercayai untuk pasaran di Terengganu dan Pahang," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, perbuatan kedua-dua pemandu lori itu menyalahi Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memiliki minyak diesel bersubsidi dengan tujuan melakukan kesalahan lain.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM100,000 atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat pula boleh didenda RM250,000.

Menurut Syamsul Badrin, kedua-dua pemandu lori berkenaan, masing-masing lelaki Melayu dan lelaki Cina berumur 25 dan 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala dua lori yang sarat dengan muatan diesel turut disita.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat