Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Nelayan diingat jangan jual bantuan diberi Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST Oleh YATIMIN ABDULLAH Noor Zahidi Omar (kiri) menyampaikan bantuan kepada nelayan di bawah Program Azam Tani di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tumpat, Kelantan semalam. - MINGGUAN/YATIMIN ABDULLAH TUMPAT 14 Dis. - Nelayan yang menerima bantuan kerajaan diingatkan supaya tidak menyalahgunakan bantuan itu dengan menjualnya bagi mendapat keuntungan segera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, bantuan tersebut sepatutnya digunakan dengan betul kerana diberi untuk mengubah nasib mereka. "Semua penerima harus memanfaatkan bantuan yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan pendapatan dan mengubah nasib keluarga masing-masing. "Jadi, jangan ada antara penerima menjual peralatan yang diberi sebagai jalan mudah untuk mendapat keuntungan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan peralatan perikanan kepada 76 nelayan di bawah Program Azam Tani di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah LKIM negeri, Wan Mohd. Adnan Wan Ibrahim. Noor Zahidi memberitahu, sebelum ini pihaknya ada menerima maklumat yang mengatakan ada penerima bantuan menjual peralatan tersebut untuk meraih keuntungan segera. Menurut beliau, pihaknya telah memanggil penerima berkenaan dan mengarahkan mereka untuk memulangkan semula peralatan tersebut. "Walaupun kes ini terpencil, namun pihak kita tetap mengambil serius perkara tersebut. Saya harap bantuan ini tidak disalahgunakan kerana bertujuan membantu meningkatkan taraf ekonomi peserta. "Agihan tersebut membuktikan komitmen pihak kerajaan dalam membantu golongan nelayan di negeri ini," ujarnya. |
Polis, penduduk gotong-royong bersihkan masjid Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST BESUT 14 Dis. - Sebanyak 300 anggota polis di daerah ini menyertai gotong-royong bersama penduduk membersihkan Masjid Kampung Bukit Jeruk sempena program Bersatu Mencegah Jenayah dekat sini semalam. Program itu bertujuan memberi peluang kepada masyarakat dan anggota polis pelbagai peringkat mewujudkan kerjasama lebih erat bagi menangani jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd. Noor berkata, program yang bermula pukul 8 pagi turut disertai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh. Beliau berharap program yang diadakan itu dapat memupuk kerjasama antara anggota keselamatan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pemimpin masyarakat bagi menambah keberkesanan pihak polis ketika menjalankan gerakan membanteras jenayah. "Setiap bulan sebuah kampung dipilih untuk pelaksanaan program seperti ini yang diharapkan dapat menambah keyakinan masyarakat terhadap tugas polis untuk membanteras jenayah di kawasan mereka selain turut berharap mendapat kerjasama penduduk kampung. "Kita memilih kampung yang tertentu di mana berkemungkinan berlaku jenayah di kawasan itu dan kita yakin dengan kerjasama penduduk, kita dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini semalam. Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria yang juga mengambil peluang berinteraksi dengan masyarakat kampung itu menerusi tazkirah yang disampaikan selain berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |