{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


JKM Kelantan peruntuk RM110j

Posted: 19 Dec 2013 11:26 AM PST

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 19 Dis. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Kelantan membelanjakan sebanyak RM110 juta sepanjang tahun ini khusus menyalurkan pelbagai bantuan kepada 38,000 penerima termasuk membela kebajikan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan jabatan itu.

Pengarahnya, Md. Noor Chik (gambar) berkata, bantuan itu termasuk RM300 kepada OKU yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,200; pelajar OKU di 40 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Kelantan dan Skim OKU 18 tahun yang tidak bekerja dengan bantuan sebanyak RM150 sebulan.

Malah, katanya, JKM melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) turut menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM150 kepada pelajar OKU yang belajar di sekolah harian biasa.

"Manakala OKU yang terlantar sama ada lumpuh atau sakit kronik, ibu bapa atau penjaganya turut dibela dengan pemberian bantuan bulanan sebanyak RM300," katanya kepada pemberita selepas Kempen Jom Daftar OKU di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di Kampung Pulau Lima, dekat sini baru-baru ini.

Lebih 200 OKU tampil mendaftar bersama anggota keluarga masing-masing turut disediakan perkhidmatan pemeriksaan doktor bagi pengesahan kad matrik OKU.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman.

Md. Noor berkata, JKM turut menggunakan peruntukan yang sama untuk membiayai pembelian peralatan sokongan seperti kerusi roda, alat pendengaran dan lain-lain yang diperlukan oleh OKU.

Beliau berkata, JKM menyasar mendaftarkan lebih 10,000 lagi OKU mulai tahun hadapan bagi memastikan tiada golongan itu di negeri ini yang terpinggir daripada menerima bantuan sepatutnya.

"JKM akan menjalankan kempen di peringkat Parlimen seluruh Kelantan yang membabitkan sebilangan besar pegawai JKM daerah turun ke peringkat akar umbi selain menyediakan perkhidmatan berterusan di peringkat jabatan atau pada hari bertemu pelanggan setiap Rabu.

"Ibu bapa atau penjaga tidak perlu malu untuk mendaftarkan anak-anak OKU. Ini adalah satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan kerana kerajaan sentiasa prihatin membela kebajikan rakyat," katanya.

Md. Noor berkata, sebanyak 25 kemudahan disediakan oleh kerajaan termasuk untuk golongan OKU seperti elaun pekerja cacat, bantuan penjagaan OKU dan bantuan alat sokongan.

KADA salur RM68,000

Posted: 19 Dec 2013 11:26 AM PST

Zawawi Othman memberi penerangan tentang langkah perlu meningkatkan hasil padi dan kawalan serangga perosak kepada petani KADA di Pusat Kemajuan Pertanian, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 19 Dis. - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memperuntukkan lebih RM68,000 menerusi penyediaan bantuan benih padi dan input pertanian kepada 281 penanam padi di daerah ini yang mengalami kerugian akibat tanaman mereka musnah diserang tikus baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Penyelarasan KADA, Abdul Halim Salleh berkata, bantuan ihsan berupa bahan input pertanian yang diagihkan kepada petani di kawasan seluas 660.13 hektar, bertujuan meringankan bebanan petani terbabit untuk memulakan penanaman semula.

Menurutnya, sebanyak RM100 disalurkan untuk setiap hektar tanaman padi yang diusahakan selepas KADA membuat penyelidikan teliti terhadap kerosakan akibat serangan tikus di 12 bendang dan mini estet di kawasan operasinya.

"Ia melibatkan bendang Tok Ajam seluas 69.9 hektar, bendang Kampung Wakaf (27.93 hektar), Cherang Rotan (50.01 hektar), Wakaf Bunut (57.8 hektar), Tualang Tinggi (78.97 hektar), Bukit Tanah (19.26 hektar), Bukit Merbau (11.2 hektar), Selising (12.1 hektar), Danan/Jerus (43.36 hektar), Padang Pak Amat (73.7 hektar), Merkang (132.5 hektar) dan Berangan/Lepah seluas 83.4 hektar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian bantuan ihsan input pertanian di Pusat Kemajuan Pertanian (PKP) di Selising, dekat sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman merangkap Ahli Lembaga Pengarah KADA dan pengagihan kupon bantuan input pertanian disempurnakan oleh ADUN Selising, Zulkifle Ali.

Abdul Halim berkata, bantuan hanya membabitkan pemberian benih padi baharu dan racun yang disenaraikan dan diharapkan petani berupaya mengusahakan semula penanaman padi serentak dengan mematuhi jadual pengairan.

Petani turut diingatkan mengamalkan teknologi penanaman yang disyorkan termasuk menjaga kebersihan batas dan tali air daripada semak samun yang menjadi tempat pembiakan tikus.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, sebanyak RM62 juta dibelanjakan untuk membekalkan baja subsidi kepada petani dan RM31 juta untuk bekalan racun serta insentif membajak.

"Adalah diharapkan pelbagai bantuan dan insentif kerajaan Persekutuan yang membabitkan RM1,200 setiap hektar kepada petani menjadi pembakar semangat untuk mereka gigih mengusahakan sawah bagi meningkatkan kualiti pengeluaran padi dan beras negara," katanya.

Abdul Halim berkata, ini tidak termasuk bekalan baja organik yang diagihkan secara percuma dengan perbelanjaan RM5.6 juta setahun.

Jualan pokok hiasan menurun hingga 50%

Posted: 19 Dec 2013 11:26 AM PST

KUALA TERENGGANU 19 Dis. — Kadar jualan pokok hiasan di pasar tani di negeri ini menurun kira-kira 50 peratus ekoran bencana banjir yang melanda negeri ini awal bulan ini.

Antara peniaga yang merasai tempias berkenaan, Rofi Ali, Pengurus Syarikat Seri Manir Enterprise (SSME).

Rofi berkata, perniagaan pokok terutama pokok bunga merosot teruk berbanding sebelum banjir.

"Lazimnya saya mampu menjual purata nilai jualan RM1,500 sehari di luar musim tengkujuh, namun sekarang ini nak dapatkan jualan RM500 pun susah kalau berniaga di Pasar Tani Padang Hiliran," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara faktor jualan pokok bunga merosot disebabkan kurang daya penarik kerana daun dan bunga banyak gugur akibat terkena air hujan.

Katanya, keadaan itu turut dialami oleh pengusaha tapak semaian anak pokok (nurseri).

Berikutan itu, dia menghentikan sementara pengimportan pokok bunga kertas, orkid dan kemboja dari Thailand atau dari Sungai Buloh, Selangor serta Muar, Johor sehinggalah keadaan kembali normal.

"Alhamdulillah kita masih dapat bertahan sekarang ini kerana kita bergantung kepada jualan pokok buah-buahan seperti rambutan, limau, kelapa dan lain-lain yang masih berjalan dan mempunyai pembeli tetap," katanya.

Keadaan yang sama juga dialami Mohd. Rizami Dollah, seorang lagi peniaga pokok di tapak pasar Tani Padang Hiliran apabila perniagaannya merosot sehingga 70 peratus pada musim banjir ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat