{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kerajaan Pusat peruntuk RM2 bilion

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Makhtar Mustapha (dua dari kiri) beramah mesra dengan peserta pada majlis Dialog Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan bersama Jabatan Penyiaran Malaysia dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan di Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 20 Dis. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM2 billion bagi meneruskan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di negeri ini pada tahun depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha berkata, dengan peruntukan tersebut sekali gus menolak tanggapan segelintir pihak yang menganggap Kelantan sering dianaktirikan.

Menurutnya, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pelbagai projek pembangunan di bawah RMK-10 termasuk pembinaan Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai sepanjang satu kilometer dengan kos sebanyak RM16 juta yang akan dimulakan pada tahun hadapan.

"Setiap projek pembangunan yang dilaksanakan ini adalah untuk keselesaan rakyat di negeri ini kerana Kelantan adalah salah satu negeri yang diberi tumpuan utama oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Dialog Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan bersama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan JPPK di Auditorium Titian Murni Kelantan FM di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Penyiaran Kelantan, Datuk Sayuti Mukhtar serta sebilangan pegawai perhubungan awam daripada 128 jabatan dan agensi Persekutuan di negeri ini.

Dalam pada itu, Makhtar berkata pegawai perhubungan awam setiap agensi memainkan peranan penting dalam menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

"Pegawai perhubungan awam perlu memainkan peranan masing-masing memandang masih ada segelintir pihak yang tidak jelas dengan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan mahupun pihak lain.

"Justeru, setiap aktiviti perlu dimaklumkan melalui saluran media dan dapat disiarkan kepada rakyat bagi mengelak berlakunya kekeliruan dengan maklumat yang kurang tepat," katanya.

Tambahnya, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam setiap agensi Kerajaan Persekutuan berkaitan penyaluran maklumat kepada media massa akan diperbaiki dan diperkasa menjelang tahun hadapan.

"Saya rasa banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki dan kita akan menjadualkan setiap bulan untuk memberi maklumat yang jelas kepada rakyat supaya mereka dapat mengetahuinya dengan lebih menyeluruh.

"Secara keseluruhannya, kita mahu rakyat yakin mengenai usaha pemimpin Persekutuan dalam melaksanakan projek untuk keselesaan bersama," katanya.

Terusan 2km atasi banjir

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Sebuah terusan sepanjang kira-kira dua kilometer (km) akan dibina di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman tahun depan sebagai langkah menangani banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata, terusan dengan kedalaman lapan meter selain 150 meter lebar di bahagian atas dan 120 meter lebar di dasarnya diyakini mampu mengelak berlaku banjir besar khususnya di Chukai.

"Terusan ini untuk membentuk takungan baharu, kalau tidak buat, kawasan berkenaan termasuk di Teluk Kalong akan tenggelam, bandar Cukai pun boleh tenggelam," katanya di sini yang tidak menyebut kos terusan itu.

Ahmad diminta mengulas mengenai banjir terburuk dalam tempoh 40 tahun melanda Kemaman khususnya Chukai sehingga memaksa lebih hampir 20,000 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di daerah itu.

Menurutnya, terusan itu perlu dibina di kawasan perindustrian Teluk Kalong berikutan masalah kawasan paya untuk dijadikan takungan semakin pupus akibat pembangunan.

Ahmad turut menarik perhatian, berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), banjir besar yang melanda Kemaman ketika ini akibat hujan luar biasa, sekali dalam 100 tahun.

Laporan Pusat Kajian Sukatan Hujan di Jabor pada 3 Disember lalu mencatatkan taburan hujan berganda iaitu 777 mililiter (ml) sehari menjadikan 1,661 ml dalam masa tiga hari.

"Tahun lalu, banjir besar di kawasan hulu Jabor hanya 442 ml dalam masa tiga hari manakala hujan untuk seluruh Terengganu antara 3,800 hingga 3,900 ml.

"Bayangkan di Kemaman sahaja, sebanyak 1,661 ml hujan dalam masa tiga hari, ditambah pula dengan air pasang besar sehingga berlaku limpahan air dan banjir besar di Chukai dan Kuantan," jelasnya.

Kelantan, Tourism Malaysia perkasa industri

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

Md. Anizam Abd Rahman melekatkan pelekat Tahun Melawat Malaysia pada sebuah kereta sambil diperhatikan oleh Noraida Ismail (kanan) di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 20 Dis. - Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk memperkasakan industri pelancongan di negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarkan kedatangan seramai enam juta pelancong ke negeri ini pada tahun depan.

"Bagi mencapai misi, pihak kami akan memberi fokus kepada mempromosi budaya, makanan dan tempat beli-belah yang menarik di negeri ini. Pihak kami juga mahu sebanyak 30 peratus pelancong asing hadir ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Peraduan Foto Pelekat atau Stiker Tahun Melawat Malaysia di KB Mall dekat sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia, Noraida Ismail.

Md. Anizam berkata, kerajaan negeri turut berharap lebih ramai pelancong asing seperti Thailand dan juga negara lain hadir ke Kelantan bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan tempatan.

Jelasnya, pada tahun lalu sebanyak 5.2 juta pelancong telah datang ke negeri ini.

Mengulas mengenai program pada hari ini, beliau berkata, ia diadakan serentak di seluruh negara bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Katanya, pelekat kenderaan ini akan diedar di 15 lokasi iaitu enam lokasi tol dan satu di kawasan rehat dan rawat di bawah seliaan PLUS.

"Peraduan tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mac 2014 dan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej pelancongan domestik.

"Bagi mereka yang ingin menyertai peraduan ini, boleh di buat melalui laman sosial Facebook Cuti-Cuti 1 Malaysia dengan mengambil gambar kenderaan yang diletakkan pelekat TMM 2014 dengan berlatar belakangkan tarikan pelancongan yang terdapat di Malaysia," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat