{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Penduduk 6 kampung terjejas

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Sebahagian penduduk merayu pihak berkenaan supaya membaiki jalan rosak di Kampung Sungai Keladi, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 5 Dis. - Jalan rosak dan berlubang mengganggu rutin harian lebih 1,500 penduduk enam buah Kampung di Sungai Keladi dekat sini, ekoran hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari.

Keadaan tersebut bertambah teruk apabila laluan alternatif sejauh 2.5 kilometer turut ditenggelami air sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan untuk keluar dari kampung tersebut.

Antara kampung terlibat adalah Jelor, Mahligai, Anak Machang, Pintu Besar, Rong Chenok dan Sungai Keladi.

Sehubungan itu, mereka mengesa pihak berkenaan memperbaiki kerosakan bagi membolehkan penduduk di enam buah kampung tersebut dapat menggunakan laluan utama itu dengan lebih selesa dan selamat.

Wakil penduduk, Ismail Awang Kechik, 71, berkata, keadaan tersebut dialami mereka semenjak tahun 80-an apabila laluan sedia ada tidak pernah dibaiki atau dinaik taraf oleh pihak yang berkenaan.

"Kami di sini sudah tidak tahu bagaimana untuk meminta bantuan. Setiap kali musim tengkujuh kami terpaksa berserah kepada takdir kerana tiada tempat untuk mengadu.

"Laluan ini penting kepada kami kerana menghubungkan jalan raya utama di cabang tiga Chekok, klinik, sekolah serta kemudahan asas lain," katanya.

Zainal Abidin Mohd. Noor, 53, memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan penduduk terpaksa menggadaikan nyawa untuk ke kampung sebelah dengan melintasi landasan keretapi.

"Hanya laluan itu sahaja penduduk yang berjalan kaki dan menunggang motosikal boleh gunakan walaupun berbahaya kerana laluan lain sudah dinaiki air," katanya.

Agenda sambut baik pelantikan Mohammad Azam

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

GUA MUSANG 5 Dis. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) menyambut baik pelantikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Mohammad Azam Ismailsebagai Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang baharu.

Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Mohamad Azam yang juga Timbalan Presiden Agenda merupakan individu tepat untuk membimbing sayap kanan UMNO itu di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya pelantikan tersebut akan dapat menarik kembali sokongan muda orang ramai kepada parti keramat Melayu itu.

"Mohamad Azam adalah aktivis, beliau amat memahami keadaan di negeri ini serta mempunyai pengalaman yang amat luas untuk menarik sokongan orang muda.

"Kami berharap beliau dapat melaksanakan program yang lebih dekat dengan golongan muda dengan sentuhan secara personal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 27 November lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan Mohamad Azam menerajui pergerakan itu di negeri ini manakala Ketua Pemuda UMNO Machang, Eriandi Ismail sebagai Naib Ketua.

Mohamad Zaidan berkata, golongan muda di negeri ini amat memerlukan perhatian sewajarnya di negeri ini terutama dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

"Golongan muda di negeri ini terpaksa berhijrah ke negeri lain disebabkan kurang peluang pekerjaan.

"Kita sedar Pemuda UMNO tidak mampu mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini kerana diperintah Pas namun sekurang-kurangnya boleh menjadikan platform kepada golongan muda mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di luar sana," katanya.

YSD sumbang van sebagai kemudahan kepada penghuni Baitul Cakna

Posted: 05 Dec 2013 10:40 AM PST

HULU TERENGGANU 5 Dis. - Yayasan Sime Darby (YSD) dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyumbangkan sebuah van bernilai RM120,000 kepada penghuni Baitul Cakna di sini bagi memudahkan pergerakan mereka.

Sumbangan itu disampaikan Ahli Lembaga Tertinggi YSD, Datin Paduka Zaitoon Othman dalam program lawatan YSD ke tapak Rumah Perlindungan Baitul Cakna Lelaki di Ajil, Hulu Terengganu kelmarin yang turut dihadiri Presiden MAC, Datuk Dr. Raj Karim.

Menurut Zaitoon, sumbangan termasuk bahan api dan kos penyelenggaraan kenderaan itu selama setahun diberikan bagi meringankan beban Komuniti Cakna Terengganu (KCT), pertubuhan tunggal yang menjaga kebajikan mereka yang terlibat dengan dadah dan berisiko dijangkiti HIV di negeri ini.

Katanya, van yang mempunyai 14 tempat duduk itu mampu memberi keselesaan kepada pengendali pertubuhan itu dalam urusan seharian selain memudahkan pergerakan ahli-ahli komuniti mereka mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan serta untuk kegunaan ke hospital.

"KCT merupakan satu-satunya pertubuhan yang menjalankan aktiviti pencegahan HIV di peringkat akar umbi yang mana mereka turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Terengganu (Maidam).

"Justeru sumbangan ini sebagai satu cara menyokong langkah mereka dan kita berharap ini dapat menyuntik semangat masyarakat untuk tampil membantu," katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan van itu di Baitul Cakna Lelaki di Ajil.

Dalam pada itu, Pengurus KCT, Amran Ismail mengucapkan syukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan kerana akan memudahkan pergerakan penghuni Baitul Cakna yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan yang dipinggirkan serta anak-anak yatim.

Jelasnya, dengan adanya van berkenaan, memudahkan 14 penghuni Baitul Cakna Wanita dan 29 penghuni Baitul Cakna Lelaki menggunakan kenderaan tersebut untuk pelbagai tujuan terutamanya bagi mendapatkan rawatan.

"Jika dahulu kita terpaksa berkongsi van usang sedia ada, namun kini dengan adanya van yang disumbangkan ini memudahkan utusan kita dan kami seluruh warga komuniti ini berasa sangat terharu dengan keprihatinan YSD dan MAC kerana sudi memberi bantuan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat