{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


5,000 berjaga-jaga

Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Sepasang suami isteri terpaksa menggunakan sampan untuk keluar membeli barangan keperluan selepas rumah mereka di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat dinaiki air ekoran limpahan Sungai Golok, semalam. - MINGGUAN/IRWAN MAJID

TUMPAT 7 Dis. - Kira-kira 5,000 penduduk daripada beberapa buah kampung berhampiran Sungai Golok di Pengkalan Kubor dekat sini, berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk dipindahkan berikutan air mulai naik di kawasan berkenaan bermula hari ini.

Antara kampung terlibat ialah Teluk Jering, Kubang Sawa, Kuala Jambu, Jejulok, Kampung Simpangan dan Bendang Pak Yong.

Tinjauan Mingguan Malaysia hari ini mendapati, kawasan berkenaan mula terputus hubungan ekoran jalan masuk ke kampung terbabit ditenggelami air.

Seorang penduduk, Siti Hafiza Awang, 25, berkata, walaupun belum ada yang dipindahkan, dia telah mengambil langkah awal berpindah ke rumah ibunya di Kampung Cherang Melintang kerana khuatir paras air akan meningkat.

"Air mula naik sejak petang semalam dan semakin teruk malam tadi. Jadi, saya dan suami mengambil keputusan untuk berpindah lebih awal," katanya di sini.

Hafiza yang tinggal di Kampung Simpangan berkata, dia dan penduduk kampung dapat menjangkakan kenaikan paras air di kawasan berkenaan berdasarkan pengalaman setiap tahun.

"Lazimnya apabila banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas surut, air di sana akan mengalir turun ke kawasan kami, jadi kami sudah dapat menjangkakan bila air akan naik dan persiapan boleh dilakukan pada ketika itu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Salbiah Daud, 47, memberitahu, walaupun air belum melimpah ke dalam rumah, dia telah bersiap sedia dengan menyimpan segala dokumen penting di tempat tinggi.

"Cuma tunggu arahan untuk berpindah, lagi pun penduduk di sini sudah biasa berdepan dengan situasi begini, pindah ke pusat pemindahan banjir akan berlaku, cuma tunggu masa saja," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Mukim Bendang Pak Yong, Ariffin Awang Chik berkata, limpahan air sungai Golok berlaku di Kubang Pak Hitam dan air yang mengalir deras mula memasuki perkampungan tersebut.

"Air sungai Golok melimpah pagi tadi dan naik begitu cepat. Jika berterusan mungkin ada penduduk di kampung terbabit akan berpindah di pusat pemindahan banjir," ujarnya.

Lilin habis di Kemaman

Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST

Seorang pembantu kedai, Nazarina Hassan menampal makluman mengenai kehabisan lilin di sebuah kedai runcit dekat Cukai, Kemaman, Terengganu, semalam.

KEMAMAN 7 Dis. - "Hampir seluruh kedai runcit di daerah ini saya pergi semata-mata untuk mencari lilin kerana sudah tiga hari kami sekeluarga bergelap di rumah nenek."

Demikian cerita Arisful Makris, 23, yang terpaksa berpindah bersama keluarga ke rumah neneknya setelah rumah mereka di Bukit Mentok dekat sini, ditenggelami air.

Menurutnya, lilin ketika ini merupakan barangan cukup berharga kerana ia begitu sukar didapati di kedai-kedai.

"Ketika ini, terdapat lebih 30 saudara-mara saya menumpang di rumah nenek di Gong Limau kerana rumahnya tidak dinaiki air tetapi kami terpaksa berdepan pula dengan masalah bekalan elektrik," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, beberapa buah kedai di sekitar daerah ini mula kehabisan lilin sejak petang semalam malah pekerja kedai runcit turut menaikkan notis memberitahu tentang bekalan lilin yang kehabisan di premis masing-masing.

Bekalan elektrik ke beberapa kawasan di Kemaman terpaksa dihentikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak beberapa hari lalu ekoran pencawangnya ditenggelami air.

Sementara itu, Norazmi Abd. Rahman, 40, kecewa apabila stok makanan asas di beberapa kedai runcit yang dikunjunginya turut habis.

"Bantuan makanan juga boleh dikatakan agak lewat sampai di segelintir tempat sebab itu saya mencari inisiatif untuk membeli sendiri," katanya yang tinggal di Taman Sri Jaya dekat sini.

Dalam pada itu, pengurus kedai runcit di Kampung Jaya, Mohd. Sukri Samsuri Awang Hamat, 26, memberitahu, orang ramai mula membeli lilin di kedainya sejak Rabu lalu selepas bekalan elektrik terputus.

"Selain makanan, lilin boleh dikatakan antara barang yang popular dalam kalangan mangsa banjir kini, tetapi ramai yang kecewa kerana sudah kehabisan stok," katanya ketika ditemui.

Mohd. Sukri Samsuri yang mula membuka kembali perniagaannya semalam berkata, kedainya turut terjejas selepas dimasuki air mencecah paras lutut dan merosakkan sebahagian barang jualan.

Namun, dia memilih membuka semula kedainya selepas air mulai surut selain turut mengambil kesempatan mencuci kedainya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat