{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Pembeli rumah dipaksa bayar RM60,000 lagi

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
azhari.zainooddin@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 Dis. - Keterujaan kira-kira 150 pembeli rumah kos sederhana di Jalan Permai, Bukit Gambir di sini terencat apabila mereka diminta untuk membuat tambahan hampir RM60,000 sekiranya berminat untuk menduduki rumah berkenaan.

Kos tambahan itu dikenakan oleh pihak pemaju perumahan terlibat dengan alasan proses pengubahsuaian dalaman setiap unit rumah telah dilakukan biarpun tanpa persetujuan pembeli.

Wakil pembeli berkenaan, Norlida Masturo, 43, berkata, bayaran tambahan berkenaan menjadikan harga rumah mereka melambung hampir sekali ganda berbanding harga asal sebanyak RM72,500.

Melalui surat bertarikh 29 November lalu, pemaju mengkehendaki saya membayar harga baharu iaitu tambahan RM59,000 untuk kos ubah suai yang telah dilakukan.

Saya juga dikenakan bayaran lain RM28,000 untuk lot tempat letak kereta dan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu saya bayar hampir mencecah RM160,000. Ini sememangnya tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Norlida dalam pada itu menambah, mengikut pelan asal projek perumahan berkenaan yang ditunjukkan pemaju kepada mereka sebelum ini tiada langsung wujudnya proses pengubahsuaian tambahan.

Kami tidak diberitahu awal tentang pengubahsuaian ini tetapi sebaliknya terus diminta membuat pembayaran kos berkenaan," ujarnya.

Selain itu, bayaran untuk lot tempat kereta juga berbeza-beza kerana ada pembeli yang dikenakan bayaran sebanyak RM15,000 dan RM30,000," ujarnya.

Polis perlu terus dekati masyarakat

Posted: 03 Dec 2013 10:35 AM PST

ABDUL Gaffar Mohamad merenjis kanak-kanak yang menyertai program berkhatan di Dewan Tun Haniff Omar, Kompleks Perumahan Polis Kuala Kangsar, semalam.

KUALA KANGSAR 3 Dis. - Anggota polis diminta supaya tidak tinggal di dalam kepompong mereka sahaja tetapi harus bersama masyarakat di sekitar tempat mereka berkhidmat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Muhamad berkata, anggota polis juga perlu menjadi contoh yang baik dan bersikap positif kepada masyarakat sekeliling dengan memberikan khidmat dengan penuh semangat.

Beliau memberitahu, warga polis mempunyai peranan besar bagi membentuk masyarakat melalui nilai-nilai murni dan mereka perlu terlibat secara langsung dalam apa jua aktiviti masyarakat setempat.

"Proses interaksi begini amat besar kesannya dalam hidup bermasyarakat.

"Setiap anggota polis perlu memberikan persepsi yang baik dalam menjalin hubungan dengan masyarakat setempat yang yang sememangnya mahu menjalinkan hubungan mesra," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Berkhatan Beramai-Ramai anak anggota polis daerah itu di Dewan Tun Hanif Omar, Kompleks Kediaman Polis daerah ini hari ini.

Majlis berkhatan itu disertai sebanyak 18 orang anak anggota polis di bawah anjuran Persatuan Keluarga Polis Kontinjen (Perkep), Badan Amal Wanita dan Surau Al-Takwa di sini.

Mengenai majlis berkenaan, Abdul Ghafar berkata, program seperti ini dapat menjalinkan rasa kasih sayang dan nilai-nilai kerjasama antara anak dan ibu bapa peserta serta komuniti polis seluruhnya.

"Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat