{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Memartabat lantunan gamelan

Posted:

Memartabat lantunan gamelan

Memartabat lantunan gamelan

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my

Gamelan Salukat mendendangkan lagu-lagu gamelan ciptaan baharu.


RITMA gamelan mengisi ruang Panggung Sari, Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur, hasil lantunan gemalai pemain dari tiga negara nusantara. Berpaksi pada cinta yang sama iaitu mengangkat keindahan budaya alat tradisi tinggalan nenek moyang, sebanyak sembilan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bersatu dalam persembahan Festival Gamelan Antarabangsa 2014 baru-baru ini.

Walau mempunyai gemersik mengikut serapan kepercayaan tersendiri, asasnya tetap sama melantun bonang, gong, gendang dan berkaitan.

Seperti alunan muzik tradisi gamelan Bali dimainkan oleh Kumpulan Gamelan Salukat, pengekalan setiap satu alat tradisi menjadikan alunannya lebih asli dan mencipta signatur bunyian yang kekal mengikut aturan warisan dari zaman ke zaman.

Pengasas Kumpulan Gamelan Salukat, I Dewa Ketut Alit tetap menghembus kesegaran melalui penciptaan nota-nota muzik baharu bagi melestari jangka hayat gamelan di bumi kelahirannya di Bali, Indonesia.

"Tradisi dan gamelan memang tidak dapat dipisahkan tetapi setiap pencintanya perlu mengambil langkah berani bagi membolehkannya mendapat perhatian sama ada dari pendengar lama dan baharu.

"Tidak menjadi kesalahan besar untuk memodenkan muzik gamelan, kerana ia dilakukan bukan sebagai pencemaran budaya tetapi lebih kepada penerus dan penggalak kepada jangka hayat tradisi nusantara itu," ujar Alit usai mempersembahkan seleksi tiga lagu bersama 30 pemain muda dibawah bimbingannya.

Eksperimentasi itu juga dipegang oleh Laras Nusa pimpinan Drs. Haryanto M.Ed dari Institut Seni Indonesia, Yogyakarta, Indonesia.


FESTIVAL Gamelan Antarabangsa 2014 disertai oleh tiga negara nusantara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang membawakan alunan dan gaya tersendiri alat tradisi itu.


Mungkin budayawan yang pertama kali mendengar mainan kumpulan pelajar dan tenaga pengajar di jurusan Ethnomusikologi itu sedikit berasa janggal. Gamelan dimainkan bersama beberapa instrumen dan tambahan genre muzik moden sehingga menghasilkan bunyi-bunyian yang menarik dan menenangkan.

Misalnya, tiupan cebisan-cebisan kertas digabungkan dengan muzik gamelan bersama lontaran irama rancak hip-hop, membuatkan adrenalin mereka yang mendengar melonjak mengikut rentak irama.

Inovasi baharu

"Malah, ada juga instrumen muzik yang baharu dicipta. Dinamakan sebagai sebab, ia merupakan gabungan alat muzik sape dan rebab," kata Drs. Haryanto yang pernah membawa inovasi baharu itu ke beberapa negara seperti Mesir, China dan Portugal.

Komposisi muzik gamelan baharu turut didendangkan oleh Kelab Gamelan dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor yang juga merupakan penganjur festival.

Himpunan empat lagu gamelan seperti Kunang-Kunang Mabuk/Lantai Lama, Gatra, Senja Di Ufuk Yogya dan Bright World, diselitkan mainan alat muzik moden bagi menghidupkan bunyian kontemporari yang lebih segar dan mengikut arus perdana.

Sebagai Pengarah Muzik, Prof. Madya Dr. Shahanum Md. Shah menjelaskan, percubaan menggabungkan klasik dan moden tetap tidak melanggar integriti muzik dan kekayaan bunyi etnik gamelan.

"Besar harapan saya agar acara sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan penyertaan yang lebih besar.

"Ia jelas dapat mengangkat dan memartabatkan gamelan sebagai satu muzik seni yang perlu dipertahankan untuk generasi seterusnya," ujarnya merangkap Pengarah Projek festival.

Enam lagi kumpulan yang turut serta ialah Sanggar Kirana dari Universiti Teknologi Petronas, Gamelan Bayu (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan UM Gamelan (Universiti Malaya).

Negara jiran, Singapura, diwakili Gamelan Asmaradana manakala dua lagi wakil dari Malaysia ialah Gemawan dari Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Gamelan Gema Gangsa (Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul).

Harapan penduduk Lembah Bertam

Posted:

Harapan penduduk Lembah Bertam

Harapan penduduk Lembah Bertam


PENDUDUK mengalihkan barang-barang yang terjejas teruk akibat banjir lumpur.


TRAGEDI Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands, Pahang tahun lalu melakar sejarah hitam bagi masyarakat Cina terutama mereka yang tinggal di kawasan tragedi. Namun, mereka berharap kehadiran Tahun Kuda membuka lembaran baharu dalam hidup mereka.

Memori hitam tragedi banjir kilat yang mengorbankan empat nyawa itu turut merosakkan 80 buah rumah dan 100 buah kenderaan. Insiden yang berlaku pada awal pagi 23 Oktober 2013 itu menjadikan Tahun Ular sebagai tahun malang kepada mereka.

Sehubungan itu, mereka berharap kehadiran Tahun Kuda mengikut kalendar Lunar diharap dapat mengikis kenangan ngeri yang pastinya terlalu sukar untuk dipadamkan dalam memori.

Walaupun ramalan menyatakan Tahun Kuda penuh dengan cabaran, namun penduduk di Lembah Bertam berharap mereka dapat mengumpul semula kekuatan untuk membina kehidupan seperti kekuatan dan kegagahan seekor kuda.

Tinjauan Bernama di Lembah Bertam mendapati, beberapa buah keluarga sibuk memberi tumpuan dalam menyambut sambutan Tahun Baru Cina dengan membersih dan mengecat rumah mereka yang terjejas akibat limpahan banjir lumpur.

Mereka juga membakar kuih raya dan menghias halaman rumah dengan pokok-pokok limau serta menanam pokok bunga.

Buat persiapan

Lim Keow Luan, 44, bersama dua anaknya adalah antara penduduk yang paling sibuk membuat persiapan ketibaan Tahun Kuda.

Suri rumah itu hampir selesai mengecat rumahnya dengan warna merah jambu manakala suaminya, seorang pengusaha ladang sayur membaik pulih bahagian kaki lima rumah mereka yang terjejas akibat tragedi itu. yang berlaku pada pukul 1 pagi itu.

"Rumah saya merupakan antara empat buah rumah yang tidak terjejas teruk dalam tragedi menakutkan itu. Bersempena Tahun Baru Cina, jadi sekarang perlu bersihkan dan cat rumah," kata Keow Luan bahawa tragedi yang berlaku sekitar pukul 1 pagi itu masih kuat dalam ingatannya.


KEOW LUAN bersama keluarganya mengecat semula rumah mereka yang rosak akibat banjir lumpur tahun lalu.


Suri rumah yang telah menyediakan beberapa jenis makanan seperti kerepek ubi ngaku dan kuih moden itu turut meminjamkan ketuhar kepada jirannya yang mahu membuat persiapan sambutan itu.

"Ada antara kami yang meminjamkan peralatan membuat kuih kepada jiran yang rumah mereka ditenggelami banjir lumpur," katanya.

Sementara itu, Chan Choo Yong, 54, pula berkata, dia hanya membuat persiapan ringkas dalam menyambut Tahun Kuda.

Wang bantuan ihsan yang diterima keluarganya sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

"Duit bantuan itu kita beli peralatan rumah bagi menggantikan peralatan yang musnah. Kerja membersihkan rumah pula ambil masa panjang, sebab lumpur tebal melekat di dinding. Kita seperti memulakan hidup baharu," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam, Wong Fook Chai berkata, keadaan penempatan masyarakat di Lembah Bertam yang terjejas teruk semakin pulih dan penduduk masih melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Saling membantu

"Setiap keluarga masih membersihkan kawasan rumah mereka dan mereka saling bantu-membantu. Bagaimanapun semua masalah mengenai penempatan mereka telah diselesaikan," katanya ketika ditemui.

Fook Chai berkata, masyarakat Lembah Bertam yang terdiri hampir 95 peratus daripada kaum Cina telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina pada 31 Januari lalu dengan kerjasama parti MCA dan JKKK Lembah Bertam.

Sambutan itu pastinya amat bermakna kerana masyarakat Lembah Bertam tidak sendirian meraikan Tahun Baru Cina.

Sebelum ini pelbagai pihak menghulurkan sumbangan dan yang terbaharu sebanyak 99 orang yang mewakili keluarga masing-masing menerima wang tunai RM1,700.

Bantuan itu disalurkan Tenaga Nasional Berhad melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang yang dikelolakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri itu.

Sementara itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam yang turut terjejas dalam tragedi itu beroperasi seperti biasa pada sesi persekolahan tahun ini meskipun dalam keadaan yang serba kekurangan. Meskupun banyak kerusi dan meja rosak, namun ia tidak mematahkan semangat para pelajar untuk terus menimba ilmu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat