Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
- Selesa dikenali dengan imej berhijab
- Kolaborasi dengan Ricky Martin
- Di sebalik konsert mini Encik Mimpi yang hambar
Selesa dikenali dengan imej berhijab Posted: Selesa dikenali dengan imej berhijabLANGKAH gadis genit itu kelihatan tersusun sopan tatkala kakinya perlahan menerjah masuk ke dalam dewan utama Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini. Seraya tersenyum, mulutnya petah membutirkan kata maaf atas kelewatannya bertemu pihak media untuk sesi wawancara. "Aduh, maaf ya, saya lewat sedikit," tutur Fatin Shidqia Lubis, 18, sambil memperbetulkan kedudukannya di atas kerusi. Tidak sampai setahun, kemenangan anak jati Jakarta ini dalam pertandingan pencarian bakat X Factor Indonesia telah memekarkan namanya bukan setakat di negara kelahiran sendiri, bahkan di seluruh rantau Nusantara. Pertama kali terbang ke Malaysia, Fatin singgah ke Kuala Lumpur selama lima hari bagi mempromosikan album sulungnya berjudul For You. Merupakan protege kepada penyanyi terkemuka, Datuk Rossa, Fatin mengakui tidak menyangka dinobatkan sebagai juara musim pertama bagi pertandingan tersebut sekaligus membuatkannya dirinya dikenali di negara seberang. "Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki seperti ini oleh Allah SWT. Sebelum bergelar penyanyi, saya sama sahaja seperti remaja lain. Selepas berpeluang mengikuti pertandingan X Factor Indonesia, kehidupan saya ternyata berubah," ujar Fatin membuka bicara. Walaupun sedikit terkejut dengan transisi yang dialaminya setakat ini, ujar Fatin, perubahan itu tidak sedikit pun mengganggu jadualnya pelajarannya ketika berada di sekolah. "Saya akui, selepas menjadi penyanyi, saya lebih dikenali oleh khalayak umum. Ke mana saya pergi pasti ada yang mengenali. Namun, populariti itu tidak mengganggu tugas saya sebagai seorang pelajar," ujarnya yang baru sahaja menduduki ujian nasional peringkat SMA. Hijab Menyentuh mengenai penampilannya yang sopan serta mengenakan hijab, pelantun lagu Aku Memilih Setia itu tidak kisah jika dia dianggap berbeza berbanding rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Katanya, apa yang berbeza adalah penampilan, bukan genre muzik yang dibawakannya. "Saya tidak ambil pusing mengenai hal ini. Bagi saya, semua penyanyi itu sama sahaja. Kami menjadi penyanyi kerana kami suka dengan bidang ini. Kebetulan, saya memulakan karier dengan penampilan berhijab. Apapun, imej sebegini tidak menghalang saya untuk menyanyi pelbagai jenis lagu," ungkapnya. Begitupun, Fatin memberitahu, kelebihannya mengenakan hijab terletak pada kekerapan undangan yang diterima apabila tibanya bulan Ramadan. "Penyanyi di Indonesia yang mengenakan hijab tidak ramai. Jadi, apabila tibanya bulan Ramadan, saya kerap diundang untuk menyanyi pada majlis-majlis berbuka puasa. "Selain itu, pada hari-hari biasa, saya juga sering dijemput untuk memeriahkan majlis-majlis berunsur keagamaan," ujarnya yang kini merupakan duta bagi butik fesyen Rabbani.
Amanah Menyorot kembali kisah di sebalik kejayaannya di X Factor Indonesia, Fatin menyertai pertandingan tersebut ketika masih bergelar pelajar sekolah. Bagaimanapun, setelah meraih kemenangan pada usia yang sangat muda, popularitinya juga ternyata naik dengan mendadak. Tidak gentar jika suhu popularitinya itu menjadi pemangkin kepada sebarang kontroversi dan cerita-cerita kurang baik, akui Fatin, dia percaya dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap jalan hidupnya sebagai seorang anak seni. "Nama saya sudah dikenali sejak menyertai pertandingan X Factor Indonesia. Andai Tuhan telah menggariskan takdir saya sebegini, saya perlu mendukung amanah itu sebaik mungkin. "Memang ada perasaan takut, tetapi jika perasaan itu dibiarkan berterusan, sampai bila pun saya masih berada di tempat yang serupa. Apa yang penting ialah jalannya perlu seimbang," kata Fatin sambil tersenyum. Bercakap mengenai hala tujunya sebagai seorang insan seni, Fatin memberitahu, dia mahu memberi fokus yang utama terhadap bidang nyanyian sebelum berfikir tentang perkara lain. "Walaupun saya pernah membuat kemunculan istimewa dalam filem 99 Cahaya Di Langit Eropa, prioriti saya masih kekal sebagai penyanyi. Jika ditawarkan watak kecil, mungkin saya akan menerimanya. Tetapi jika diminta untuk berlakon sinetron, saya harus menolak," ujar bakal penuntut jurusan Komunikasi Seni Persembahan di London School of Public Relations - Jakarta, Indonesia ini.
Minat Shila, Najwa Sebelum sesi temu bual ini dijalankan, Fatin terlebih dahulu menghiburkan peminat-peminat bertuah menerusi sebuah showcase mini dengan membawakan beberapa buah lagu popularnya. Selain itu, dia turut mendendangkan lagu Grenade, nyanyian asal Bruno Mars serta Patah Seribu yang dipopularkan oleh Shila Amzah. Ujar Fatin, dia begitu meminati penyanyi yang kini sedang membina nama di China itu. "Saya suka dengan suara Shila. Saya sering menonton video-video yang dimuat naik olehnya di akaun YouTube. "Personalitinya lucu dan kebolehannya menembusi pasaran antarabangsa memang mengagumkan. Lebih-lebih lagi dia turut menyanyikan lagu Grenade dalam salah satu pertandingan yang disertainya," ujar Fatin yang turut meminati Datuk Siti Nurhaliza dan Najwa Latif. Pesan Rossa Walaupun telah lama meninggalkan pentas X Factor Indonesia, namun, nasihat dan pesanan yang diberikan oleh Rossa tidak pernah haus daripada kotak ingatannya. "Teh Ocha (panggilan mesra Fatin kepada Rossa) banyak memberikan nasihat kepada saya. Jika saya menghadapi masalah sebelum membuat persembahan, saya pasti akan menghubunginya meminta kata-kata semangat. "Ketika masih bertanding dulu, dia seperti sudah tahu apa yang ingin saya nyatakan walaupun saya belum mengeluarkan suara meminta nasihat daripadanya. Gayanya sudah seperti seorang ibu," luahnya. Selain nasihat mengenai kariernya sebagai penyanyi, Rossa juga turut mengingatinya agar selalu menjaga hati setiap orang yang bekerja dengannya. "Dia sering berpesan supaya sentiasa merendahkan diri, jangan pernah sombong dengan sesiapa pun dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang," ujarnya menutup bicara. | ||||
Kolaborasi dengan Ricky Martin Posted: Kolaborasi dengan Ricky MartinOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA DARI kiri, Alif Satar, Judika dan Sezairi teruja dapat berkolaborasi dengan Ricky Martin. IBARAT pucuk dicita ulam mendatang, tiga penyanyi Asia iaitu Alif Satar (Malaysia), Judika (Indonesia) dan Sezairi (Singapura) berpeluang berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Ricky Martin untuk lagu versi Asia Piala Dunia FIFA 2014, Vida. Vida merupakan lagu pemenang dari pertandingan Super Song, sebuah pertandingan cipta lagu global berprestij yang memberi kesempatan kepada seluruh rakyat dunia untuk terlibat dalam menghasilkan lagu rasmi untuk Piala Dunia FIFA 2014 itu. Karya Elijah King itu terpilih berdasarkan kualiti muzik, lirik dan juga hubung kaitnya dengan tema serta semangat Piala Dunia FIFA 2014. Lagu itu dipilih di antara 2000 buah lagu yang menyertai pertandingan Super Song. Pertandingan itu dianjurkan oleh Sony sendiri sebagai penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2014. Secara terpisah, Alif, Judika dan Sezairi telah merakamkan lagu tersebut. Pelantun lagu Lelaki Seperti Aku, Alif Satar, mengakui sukar menyanyikan bait-bait bahasa Sepanyol dalam lagu Vida. Apatah lagi, penghayatan Ricky dalam menyanyikan lagu itu sangat luar biasa. "Pertama kali saya dengar lagu nyanyian Ricky menerusi lagu Vida ini, penghayatannya sangat luar biasa. Seperti dia menyanyikannya secara langsung di pesta bola. "Malah, lagu itu juga dinyanyikan dalam bahasa Sepanyol. Jadi, agak sukar untuk saya menyebut bait-bait lagu dalam bahasa tersebut. "Saya juga perlu mendapatkan penghayatan Ricky terlebih dahulu dan kemudiannya baru mudah untuk saya menyanyikan lagu tersebut," ungkap Alif. SIDANG akhbar melalui Skype bersama Ricky Martin di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Penghayatan Bersetuju dengan Alif, penyanyi lagu Setengah Mati Merindu, Judika pula memberitahu, sukar untuk menyambung emosi Ricky yang cukup bersemangat menyanyikan lagu Vida. "Saya cukup bangga dalam ramai artis di Indonesia, saya terpilih untuk berkolaborasi bersama Ricky. Namun, saya juga gementar apabila mendengar Ricky menyanyi. Emosi dia cukup membakar dan ia kekal sehingga lagu itu habis. Lagu itu juga bagus dan memberi semangat buat siapa yang mendengarnya," luah Judika. Mengulas lanjut, Judika juga memberitahu, sukar untuk menyatukan suara dengan Ricky kerana rakaman lagu tersebut dilakukan secara terpisah. "Merakamkan lagu ini gampang (sangat) susah. Saya terpaksa mendengar nyanyian Ricky dengan teliti untuk mendapatkan lenggok dan penghayatannya. Dengan tujuan, biarpun rakamannya dilakukan terpisah namun penhayatannya sama," ulasnya lagi. Sementara itu, menurut Sezairi pula, mereka tidak hanya menyanyikan lagu Vida dalam bahasa Sepanyol tetapi juga dalam bahasa Inggeris, Indonesia dan Melayu. "Sejak kecil lagi saya menyukai muzik pop latin dan amat meminati Ricky. Ibarat mimpi menjadi kenyataan saya berpeluang bekerjasama dengannya (Ricky) dan juga penyanyi Asia seperti Judika dan Alif. "Paling menarik apabila lagu Vida itu juga diberi sentuhan Asia melalui lirik yang diolah dalam bahasa Melayu dan Indonesia," ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan lagu Vida versi Asia kepada media, baru-baru ini. Vida versi Asia turut dimuatkan dalam album Piala Dunia 2014 yang berjudul One Love, One Rhythm. Dalam album yang mengandungi 17 buah lagu itu juga terdapat lagu Vida versi Sepanyol nyanyian Ricky, lagu We Are One (Pitbull featuring Jennifer Lopez & Claudia Leitte) serta lagu nyanyian Aloe Blacc X David Correy berjudul The Worlds Is Ours. | ||||
Di sebalik konsert mini Encik Mimpi yang hambar Posted: Encik Mimpi yang hambar Di sebalik konsert mini |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |