{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda serting hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda serting hilir - Google Blog Search


<b>felda serting hilir</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 03 May 2014 12:00 AM PDT

Banyak yang menarik dapat dipetik daripada perbualan santai dengan anak muda yang berasal dari FELDA Serting Hilir 5, Negeri Sembilan ini. Ternyata pada usia mudanya dia mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi, antaranya adalah ketika menyertai program memperkasakan generasi baharu dalam aspek pendidikan bersama FELDA dan universitinya ke London.

Masih menuntut dalam jurusan pelancongan di Universiti Limkokwing di peringkat ijazah, Muhammad Al-Fatah Bistamam atau mesra disapa Fath dikalangan rakan terdekat ini turut sempat menitip kata-kata nasihat buat generasi baharu FELDA dalam usaha meletakkan nama FELDA agar terus disegani masyarakat luar pada masa-masa mendatang. Jom ikuti transkrip perbualan 1Suara dengan anak muda ini:

1)     Boleh ceritakan serba-sedikit latarbelakang diri saudara?

Saya dilahirkan serta dibesarkan di Felda Serting Hilir 5, Jempol Negeri Sembilan. Ayah serta arwah ibu saya berhijrah ke tanah rancangan ini lebih kurang 30 tahun yang lalu. Saya pernah bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir 2 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Institut Tahfiz Al-Quran, Negeri Sembilan selama 3 tahun dan menamatkan pendidikan menengah saya di SMK Serting Hilir Kompleks. Sekarang ini saya sedang meneruskan pengajian saya yang masih berbaki 3 semester di Limkokwing University of Creative Technology di dalam jurusan Pengurusan Pelancongan. Saya menyertai universiti ini pada tahun 2010.

2)     Kenapa memilih bidang pengajian tersebut dan apa keseronokan serta cabarannya?

Pada mulanya pelancongan bukanlah jurusan pilihan pertama saya. Saya lebih meminati bidang perniagaan serta pemasaran. Namun ketika saya di peringkat diploma, beberapa pensyarah telah membuat penerangan serta keseronokan mendalami kursus ini dan saya mula tertarik. Justeru saya membuat keputusan untuk memilih jurusan pelacongan ini sehinggalah ke peringkat ijazah.

Melalui bidang ini saya tidak sahaja boleh belajar tentang perniagaan serta pemasaran, malah lebih daripada itu. Boleh dikatakan pelancongan ini adalah bidang dua dalam satu iaitu perniagaan serta pelancongan. Bagi saya keseronokannya kerana sektor ini merupakan sektor yang sedang berkembang di negara kita. Menariknya pula negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikomersilkan

Selainnya, di dalam bidang ini saya perlu belajar bahasa asing kerana ianya terdapat di dalam modul pembelajaran. Saya memilih bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga sebab saya meminati negara itu yang diketahui mempunyai pelbagai kawasan tarikan pelancong seperti di Paris, Loire Valley, Biarritz, Muzium Louvre, Sainte-Chapelle dan banyak lagi.

3)     Berpeluang menyertai program anjuran FELDA dan Limkokwing ke London pada September 2012 yang lalu, apa perkara menarik yang boleh saudara kongsi selama berada di sana?

Satu pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Memang saya teruja ketika mendapat peluang itu. Saya merupakan batch pertama ke sana yang dibawa oleh FELDA dan Limkokwing iaitu pada September 2012 untuk meneruskan pengajian selama 1 semester di sana. Setahu saya peluang ini diberi oleh FELDA kepada pelajar yang cemerlang di dalam pengajian.

Nak cerita mengenai pengalaman rasanya tidak terhitung. Kedatangan kami ketika peralihan dari musim gugur ke musim sejuk. Kesejukannya memang sukar digambarkan. Itulah kali pertama saya melihat salji turun dari langit. Di sana selain faktor cuaca yang berbeza dengan di negara sendiri, keseronokan lain tentulah apabila berpeluang mengenali budaya mereka.

Pada mulanya agak susah untuk menyesuaikan diri kerana penggunaan bahasa Inggeris mereka berbeza sedikit dengan apa yang biasa kita guna dan dengar. Namun setelah beberapa hari di sana, semuanya okey. Di sana banyak perkara kami pelajari dan Alhamdulilah objektif utama program ini dalam memberi motivasi dan memperkasakan aspek pendidikan kepada mahasiswa tercapai. Terima kasih FELDA dan Limkokwing atas peluang ini.

4)     Apa yang membanggakan saudara sebagai anak FELDA?

Jika kita undur kembali pada zaman di mana tanah rancangan ini mula-mula di buka dulu, ramai yang memperlekehkan usaha membuka hutan yang disifatkan mereka sebagai usaha yang sia-sia. Tapi sekarang apabila FELDA sudah gah di mata dunia, segalanya berubah. Apa yang membanggakan saya bergelar anak FELDA sudah tentulah apabila FELDA melalui proses transformasinya dan proses itu pula bergerak lancar. Saya seorang anak peneroka, anak jati FELDA dan saya tidak malu untuk mengatakannya.

5)     Apa yang menarik di tanah rancangan FELDA tempat asal saudara untuk dikongsi dengan masyarakat luar?

Apa yang boleh saya katakan, sekalipun tanah rancangan saya tidaklah begitu popular kerana tidak berdekatan dengan tempat-tempat pelacongan, namun kedamaian dan ketenangannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Semangat muafakat dan kerukunannya menjadi senjata utama buat kami. Perkara inilah menjadi faktor kenapa antara kami dilihat seperti bersaudara biarpun tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Sekiranya anda ingin melihat situasi itu, datanglah ke FELDA Serting Hilir, Negeri Sembilan.

6)     Sedikit harapan saudara kepada FELDA dan generasi baharunya?

Harapan saya buat FELDA, dalam tahun-tahun mendatang ia akan terus maju dan berjaya. Kepada generasi baharu pula, pesan saya agar mereka tidak terlalu berasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang sehingga membuatkan kita jadi malas untuk berusaha. Jangan kita lupa asal usul kita. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Semoga kita sama-sama terus beroleh kejayaan.

IMG_8172editBIODATA

Nama penuh: Muhammad Al-Fatah bin Bistamam

Panggilan: Fath

FELDA: Felda Serting HIlir 5,Negeri Sembilan

Adik-beradik: 10 orang

Tarikh Lahir: 18/11/92

Hobi: Sukan and video games

Facebook/ Instgram: www.facebook.com/aril.fatah

twitter: @aril_fatah

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat