{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


<b>Felda kepis</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 31 Mar 2014 12:00 AM PDT

Majeran Lop (kanan) bersama anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Felda Kepis, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 29 Okt. - Seekor ular sawa sepanjang 6.5 meter ditemukan oleh seorang pekebun sedang melingkar dalam sebatang parit dekat kawasan paya di kebunnya di Felda Kepis di sini semalam.

Leman Jamal, 64, berkata, ketika ditemukan reptilia berkenaan dipercayai baru menelan seekor babi hutan berdasarkan keadaan perut yang membulat dan saiz yang luar biasa.

"Saya sedang membersihkan ladang untuk menanam kelapa sawit dan apabila tiba di sebatang parit, saya terkejut ternampak seekor ular sawa yang besar sedang melingkar di situ.

"Saya menghubungi penyelia ladang yang datang bersama beberapa orang peneroka sebelum memberitahu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata, empat anggotanya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 12.15 tengah hari.

"Anggota JPAM menggunakan tali untuk menarik keluar ular sawa berkenaan. Ketika hendak menangkapnya reptilia itu bertindak agresif menyebabkan dua anggota terpaksa meloncat keluar dari kenderaan," ujarnya.

Tambah Majeran, ular itu dianggarkan seberat 120 kilogram (kg) dan akan ditempatkan buat sementara waktu di kawasan transit ular di pejabat JPAM Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan.

"Ini merupakan kali kedua kami menangkap ular sawa yang digelar 'sawa rendam' di Felda Kepis.

" Tahun lalu, spesies yang sama sepanjang hampir 7.4 meter dan berat 140 kg berjaya ditangkap kemudian diserahkan kepada pihak pengurusan Taman Ular Sawa Ulu Bendul," katanya.

Majeran turut mengingatkan orang ramai agar tidak menangkap ular bersendirian kerana boleh mendatangkan bahaya dan dinasihatkan untuk menghubungi pihak JPAM bagi tindakan selanjutnya.

<b>Felda kepis</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 13 Dec 2013 12:00 AM PST

Peneroka Felda Kepis Terkejut Jumpa Bom Mortar

NSS-bomkepis

KUALA PILAH – Seorang peneroka yang sedang menjalankan kerja-kerja meracun di kebun getah Felda Kepis dekat sini terkejut setelah menemui sebutir bom lama seberat kira-kira enam kilogram dalam tanah di kawasan itu hari ini.

Bom 'air drop' dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua itu dijumpai oleh Suliman Madimon, 59, pada pukul 8.30 pagi selepas tergelincir ketika memijak objek besi yang mulanya disangka sebutir ekzos motosikal ketika meracun di kawasan lereng bukit tanaman getah itu.

Dia hanya menyedari objek itu adalah sebuah bom selepas membawanya ke Pejabat Felda untuk bertanya kepada rakan.

"Saya terus bawa objek itu ke pejabat yang terletak kira-kira satu kilometer dari kebun untuk dilihat oleh rakan.

"Saya terkejut apabila rakan memberitahu objek itu mungkin sebutir bom. Saya segera menghubungi Pondok Polis Batu 10 untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Felda Kepis, Mohd. Ruslan Suli memberitahu, setelah melihat sendiri objek tersebut dia segera meminta Suliman memaklumkan kepada polis.

"Ini kali pertama bom laman dijumpai di tanah rancangan ini sejak dibuka pada tahun 1978. Saya menasihatkan para peneroka yang menemui objek mencurigakan agar segera melaporkannya kepada polis," katanya.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan penemuan bom itu berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada December 14, 2013 - 3:51 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat